SUDAH seminggu selepas kejadian aku menyindir Haidar. Selama seminggu itulah dia tidak muncul di hadapan rumahku. Di satu sisi aku merasa bersalah tetapi di satu sisi lain, aku rasa puas hati. Sekurangnya, mamat itu tidak menganggu aku lagi. Tenang sikit hati.
Tapi ketenangan itu tidak lama apabila tiba-tiba sahaja Haidar mengajak aku keluar selepas lunch. Katanya hendak melawat tapak. Tapi dalam banyak-banyak arkitek kat pejabat tu, kenapa harus aku yang dia heret?
Sengajalah tu nak rapat dengan aku.
Pikir aku nak layan?
Sekarang pun aku hanya senyap membisu di dalam kereta. Hanya sesekali celoteh DJ radio memenuhi suasana. Kami berdua ke tapak menaiki kereta aku.
Memanglah, dah tadi Haidar cuma R15. Takkan aku dengan dia bonceng motorsikal tu.
Ish takmo. Haram.
"Abang minta maaf"
Terangkat keningku mendengar permintaan maaf dia yang tiba-tiba itu. Anehnya mata Haidar masih fokus ke jalan.
"Sebab?"
"Sebab sia-siakan Zuhal dulu"
Baguslah kalau dah sedar. Semoga sahaja dia tidak ulangi kesalahan yang sama bila dia dah kahwin baru nanti.
Itu pun kalau ada gadis yang nakkan dia.
Aku rasa orang tak waras sahaja akan terima dia. Siapa suruh berlagak sangat?
"Hmm"
"Hmm aje?" Haidar kerling aku yang duduk di tempat sebelah pemandu.
Aku angkat bahu. "Tak tahu nak kata apa lagi" akuiku. Nak cakap apa?
Nak cakap yang aku sebenarnya tak suka dia muncul di hadapan aku? Nak cakap yang aku susah untuk maafkan dia sebab hati aku dah terluka sangat?
"Zuhal maafkan abang tak?"
"Tengok dulu"
Dengan mamat ni memang lambert lagi aku nak maafkan. Hati aku masih lagi berparut luka. 5 bulan tu satu tempoh yang lama. Setahun belum cukup untuk aku lupakan dia.
"Kenapa abang boleh kerja kat tempat Zuhal kerja?"
Soalan yang telah seminggu aku peram akhirnya terlontar. Lama aku peram kerana Haidar tidak muncul-muncul. Sekarang ada masa yang tepat, memang aku tembaklah.
Haidar senyum.
"Mungkin jodoh?"
Acik dia. Jodoh apanya. Mustahil jodoh. Geli pulak aku dengar respons Haidar ini.
"Jawab serius boleh tak?" aku mulai menyinga.
Haidar bukannya takut tetapi makin galak dia ketawa.
"Abang seriuslah ni. Sayang tak rasa ke kita ni berjodoh? Sayang dah susah payah lari ke sini. Know-know je jumpa abang balik"
"Kebetulan kut" aku menolak sangkaan Haidar.
"Dalam dunia ni takde yang namanya kebetulan. Semuanya dah disusun cantik oleh Allah SWT"
Ohmaigod dia jual nama Tuhan pulak. Malas bertelagah dengan Haidar, akhirnya aku buat keputusan untuk kunci mulut aku.
"Sayang.."
Aku diam. Siapa sayang dia? Nama aku Zuhal Afreena bukan 'sayang'.
"Sayang..." panggil Haidar sekali lagi.
Aku masih juga membisu. Haidar kelihatannya hampir putus asa.
"Zuhal, dengar tak abang panggil?"
"Hmm" aku membalas perlahan. Haidar mengeluh.

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomanceAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...