SATU

435 34 1
                                    

KERETA Myvi aku parkirkan di tempat biasa. Ahmed, si penjaga parkir memang sudah sedia tahu aku akan parkir kereta kesayangan aku di parkir tersebut. Mamat Bangla tu siap letak lagi kon supaya tiada yang mencuri parkir aku.

"Good morning, Ahmed" sapa aku sambil berjalan menuju ke lif. Ahmed yang sedang menulis sesuatu di buku mengangkat wajahnya.

"Kaka Zuhal, lambat ini hari" tegurnya masih dengan slang Bangladesh yang masih pekat. Aku tayang sengih sambil tekan punat lif.

"Jalan manyak jammed lah, Ahmed. Biasalah bandar"

"Hm faham. Patut tadi saiya tida nampak kaka di kapeh. Rupanya belum sampai"

Nak tergelak aku mendengar slang Ahmed itu. "Dahlah, Ahmed. Jumpa nanti ya" aku melambai tatkala pintu lif sudah terbuka menampakkan isi perutnya. Aku hanya nampak Ahmed membalas lambaian aku sebelum pintu lif tertutup.

Macam biasa, tujuan aku adalah pejabat aku yang terletak di tingkat tiga. Wajah pertama yang aku nampak adalah wajah Emira. Si pipi bulat itu sedang sedap melantak kuih. Tergeleng kepala aku.

Emira... Emira... dia dengan makanan memang tak dapat dipisahkan.

Dah macam kembar Siam. Sentiasa berkepit.

"Kau kalau tak makan memang tak sah eh? Patut pipi dah macam hamster" jemari aku mencubit pipi tembam Emira. Terhenti kunyahan anak pakcik Samad itu. Dia menjeling aku tajam.

"Kau ni, datang-datang je nak cubit aku" rengusnya tak puas hati.

Terkekeh aku gelak. "Dah itu je aku boleh buat. Takkan aku nak tampar pulak kan?" usikku.

Emira kelihatan membuat muka. Disudahkan kunyahan lalu dia memandang aku.

"Lambat kau hari ni" dia membuka topik perbualan. Aku yang baru hendak melabuhkan punggung terhenti.

"Haah. Jalan jammed teruk. Ada accident tadi depan tu" tangan menghidupkan komputer.

"Kau bernasib baik Encik Samsul tak nampak kau. Kalau lelaki tu nampak, makan bebelan la kau pagi ni" Emira melilaukan mata ke sekeliling.

Risau andai yang disebut tiba-tiba muncul.

Aku hanya senyum.

"Rezeki aku" jawabku ringkas.

"Hoi yang dua ketul ni. Borak apa?" Baru sahaja Emira ingin menyambung bicara, muncul pulak Kak Wara. Wanita berusia 30-an itu mengangkat kening berulangkali. Ingin mengetahui apakah topik aku dan Emira.

Dua ketul ni memang. Kepochi dan suka jadi makcik bawang. Setiap hari ada sahaja gosip terbaru yang mereka bawakan. Aku pun tak tahulah dah berapa tan dosa aku tanggung sebab dengar mereka mengumpat.

"Takde, kak. Akak dari mana ni?" Emira memandang penampilan Kak Wara. Berbaju blaus biru dan seluar hitam. Yang peliknya dia hanya berselipar jamban sahaja.

"Akak baru dari surau tadi. Solat Dhuha"

Membulat mulut aku dan Emira. Kak Wara melilaukan kepalanya. Kemudian, dia tunduk. Merapatkan kepala antara aku dan Emira.

"Korang nak tahu tak..."

Hm tengok? Padahal baru habis solat Dhuha tu? Kalau dah makcik bawang, memang makcik bawang lah jawapannya. Tapi tak hairan juga. Kak Wara ni ibarat satelit bergerak. Ke mana-mana pasti ada kabel yang akan menyampaikan gossip terbaru pada dia. Lagi-lagi gossip dari HR.

HR memang bahagian yang selalu jadi sumber gossip. Kak Wara pula kebetulan suka lepak kat bahagian tersebut.

Memang gossip panas lah jadi hidangan aku dan Emira setiap hari.

OG | KEMBALIKAN RASA ITUWhere stories live. Discover now