HE'S| BAB 2

75 6 0
                                    

BUNYI  ketukan buat matanya seketika terbuka secara perlahan. Dengan diri yang masih lagi menginginkan tidur, dia bangun dan berjalan mendekati ke arah pintu. Tombol pintu dipulas dan menarik daun pintu. Terlihat di matanya sang ayah berdiri di depan pintu.

"Ehh... ayah," kata Lya sambil menggosokkan mata. Sang ayah tersenyum kecil melihat sang anak masih lagi mengantuk. Tapi mahu bagaimana lagi solat subuh perlu ditunaikan.

"Solat subuh, nanti kamu nak menjual kuih lagi kan," tutur ayahnya perlahan. Lya menganggukkan kepalanya. Terus saja ayah berlalu pergi dengan senyuman kecil.

Lepas saja sang ayah hilang dari pandangan matanya, dia berjalan menuju ke tempat tualanya bergantung. Diambilnya tuala itu untuk pergi mandi. 

Setelah sampai di depan bilik air dia membaca doa terlebih dahulu lalu masuk ke dalam. setelah itu membersihkan dirinya, satu kali mengambil air wudhu.

•••

SEMUA bekas kuih dia letakkan di atas meja dan menyusunnya. Tibalah masa untuk Lya menjalankan rutin hariannya iaitu menjual kuih di pagi hari untuk orang beli dan bersarapan. Itu sajalah cara dia untuk menyarah keluarganya. Dengan ayahnya yang tidak lagi kuat untuk bekerja terpaksalah dia mengambil alih semuanya.

Tapi itu semua sudah biasa bagi Lya, sudah tiba masa untuk dia yang membalas dengan apa yang telah ayahnya beri kepada dia selama ini.

Fokus dia menyusun tempat kuih yang berada di depannya itu. Sampai tidak perasaan akan seseorang yang berada di belakangnya.

"Assalamualaikum!"

Terkejut Lya dengan teguran orang itu, laju dia menoleh ke belakang. Terlihat di matanya Maira aka sahabat baiknya. Dia mengeluh berat.

"Aihh... kau ni terkejut aku!" kata Lya sambil memukul bahu Maira. Sedikit kesakitan Maira dibuatnya. Tangan Maira menggosok bahu.

"Sakit tahu tak," kata Maira dengan membuat muka monyok. Lya menjeling kawannya itu. Lalu menyambung kerjanya.

"Lain cerita kau kena terima ke tempat kerja tu?" tanya Maira. Tangan Lya terus berhenti menyusun segala tempat kuih.  Kepalanya menoleh ek belakang dengan senyuman misteri.

Pelik Maira melihat kawan baiknya itu.

"Kau rasa?" soal Lya sinis. Maira layankan saja perangai kawan baiknya itu dengan berfikir adakah kawannya kena terima ataupun tidak. Lama Maira bermain dengan soalan Lya itu.

"Aku rasa... Ya kut," jawab Maira teragak-agak. Tanpa mengatakan apa-apa lagi Lya sambung kerjanya dengan senyuman nakal. Betullah tu dia jawab.

"Weh kau kena terima ke tak?" soal Maira balik. Riak menyampah di wajah Lya terlakar. Aihh... Dah jawab tanya lagi! 

"Kau dah jawab buat apa lagi aku jawabkan," kata Lya selambah tanpa berpaling ke belakang, mengelap meja tempatnya meletak kuih.

Terus saja Maira diam dan angguk kepala. Tidak pernah Lya rasakan sebegini semangat untuk mengerjakan rutin hariannya. Mungkin sebab dia tak perlu risau lagi tentang kerja sebab dia dah kena terima.

Maira yang sedari tadi duduk kini bangun dan mendekat ke arah Lya. Ingin membantu kawannya berjualan. Itulah Maira dia akan membantu Lya kalau dia dapat datang. Tidak selalu juga dia datang sebab dia ni jenis lambat bangun juga. Solat subuh dah tentu ditunaikan hanya saja tidur balik.

"Mari aku tolong," tutur Maira. Lya yang mendapat pertolongan terus saja teringat mahu masuk ke dalam mengambil tempat simpan duit. Masa yang tepat!

"Boleh, kau tolong jaga dulu ni semua aku nak masuk dalam ambil barang kejap." Tanpa sebarang bantahan kawannya itu angguk. Terus saja Lya berlalu pergi masuk ke dalam rumah. Meninggalkan Maira sendiri untuk menjaga jualannya.

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now