WAKTU makan tengah hari. Semua pekerja sudah berpusu-pusu keluar daripada pejabat. Aku pula tidak keluar. Kak Wara dan Emira ada mengajak aku makan tengah hari bersama namun aku tolak secara lembut.
Sengaja aku tidak keluar makan tengah hari kerana aku ada membawa bekal sendiri.
Bukan nak tunjuk rajin tapi aku harus cepat-cepat habiskan stok frozen food dalam peti sejuk aku. Hidup perempuan bujang. Makan seadanya. Kadang-kadang ada makan, kadang-kadang tiada langsung. Jadi makanan sejuk beku terbiar tanpa diusik.
Baru aku membuka bekal, terdengar bunyi berkeriut dari pintu bilik Haidar. Aku toleh ke arah bilik tersebut.
Mata aku dan mata Haidar bertentang.
"Sayang, tak keluar lunch?" Haidar menghampiri aku sebaik sahaja terlibat muka aku di tempat dudukku.
Dahi berkerut. Kurang senang dengan penggunaan panggilan daripada Haidar.
"Tak. Saya ada bawa bekal" jawab aku sopan.
Haidar angguk faham.
"Abang nak minta tolong boleh?"
Pergerakanku terhenti. Mata memandang ke arah Haidar. Kening terjongket sebelah.
"Tolong apa?"
"Jom"
Tak semena-mena, pergelangan tanganku dipegang oleh Haidar. Dia menarik aku supaya berdiri. Aku yang masih bingung hanya mengikut. Haidar memimpin aku supaya masuk ke dalam biliknya.
"Eh eh. Buat apa kat sini?" aku berhenti menapak. Risau juga dengan Haidar yang tiba-tiba menarik aku. Automatik terbayang semua perkara negatif di benakku.
Seram!
"Encik jangan cuba buat benda pelik ya. Saya karate encik kang" ugutku lagi. Sengaja hendak mengingatkan Haidar bahawa aku pemegang tali hitam karate. Jangan dia berani cari pasal dengan aku, heh.
Haidar gelak kecil. Dijentik dahi aku perlahan. "Suka fikir negatif. Abang nak mintak sayang ambilkan fail kat atas almari tu. Fail warna hitam paling hujung" Haidar menunjuk dengan jari telunjuknya. Riak wajahku berubah sedikit. Terbang terus bayangan negatif tadi.
"Kenapa suruh saya? Takkan encik tak dapat ambil?"
Aku pandang dia dengan wajah berkerut. Haidar angguk. Dia memasukkan tangannya ke dalam poket dan menghela nafas. "Abang boleh je ambil. Tapi sebelum sempat abang ambil fail, takut-takut abang jadi nangka busuk kat sini" dia gelak kecil. Aku hanya diam.
"Badan abang ni tegap. Berat kalau abang panjat kerusi. Lainlah badan sayang. Kurus macam orang tak makan"
Fuh dalam mintak tolong tu, sempat lagi dia kutuk aku. Memang mangkuk ayun punya Haidar.
"Kalau setakat nak kutuk saya, baik tak payah minta tolong" aku menapak ke arah pintu. Tetapi belum sempat tombol pintu dipulas, terasa lenganku ditarik seseorang.
Haidar!
"Eeee lepaslah, encik Haidar"
"Okey, okey. I'm sorry sebab kutuk sayang. But please, help me" Haidar sudah buat muka kesian di belakang aku. Aku yang menatapnya hanya menarik muka masam. Mahu tidak mahu aku mengatur jua langkah ke almari putih di belakang meja Haidar. Dasar duda senget.
Kalau bukan kau boss aku, tengok muka kau pun aku tak hingin!
Aku mendongakkan kepala ke atas. Bapak tinggi! Haidar ni tak sedar ke yang aku cuma berketinggian 158cm? Mana nak sampai almari fail milik dia yang tinggi lebih kurang 170cm tu?
Dalam menggerutu dengan sikap Haidar, tangan aku menarik juga kerusi berdekatan almari Haidar.
"Bismillah"
Aku melangkah kaki dengan kanan terlebih dahulu. Dan diikuti dengan kaki kiri. Ya Allah janganlah kerusi ni patah tiba-tiba. Risau juga.
