TAHU apa yang aku paling tak suka?
Mengikuti acara-acara anjuran syarikat. Sebab apa? Sebab acara sebeginilah yang akan menguras tenaga aku sampai ke level paling bawah.
Segala aktiviti pasti akan diadakan untuk memenuhi masa. Konon nak eratkan bonding sesama pekerja. Hakikatnya tetap sahaja berpuak.
Propa je lebih.
Macam sekarang ni, aku terpaksa duduk di sebelah pekerja yang aku tak kenal. Kak Wara dan Emira pula sudah selamat duduk bersebelahan. Oleh kerana aku tiada rakan maka aku duduk di sebelah entah siapa-siapa sahaja.
Tapi aku rasa aku tahu nama wanita yang duduk di sebelah aku ini. Tak silap aku nama dia Hani. Pekerja di bahagian pasaran antarabangsa.
Pernah beberapa kali aku terserempak dengan dia. Terserempak begitu sahajalah. Tiada sapaan.
Hani di sebelah aku sudah lena tidur. Aku pula hanya menatap skrin telefon. Bosan. Sudahlah kami semua diwajibkan menaiki bas. Kalaulah aku bawa Myvi aku sendiri, pasti aku sedang seronok berkaraoke sendiri.
Haih.
'Tingggg'
Mesej masuk.
Sayang okey tak kat dalam bas? Kalau tak, sayang naik kereta dengan abang. Kita jumpa kat RnR depan nanti
Aku menjeling meluat. Untung lah jadi orang atasan. Boleh sesuka hati naik kereta sendiri. Tiada yang akan marah. Lainlah pekerja rendahan macam aku. Kalau ikut kepala sendiri, pasti ada desas-desus yang tak enak akan didengari.
Aku seen sahaja mesej daripada Haidar.
Sejam perjalanan, bas akhirnya berhenti di RnR. Masing-masing keluar daripada bas untuk makan dan membuang hajat yang lama terpendam. Aku turut tidak melepaskan peluang untuk turun.
RnR pada ketika itu agak lengang. Mungkin tidak ramai pengunjung kerana bukan musim cuti sekolah.
Aku buat keputusan untuk berjalan-jalan ke gerai. Mencari jajan untuk dimakan selama perjalanan ke Cherating. Kata pemandu bas tadi, perjalanan dari RnR ini ke Cherating mungkin mengambil masa beberapa jam lagi.
"Berapa jeruk ni kak?"
Aku menyoal penjual yang ada. Jeruk jambu batu itu tampak menggiurkan pula di mata aku. Biasanya aku tak begini. Mungkin period aku bakal tiba tak lama lagi.
"RM5 satu, dik"
Mak aih mahalnya. Tapi sebabkan aku sudah terlalu terliur dengan jeruk tersebut layankan sahajalah.
"Saya ambik dua ya kak"
Aku buka dompet. Baru sahaja jari ingin mengeluarkan not RM10, tiba-tiba ada tangan terlebih dahulu membayarkan untuk aku. Aku pusing belakang. Haidar berdiri rapat ke arahku.
"Saya bayarkan dia ya, kak. Keep the change"
Hah? Haidar sengih kepadaku. Aku pula sudah cemberut. Tidak gemar dengan kelakuan Haidar padaku. Mujur sahaja tiada pekerja syarikat berdekatan dengan kami. Kalau tidak, pasti mereka akan hairan mengapa Haidar bayarkan jeruk aku.
"Encik Haidar--"
"Abang belanja sayang. Don't worry. Abang takkan minta sayang bayar balik" Haidar memotong bicara aku.
Automatik terkunci bibir aku. Mahu tak mahu, aku harus terima.
"Terima kasih"
"Sama-sama sayang abang" Haidar dan aku berjalan beriringan ke bas. Ada beberapa pekerja sedang duduk di luar bas. Mungkin berasa sesak duduk di dalam bas.
YOU ARE READING
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
Roman d'amourAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...