Bab 4 (Report Card)

3.3K 55 3
                                    

Ryan melangkah masuk ke dalam bilik guru. Dia menuju ke tempat duduknya. Kelihatan ramai guru lain yang mundar-mandir. Hari ini memang hari yang sibuk kerana perjumpaan ibubapa akan diadakan untuk menyerahkan laporan akademik anak masing-masing. Ryan tidak terlibat kerana urusan itu hanya dilakukan oleh guru kelas.

Dia menghembuskan nafas lelahnya sambil bersandar di kerusinya. Ryan baru sahaja menyelesaikan sesi pengajaran di kelasnya. Setelah dua hari mengambil MC, hari ini baru dia bekerja semula.

Pada mulanya, Lufias memintanya untuk mengambil cuti sehari lagi, tetapi dia tidak mahu. Luka di bibirnya pun sudah baik. Hanya kesan lovebite di lehernya sahaja yang kekal merah. Nasib baik dia boleh cover, kalau tak tercalar sudah imejnya jika dilihat oleh orang lain. Tentang bibirnya itu pun sekiranya ada rakan-rakan guru yang bertanya, Ryan hanya membohong mereka dengan cerita rekaannya.

Mindanya teringat akan perbuatan Amir kepadanya. Semakin membuak rasa bencinya kepada lelaki itu. Adakah selama ini dia hanya dipergunakan untuk memuas nafsu Amir?

"Ryan."

"Yee akak. Ada apa yang boleh saya tolong?" Ryan menoleh ke arah Cikgu Husna, guru senior yang agak akrab dengannya. Dia juga merupakan guru kelas kepada kelas yang diajar oleh Ryan.

"Ryan busy tak? Akak nak mintak tolong sikit nie."

"Mintak tolong ape?"

"Anak akak demam kat rumah tuu, takde sape nak bawak pegi klinik. Akak nak mintak tolong Ryan handle report card kelas akak bole?"

"Ouh. Bole jee, bagi jee report card budak-budak tuu kat saya." Ryan mengambil kad-kad laporan akademik yang dihulur oleh Cikgu Husna.

"Alhamdulillah, terima kasih Ryan. Semua result exam budak-budak tuu akak daa tampal dalam buku tuu, so Ryan just bagi jee kat parents dorang. Lepas tu dorang daa boleh balik terus ikut parents dorang."

"Beres kak."

Cikgu Husna berlalu keluar dari bilik guru tersebut. Ryan membelek satu persatu kad tersebut. Dia tertarik untuk melihat report card milik Mikael. Terus sahaja dia mencari dan menjumpainya. Dia meneliti keputusan peperiksaan Mikael.

"Wow, pandai jugak budak nie."

Dia mengambil sesuatu dari dalam begnya. Tidak lama kemudian, loceng sekolah berbunyi menandakan ada lebih kurang sejam sahaja lagi sebelum waktu sekolah tamat. Dia pun segera menuju ke kelas yang diajarnya itu memandangkan penyerahan report card itu akan bermula sebentar lagi.

=

"Bangun, assalamualaikum cikgu!"

"Assalamualaikum cikgu!"

"Waalaikumussalam, duduk semua. Hari nie Cikgu Husna ada hal sikit jadi kad laporan akademik kamu semua akan diserahkan oleh saya." terang Ryan menjawab kemusykilan yang timbul pada wajah pelajar-pelajarnya itu.

"Cikgu, kalau mak ayah kite datang awal, kite bole balik awal kan?"

"Haah."

Semua pelajar bersorak gembira, kecuali Mikael yang tiba-tiba kelat riak wajahnya. Ryan yang perasan bertanya "Kenapa Mika?"

Baru sahaja Mika mahu menjawab, tiba- tiba salah seorang pelajar lain menyampuk "Ayah Mika selalu tak datang setiap kali bagi report card. Sape mak ayah dia tak datang, balik lambat. Hahaha." Serentak itu juga ada bunyi ketawa dan sorakan kecil yang berniat mengusik Mikael. Bertambah kelat wajah Mikael dibuatnya.

"Eish, tak baik cakap camtu. Mika janganlah sedih. Ayah kan busy keje. Nanti ayah Mika datang laa tu."

Tidak lama kemudian, beberapa orang ibubapa mula hadir. Ryan melakukan tugasnya. Semuanya berjalan dengan lancar. Pelajar yang ibubapanya sudah mengambil report card dibenarkan pulang.

DUDA (Gay Story) Where stories live. Discover now