SEBELAS

328 43 2
                                    

"Hah?!"

AUTOMATIK aku tekan brek. Mujur sahaja tiada kereta di belakang aku. Aku terus ketepikan kereta ke bahu jalan dan capai telefon.

"Apa Encik Aznil cakap tadi?"

Aku lekapkan telefon ke telinga. Rasanya aku tak salah dengar kan?

Mamat tu depan rumah aku?

"Saya ada kat depan rumah cik Zuhal ni. Cik Zuhal mana? Belum balik kerja ke?"

Terhenti nafasku seketika. Laju gila mamat ni. Takkan sebab mak dah approve dia terus berani nak jumpa aku?

"Ya, saya belum balik kerja. On the way"

"Oh"

Aznil diam sekejap. Aku pula makin gelisah. Dia terpacak kat depan rumah aku. Maksudnya kami berduaan. Aduhai, apalah kata jiran-jiran nanti? Sudahlah aku tinggal seorang sahaja. Sahih akan keluar pelbagai cerita tak enak dari mulut jiran sekeliling.

"Kalau macam tu, saya tunggu. Cik Zuhal hati-hati ya drive"

"Okay" aku putuskan talian. Telefon aku campak ke kerusi sebelah. Tangan memegang dada yang terasa sendat tiba-tiba. Tenang, Zuhal.

Inhale... exhale.....

Mahu tidak mahu, aku pulang juga ke rumah. Walaupun sebenarnya rasa macam nak tidur kat mana-mana hotel malam ni.

Entah kenapa aku rasa semacam gelisah dan takut bila berdepan dengan Aznil.

Mungkin sebab aku tahu yang mak tengah kenenkan kami berdua.

Ah mak pun satu. Sibuk nak carikan aku laki. Aku menjanda baru setahun.

Dari kejauhan aku dapat melihat Aznil sedang berdiri di luar pagar rumahku. Di belakangnya pula terparkir elok Mazda CX-5 berwarna merah metalik. Hampir terjatuh juga rahang aku. Mak aih, kaya gila sampai boleh beli kereta besar gedabak begitu.

Betul ke Aznil ni kerja cikgu?

"Assalamualaikum, cik Zuhal" sapa Aznil bila aku berhenti di hadapannya. Aku senyum tawar.

"Waalaikumusalam" pintu aku buka dan keluar daripada Myvi.

"Maaflah saya tiba-tiba muncul kat rumah cik Zuhal" Aznil garu keningnya. Riak muka pula nampak yang dia sebenarnya serba-salah. Tahu mungkin yang aku tidak suka dia muncul di hadapan aku.

"Takpe. Encik Aznil buat apa kat sini?"

"Oh. Saya nak sampaikan bekal makcik Saleha untuk cik Zuhal"

Lah?!

Itu rupanya niat dia datang ke sini. Aznil berlalu ke bahagian belakang keretanya. Dikeluarkan sebuah bakul rotan bersaiz sederhana dan dihulur padaku.

"Makcik suruh saya hantarkan makanan ni. Saya ada kursus seminggu kat kawasan sekitar ni. Alang-alang tu dia kirimlah. Rindu katanya"

Ceh rindu sangat. Padahal baru je kami berperang dingin sebab aku taknak berkenalan dengan Aznil. Sahih ini mesti taktik mak supaya Aznil boleh tahu lokasi rumah aku. Sengajalah tu.

"Terima kasih. Susah-susah je, Encik Aznil" aku menyambut huluran Aznil sopan.

"Err, Zuhal. Kalau boleh janganlah panggil Encik Aznil. Saya tak selesa. Rasa formal sangat" Aznil lempar sengihan. Aku pula tercengang.

"Habistu panggil apa? Cikgu Aznil?"

Mungkin dia mahu aku membahasakan dirinya sebagai seorang guru. Yelah orang mana yang tak bangga dengan kerjaya sendiri kan?

"Tak. Panggil Aznil je. Macam kawan-kawan"

"Oh" aku angguk faham. "Kita kawan ke?" soalku lagi. Kali ini dengan nada skeptikal. Kerana setahu aku, tak pernah aku bersetuju untuk berkawan dengannya. Memandai-mandai je mamat ni.

OG | KEMBALIKAN RASA ITUWhere stories live. Discover now