AWAL pagi aku bangun dan tolong ibu masak. Senang sahaja kerja aku. Tolong campak bahan ke dalam kuali sementara mulut ibu riuh memberi arahan.
Tak sampai 20 minit, sambal nasi lemak ibu sudah siap. Kembang kempis hidung aku mencium bau tersebut.
"Panggilkan ayah kat luar, Zuhal. Apa entah kerja dia sampai sekarang tak masuk"
"Aye aye captain"
Aku mengatur langkah ke luar melalui pintu dapur. Bahang matahari kuat mencengkam kulit. Almaklumlah jam baru sahaja menginjak ke angka 8 pagi. Memang panas lit-lit lah bak kata BBNU zaman sekarang.
"Ayah! Ibu panggil suruh ma-"
Kaki aku terpegun. Mata membuntang melihat insan yang sedang bercakap-cakap dengan ayah itu.
Apa mamat ni buat kat sini?
Ayah menoleh ke arahku. "Kenapa Zuhal?" ayah memacakkan parang di tangan di atas tanah. Perlahan, aku merapati ayah. Tetapi mata masih merenung pada insan di sebelah ayah.
"Ibu ajak makan" bisikku perlahan.
Ayah meletuskan tawanya. "Oh ingatkan apa tadi. Ha jomlah masuk" ayah menyerahkan parang yang terpacak di tanah tadi pada aku. Aku menyambutnya perlahan.
"Cikgu Aznil, marilah ikut makan"
Ayah mengajak pada insan yang berpakaian kemas di sebelah ayah.
Lelaki itu melihat aku sekilas sebelum menggelengkan kepala.
"Takpalah, pakcik. Saya datang sebab nak tanya khabar je" dia melempar senyuman pada ayah.
Namun ayah tetaplah ayah. Dia bukannya akur malah dipaksa pula lelaki itu.
"Marilah, cikgu. Tak payahlah malu. Buat macam rumah sendiri"
Ayah membuat lawak. Aznil menyorot mata ke arah aku. Aku menjelingnya.
Apa pandang-pandang?
Aku ada hutang dengan kau ke?
"Err--"
"Ha sudah. Mari sini" ayah menarik Aznil supaya membontoti dia. Aku yang melihat hanya membuat muka.
Mereka berdua melangkah masuk ke dalam rumah. Usai meletakkan parang ayah di bawah rumah, aku pun masuk.
Kelihatan Aznil sedang duduk di hadapan ibu dan ayah. Lengan bajunya yang panjang sudah disinsing kemas.
"Makan, cikgu. Jangan malu-malu. Masakan simple aje"
Aku melabuhkan punggung di sebelah Aznil. Tiada pilihan lain kerana kerusi meja makan sememangnya hanya ada 4 sahaja. Lainlah kalau abang Zarif dan keluarga kecilnya balik, memang ayah keluarkan meja makan untuk 12 orang yang dia buat sendiri.
"Terima kasih makcik"
Aznil perlahan menyuapkan nasi ke dalam mulutnya. Kelihatan benar lelaki itu sedang malu-malu kucing. Mungkin segan kerana ada aku.
"Zuhal, kalau kamu nak kenal, inilah cikgu Aznil. Dia cikgu kat kampung ni"
Ibu sudah memulakan sesi berceloteh. Aku pandang ibu dengan wajah bingung.
"Cikgu, ini pula anak saya, Zuhal. Dia kerja kat KL. Pulang nak jenguk mak ayah"
Aku kerutkan dahi. Sebenarnya agak tidak suka diperkenalkan. Aku tahu ibu ada niat hendak kenenkan aku dengan budak Aznil ni.
Tapi maaflah ibu.
Anakmu ini tidak mahu berkahwin lagi.
Serik!
YOU ARE READING
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomanceAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...