HABIS kerja aku terus pecut balik ke rumah. Badan terlalu penat untuk memasak.
Heloklah. Aku pun takda selera sangat nak makan malam. Lagi-lagi lepas dapat tahu yang aku akan kerja di bawah satu atap dengan Haidar.
Memang galau hati lah jawapannya.
Aku teringat kembali bagaimana aku dan Haidar disatukan.
Semuanya sebab ibu Haidar dan ibu aku adalah rakan baik. Sama-sama pernah menjadi ahli BAKAT suatu ketika dahulu. Suami masing-masing jauh maka mereka saling bergantung antara satu sama lain sahaja.
Aku dan Haidar dijodohkan sebab nak rapatkan hubungan kekeluargaan.
Tetapi apakan daya, perkahwinan kami hanya bertahan 5 bulan sebelum aku berkeputusan untuk memfailkan penceraian.
Haidar tak pernah anggap aku sebagai isterinya.
Aku masih ingat bagaimana layanan dia terhadap aku masa hari pertama kami bergelar suami isteri.
Tak ubah macam orang batu. Kaku. Diam. Tiada perasaan.
Sedang aku termenung, bell rumah berbunyi kuat.
Aku tersentak. Mata pandang jam di dinding. Siapa pula cari aku malam-malam begini?
Aku biarkan sahaja. Mungkin budak-budak nakal sengaja hendak kenakan aku.
Tetapi baru aku hendak duduk, bell rumah berbunyi lagi sekali.
Aku mengeluh. Siapa pulak dah?
Dengan seribu kemalasan di dalam dada, aku menapak jua ke arah pintu. Sempat sarungkan tudung dan memeriksa penampilan. Kut-kut ada taik mata kat tepi mata.
Jatuh maruah beb.
"Ha siapa?" tak tunggu lama, aku buka pintu.
Namun, tergamam aku tatkala melihat susuk tubuh yang aku kenal berdiri di hadapanku. Dia lagi?
"Abang kacau sayang berehat ke?"
Haidar menyoal. Dia jenguk sekejap kepala. Mengintai isi rumah aku. Aku tolak kepala dia menjauh.
"Nak apa?" aku peluk tubuh. Panggilan sayang dia tadi aku abaikan sahaja. Keraskan hatimu, Zuhal Afreena!
Haidar senyum. "Amboi garang dah ya sekarang"
Aku mencebik. Garang tu hal aku lah. Yang dia sibuk dah kenapa? Dahlah datang rumah malam-malam. Takde rumah ke apa?
"Mana Encik Haidar tahu tempat tinggal saya?" aku tanya terus. Agak pelik kerana setahu aku, aku sudah merahsiakan tempat tinggal aku daripada pengetahuan keluarga dan rakan-rakan Haidar.
Mustahil ibu atau ayah bocorkan?
Haidar senyum. "Setakat nak tahu rumah sayang ni, sekejap je abang boleh track" dia kenyit mata.
Aku buat reaksi ingin muntah.
"Boleh tak stop panggil saya sayang? Saya tak suka!"
"Tapi abang suka"
"Tak. Saya tak suka. Jangan panggil saya macam tu. Geli!"
Dulu masa aku jadi isteri dia, aku panggil nama dia pun dia tak suka. Sekarang kenapa terhegeh-hegeh nak bersayang bagai?
Dah basi!
"Kenapa Encik Haidar cari saya lagi? Bukan antara kita dah selesai ke?"
"Siapa cakap selesai? Abang tak cakap pun"
"Dah. Lepas je Encik Haidar lafazkan talak kat saya, kisah saya dan Encik Haidar dah tamat"
Aku lihat dia diam sekejap. "Tapi kenangan kita--"

ANDA SEDANG MEMBACA
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomantikaAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...