Tangan aku menggapai ke arah fail berwarna hitam dan berada paling hujung. Fail apa pun aku tak tahulah. Yang aku tahu ini fail kerja Haidar. Harapnya dia benar-benar memerlukan fail ini dan bukan berniat hendak membuli aku.
"Sikit lagi sayang" Hampir terletus tawa Haidar melihat aku yang terjengket-jengket di atas kerusi itu. Aku mengabaikan sorakan kecil Haidar. Sebaik sahaja tanganku berjaya mencapai fail hitam itu, aku segera berpaling.
"Dapat! Yes!" aku melompat gembira dengan fail di tangan. Haidar di hadapanku hanya senyum. Tapi entah di mana silapnya, kerusi yang menjadi tempat aku berdiri tiba-tiba patah. Aku hilang keseimbangan sebelum....
'BUKKKK'
Tubuh aku elok terjatuh. Anehnya di bawah aku terasa seperti ada tilam empuk menyambut aku. Aku buka mata dengan kadar perlahan.
Aku terkedu.
Rupanya aku jatuh menghempap badan Haidar!
Dan posisi ini telah menjadikan muka aku benar-benar hampir dengan muka bekas suami aku itu. Ibarat jika aku bergerak sedikit pasti bibir aku akan tercantum dengan bibirnya. Aku jadi kaku sekejap. Separa sedar betapa intimnya posisi kami sekarang. Aku telan liur perlahan.
Omaigod!
PANAS. Kebas. Malu. Berbahang. Itu yang aku boleh katakan selepas sahaja peristiwa tadi. Dapat aku rasakan bahawa suhu wajah aku sudah melebihi takat didih. Dan pasti muka aku sudah semerah ceri sekarang.
"Kan abang dah cakap, sayang ni kurus. Sayang hempap abang pun, abang tak rasa apa-apa. Rasa macam tengah peluk kapas"
Ayat Haidar tadi kembali terngiang di kepala aku. Aku pekup pipi. Malu. Malu.
Selepas peristiwa tadi, aku terus berlalu keluar. Tidak menoleh sedikitpun ke arah Haidar.
Aku bawa diri ke hadapan vending machine ini dan beli minuman tin untuk ditekup di pipi yang berbahang. Sungguh aku malu. Kalau sahaja aku boleh tanam kepala aku di tanah, pasti sudah lama aku lakukan.
Aci tak kalau aku taknak masuk pejabat semula?
Apa terjadi kalau aku terus balik rumah?
Eh jangan. Nanti terjejas rekod baik kerja aku. Aku ni pekerja yang berdedikasi tau. Takkan hal sekecil ini boleh musnahkan prestasi aku kan?
Masalahnya..... hal tadi tu kecil ke?
"Aaa serabut!" aku bersandar di dinding. Mata aku pejamkan dan aku urut dahi yang terasa berdenyut itu.
Mata kembali terbuka bila telefon di dalam kocek bergetar. Berkerut dahi melihat nama pemanggil yang tak dikenali itu.
Siapa pulak ni?
Scammer ke?
Aku mengeluh berat sebelum menjawab panggilan tersebut.
"Hello?"
"Hello, cik Zuhal ke ni?"
Eh? Macam kenal suara ni. Tapi kat mana ya?
"Ya saya. Siapa ni?" aku berdiri tegak. Kepala cuba mengingat di mana aku pernah dengar suara ini. Macam familiar. Siapa ya?
Orang office ke?
"Alhamdulilah, saya tak salah nombor. Saya ni Aznil"
Hah?
Mata yang hampir terkatup tadi terbeliak besar. Aku tilik sekejap nombor di skrin.
Eh mamat ni?
Mana dia dapat nombor aku?
"Mana awak dapat nombor saya?" takdan tunggu, terus sahaja aku tembak dia. Nada pun sudah kasar sedikit.
"Saya dapat dari mak Zuhal. Kenapa? Cik Zuhal tak suka ke saya call?"
Mak? Allahu akbar mak! Aduh makin migrain aku jadinya.
Mak ni dah kenapa?

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomantikAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...