Bab 5 (Khazanah)

3.4K 61 8
                                    

Eish aku ingat dia nak bawak aku kemana tadi. Ryan memerhati sekitar taman bandar itu. Kelihatan ada beberapa kanak-kanak termasuk Mikael sedang bermain di playground yang tersedia disitu. Talha yang duduk di sebelahnya dipandang.

Hensem jugak mamat nie, getus hati Ryan. Setiap inci wajah Talha diperhati. Kulit wajahnya yang sawo matang dan berkumis nipis menampakkan kejantanannya. Bibirnya yang merah menandakan dia bukan seorang perokok. Ryan tersengih.

"Asal pandang aku camtu?"

Gulp! Kantoi pulak aku mengusya mamat nie. Ryan berpura-pura melihat permandangan di sekitarnya. Talha mengelengkan kepala nya melihat telatah guru anaknya itu.

"Aku nak mintak maaf sikit pasal haritu." kata Talha. Lembut suaranya, tiada lagi nada berlagak.

"Pasal ape?" Ryan menoleh ke arah Talha dengan pandangan pelik.

"Haritu kan aku cakap kasar dengan kau, takot kau terasa."

"Ouhh..."

"Maafkan takk?"

"Well, saya tak kesah pon senanye."

"Hm okay."

Mata Talha tertancap ke arah anaknya yang riang bermain, "Daa lame tak nampak Mika happy camtu. Sejak mama dia meninggal, dia asyik sedih je. Salah aku jugak tak spend time dengan dia dulu."

"Biase laa tuu encik..."

"Talha jee, takyah laa formal sangat."

Ryan mencebik. Tak sedar diri jugak mamat nie. "Habistu kalau Talha busy, sape yang jaga Mika?"

"Ada jee bibik kat umah tuu. Kadang-kadang adik ipar aku pon ade tolong tengok kan dia."

"Nape tak cari pengasuh je? Kan senang."

Talha menghela nafasnya, "Panjang ceritanya."

"Pendek kan lah, hehe."

Melihat jegilan mata Talha, terus kecut perut Ryan dibuatnya, "Okay fine, janji tak tanya daa."

Eleh, orang tanya je pon.

=

Keretanya diparkir di hadapan rumah abang iparnya. Wajahnya berkerut aneh melihat kereta abang iparnya tiada disitu. Selalunya petang-petang seperti ini Talha sudah berada di rumah.

Dia melangkah masuk ke dalam rumah itu. Melihat bibik Talha disitu terus dia bertanya, "Bibik, abang Talha dengan Mikael tak balik lagi ke?"

Bibik berbangsa Indonesia yang sedang leka mengemas ruang tamu itu menoleh, "Ouh, mereka belum pulang. Gak tau saya kemana mereka."

Haish, mana pulak pegi dua beranak nie. Dia mencapai telefonnya dan terus mendail nombor Talha.

"Hello Ziyad." suara Talha kedengaran di telefonnya.

"Abang ngan Mika kat mana?" terus sahaja dia bertanya dengan nada yang tidak puas hati.

"Abang bawak Mika pegi playground kejap. Daa dia nak main." jawab Talha.

"Kalau yaa pon bagi laa tau Ziyad dulu. Pegi ngan sape?"

"Ada nie dengan..."

Belum sempat Talha menyudahkan ayatnya, suara Mikael kedengaran "Papa ada motor aiskrim! Mika nak aiskrim. Jom laa cikgu."

"Cikgu?" dahi Ziyad berkerut.

"Nanti laa abang call balik. Bye." Talha menamatkan panggilan. Wajah Ziyad berubah menjadi masam. Siapa pula yang bersama Talha dan anak saudaranya itu? Bukankah abang iparnya itu seorang yang tidak peramah? Lelaki ke perempuan cikgu itu?

DUDA (Gay Story) Where stories live. Discover now