HARI ini aku bergegas ke pejabat. Bergegas kerana tidak sabar hendak bertemu dengan Encik Samsul, boss aku. Khabarnya besok dia akan dipindahkan ke Port Dickson. Sengajalah nak kasi hadiah sedikit.
Walaupun Encik Samsul itu agak garang, aku tetap menyenangi dirinya. Aku tahu dia garang bersebab. Lihat sahajalah kualiti kerja kami semua. Alhamdulilah berkat kegarangan dia, kerja kami semua meletop mantop tiptop.
Hehe.
Sampai sahaja di lobi, mata aku menangkap kelibat Encik Samsul yang sedang menunggu lif. Aha! Yang dicari sudah datang.
Aku bawa langkah ke arahnya.
"Selamat pagi, Encik Samsul!" sapaku riang.
Encik Samsul angkat wajah. "Pagi, Zuhal. Awal harini" tegurnya. Aku sengih. Tidak pasti andai lelaki itu menyindir atau memuji.
"Saja. Saya nak kasi encik ni" beg tangan aku buka dan keluarkan sebuah kotak kecil.
Berkerut dahi lelaki 40-an itu melihat huluranku.
"Awak kasi saya apa, Zuhal?"
"Hadiah. Simple je. Saya nak wish Encik Samsul semoga berjaya kat tempat baru" aku kenyit mata.
Terletus tawanya. Pada masa yang sama, lif yang dinanti telahpun tiba.
Aku dan dia sama-sama masuk ke perut lif. Hanya kami berdua. Mungkin yang lain masih sibuk bersarapan. Atau sudah masuk kerja.
"Terima kasih, Zuhal. Prihatin juga awak ya" dia mengepit kotak pemberian aku di celah ketiak.
Aku pula hanya tersengih lebar. Mata merenung pada papan digital di lif. Menanti lif tiba di tingkat tiga.
'Tinggg'
Lif berhenti di tingkat tiga. Aku berjalan keluar daripada lif mendahului Encik Samsul. Langkah aku atur ke arah kubikel mejaku.
Encik Samsul pula menuju ke arah biliknya. Sempat mata melihat Kak Wara menghampiri Encik Samsul.
"Ada orang tunggu boss kat dalam" itu sahaja ayat yang aku dengar sebelum Encik Samsul dan Kak Wara hilang di sebalik pintu.
"Psttt" pinggang aku dicuit oleh Emira. Gadis berasal Kedah itu mendekati aku dan berbisik.
"Kau rasa siapa lelaki yang jumpa Encik Samsul tu?"
"Hah?" aku tercengang sekejap. Pintu yang terkatup rapat itu aku kerling seketika.
"Siapa?" aku bertanya, bingung. Emira julingkan matanya. "Tula kau. Tadi, ada seorang lelaki ni mak aih rupa dia helokkkkk. Dia mai nak jumpa Encik Samsul. Aku syak dia boss baru kita lah" Emira memberi teori. Aku terkebil-kebil.
"Oh"
Sejurus selepas itu, bahu aku dihempuk kuat oleh Emira. Menjerit kecil aku dibuatnya. Mujur keadaan ketika itu agak sunyi. Semua pekerja fokus dengan kerja masing-masing.
"Sakitlah!"
"Oh je? Kau ni. Layanlah aku" Emira membuat muka tidak puas hati. Aku garu kepala yang tidak gatal.
"Kau nak aku cakap apa?"
"Eeee. Kau cakaplah. Hensem ke tak lelaki tu? Tinggi ke tak? Ada iras-iras Shah Rukh Khan ke tak" Emira memuncung. Aku gelak. "Aip, jangan main Shah Rukh Khan ya. Itu aku punya" aku jelir lidah pada Emira.
Emira mencebik.
"Eleh, setakat Shah Rukh---"
Bicara Emira terhenti apabila mendengar pintu bilik Encik Samsul terbuka. Cepat-cepat gadis itu kembali ke mejanya. Berpura-pura fokus kerja. Nak tergelak aku.
YOU ARE READING
OG | KEMBALIKAN RASA ITU
RomanceAku? Nama aku Zuhal Afreena. Unik kan nama aku? Paras rupa aku pun memang cantik dan menawan. Semasa aku kecil, aku pernah menjadi juara bertahan pertandingan Ratu Kebaya selama 5 tahun berturut-turut. Lelaki di kampung pun memang ramai yang meminat...