TUJUH

314 31 1
                                    

GILA!

Dia kena sampuk hantu mana eh sampai berani mati cakap camtu kat aku? Baru kenal dah bagi ayat manis. Memang sah buaya gila!

"Sewel agaknya"

Aku gigit kuku sendiri sambil mundar-mandir di dalam bilik. Terngiang-ngiang segala ayat yang Aznil lontarkan buat aku tadi petang.

Ah rasa macam nak demam!

Pergerakan aku terhenti tatkala telefonku rancak menjerit meminta diangkat. Bila aku jenguk nama pemanggil, tambah serabut aku jadinya.

Haidar!

Apa lagilah duda mereng ni nak? Tambah serabut bila nampak nama dia.

"Ha hello?" aku jawab dengan kasar. Punggung aku labuhkan di atas katil. Mata melirik pada jam di dinding.

Pukul 9 malam.

"Assalamualaikum, sayang. Buat apa tu?"

Juling mata aku dibuatnya bila dengar ayat dari mulut Haidar. Sayang... sayang... sayang taik ayam!

"Takde. Kenapa call ni?"

"Aik, call pun salah? Abang call sebab risau"

Banyaklah dia punya risau! Masa aku jadi bini dia dulu, bukan main taknak pandang muka aku. Bila dah bercerai, baru tahu erti rindu?

Jangan harap aku tergoda!

"Nak risau apa? Saya kat kampung. Kat rumah mak bapak saya. Lainlah kalau kat rumah Aznil tu. Yang tu---"

Aku terdiam. Baru sedar yang aku terlepas kata. Terus aku tekup mulut dan berharap Haidar tidak mendengar apa yang aku katakan.

"Aznil? Siapa tu?"

Ah sudah! Dia dengarlah pulak. Aku garu kepala yang tidak gatal.

"Err takde"

"Zuhal, siapa tu?" nada suara Haidar berubah serius. Aku telan liur.

"Er budak kampung sini je"

"Dia kacau Zuhal ke?" potong Haidar laju. Aku membulatkan biji mata.

"Eh bukan! Mana ada!"

Diam. Aku pula yang resah di hujung talian.

"Good. Kalau ada yang kacau Zuhal, bagitau abang. Malam ni jugak abang balik rumah ibu ayah"

Eh gila?!

Ini lagi sorang. Takda beza dengan Aznil. Dua-dua sewel.

"Tak payahlah. Encik ni takde awek ke sampai nak kacau saya?" getusku geram.

Haidar gelak di hujung talian.

"Abang mana ada awek. Abang tunggu Zuhal"

Erk?

"Zuhal, tunggu abang ya? Abang akan buat hati Zuhal cair dengan abang. Tunggu ya, sayang"

Tak tunggu lama, aku terus tekan butang merah. Bulu roma aku mencanak naik. Seram mendengar ayat Haidar tadi.

Mamat ni kenapa?!

"Ya Allah, kenapa kau perlu hadirkan dua lelaki sewel dalam hidup aku yang sudah serabut ni?"

Ah stres!

        "ZUHAL, awat pi kuis-kuis je mi tu oi?"

Lamunan aku tersentak tatkala ada yang mencuit pinggangku. Bila aku toleh ke kanan, terpampang muka bingung Emira.

Aku terus tegakkan badan. Baru tersedar yang aku sudah kembali bekerja selepas 4 hari bercuti di kampung.

Dan sekarang aku sedang menjamah makan tengah hari bersama-sama kak Wara dan Emira.

OG | KEMBALIKAN RASA ITUWhere stories live. Discover now