PROLOG

648 32 0
                                    

Aku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminati aku.

Tetapi, wajah cantik pun tidak guna kalau aku sudah memegang status janda pada usia muda begini.

Janda? Bercerai mati atau bercerai hidup? Jawapannya bercerai hidup. Haih, siapa kata berkahwin dengan pilihan keluarga tu akan bahagia?

Tengok sahajalah aku. Perkahwinan aku hanya bertahan 5 bulan sahaja. Huh, bekas suami pilihan ayah dan ibu tu memang kiriman neraka.

Orang gila pun tak sanggup lah nak tinggal sebumbung dengan lelaki macam dia.

Batu. Sombong. Berlagak!

Nasib baik aku cau awal dari perkahwinan tersebut. Kalau tak, mungkin aku sekarang ada kat Tanjung Rambutan.

Reaksi ayah dan ibu? Mulanya memang semua menentang. Aku siap kena hamun lagi sebab memfailkan perceraian. Semua menunding jari, kata yang aku tak bersyukur sebab dapat lelaki sesempurna mamat tu.

Aku pula hanya mampu gelak dalam hati.

Mamat tu? Sempurna?

Oh tidak, terima kasih. Bayar aku sejuta pun, aku takkan sanggup untuk menerima dia semula.

Biarlah aku nikmati sahaja kehidupan bujang aku ni. Lagi aman dan lagi tenang fikiran.

Sekurangnya, aku bebas. Boleh keluar ke mana sahaja tanpa perlu meminta izin sesiapa.

Hanya aku dan hidupku sendiri.

OG | KEMBALIKAN RASA ITUWhere stories live. Discover now