"KAMU balik tak cakap. Apapun mak tak masak ni"
Ibu meletakkan sejag sirap di hadapan aku. Aku yang sedang mengupas rambutan hanya sengih.
"Takpelah. Zuhal ada tapau lauk dari warung kak Sri tadi. Kejap lagi kita makan tengah hari ya, mak"
Ibu hanya mengiyakan. Dia kemudian berlalu ke mesin jahit yang sudah berusia 10 tahun itu.
Pekerjaan mak bila bosan di rumah. Pasti akan menjahit baju. Rata-rata baju kurung yang aku pakai semuanya mak jahitkan.
Kata ibu, jahit sendiri lagi puas hati.
"Umi ada telefon mak?"
Tidak tahu kenapa soalan itu terpacul dari mulutku. Aku fikir aku hanya suarakan dalam hati, rupanya terkeluar juga dari kerongkong.
Ibu yang baru melabuhkan punggung menoleh padaku.
"Kenapa kalau dia ada telefon?" Ibu angkat kening. Aku diam. Hendak berikan alasan apa pada ibu?
"Saja tanya. Ibu kan dengan bekas besan ibu tu rapat" aku sambung buka kulit rambutan.
Ibu mencebik. "Tak pernah kamu tanya pasal bekas mertua kamu. Selama ni kan kamu suruh ibu rahsiakan pasal kamu daripada dia" ibu memasukkan benang ke dalam mesin.
"Kamu ada terjumpa dia ke?" ibu mulai serkap jarang.
"Huish ibu ni. Takdelah"
"Habistu? Terjumpa Haidar?"
Lain macam serkap jarang mak aku ni. Macam dia tau je yang Haidar tu sekarang dah jadi boss aku. Ke ibu memang tahu?
Yelah, dia dan umi kan rapat. Mesti bekas mertua aku ada ceritakan apa-apa kat ibu.
"Ish ibu ni. Merepek lah. Dahlah orang nak mandi. Dah berlengas dah ketiak ni"
Aku cepat-cepat berikan alasan. Tubuh aku bawa masuk ke bilik. Membiarkan ibu yang masih ralit menjahit di ruang tamu.
USAI makan tengah hari dan solat Zuhur, aku sengaja bermalasan di atas katil. Telefon aku buka dan jari sibuk melayari Tiktok.
Tapi lama-lama aku layan Tiktok, makin mengantuk pula aku rasakan. Seolah-olah ada setan sedang bergayut di atas kelopak mata aku dan menyuruh aku tidur.
"Mengantuknya lahai" aku menguap.
Rambut yang kusut aku ikat kemas. Sebelum keluar, sempat tangan mencapai tudung sarung di atas meja belajar.
Kaki menapak ke arah pintu dapur. Kelihatan ayah sedang menebas semak-samun yang sudah tumbuh meliar.
Ibu pula sedang melihat-lihat ikan masin yang dijemurnya tadi. Melihat deretan ikan masin itu, aku jadi teringat pula pada Haidar.
Ikan masin buatan ibu adalah makanan yang paling digemari lelaki itu.
Andai kami berkunjung ke sini, pasti dia akan mencari ikan tersebut dahulu.
Huh, memikirkan dia, aku jadi menyampah semula. Kalau depan ayah dan ibu, bukan main baik macam malaikat. Dialah suami idaman dan suami paling sweet. Tapi belakang ibu, aku umpama patung bagi dia.
Dasar munafik.
"Zuhal, membebel apa lagi tu?"
Terbang terus bayangan wajah Haidar tadi. Aku terpinga-pinga sekejap melihat ibu dan ayah yang sudah memandang ke arah aku.
"Hah?"
"Ewah bang, kita tanya boleh pulak dia buat muka keliru kat situ"
Aku sengih sambil menggaru pipi yang tidak gatal. "Takdaklah. Teringat sesuatu je" aku sarungkan selipar dan menapak ke arah ibu. Hidung menghirup udara kampung yang segar itu.
YOU ARE READING
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomanceAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...