HE'S| BAB 9

56 4 0
                                    

Lepas saja pintu terbuka mereka bertiga pelik kerana langsung tidak melihat batang hidung Aaron. Zack dan Mira memasukkan sedikit kepala mereka untuk melihat lebih dalam, tapi tidak ada juga. Aikk mana boss ni?

Hayyan yang hanya berdiri tegak menelan air liurnya, dapat dia rasakan tapak kaki Aaron yang sedang melangkah. Jantungnya seakan ingin berhenti sekejap. Zack dan Mira tetap meliarkan mata sehinggalah,

"Ahh... There you are, come in." Pelawa Aaron tiba-tiba dari arah bilik air, mungkin ke bilik air tadi. Tanpa berfikir panjang mereka pun masuk mendekati Aaron.

Sampai saja depan Aaron mereka pun membongkokkan sedikit badan mereka, tanda hormat.

"Tuan," ujar mereka bertiga. Aaron melabuhkan duduk di sofa. Hayyan yang pangkatnya jauh lebih tinggi berbanding Zack dan Mira menjadi tumpuan Aaron.

Anak mata mereka berlagu.

"Ada apa tuan nak jumpa kami?" soalan daripada Hayyan yang membuat Aaron seketika melakarkan senyuman yang sinis.

Senyuman sinis itu buat mereka merasa pelik, mereka berpandang satu sama lain.

"Nothing... Just I have but one desire," kata Aaron, tapi Zack dan Mira tidak berapa faham dengan apa yang Aaron katakan.

Hayyan, dia tidak tahu tapi yang Aaron katakan itu sudah cukup buat dia rasa yang Aaron ini sudah keterlaluan. Dah kata, Hayyan tidak juga selalu dengan boss nya itu tapi biar pun selalu Aaron macam tidak ingin mengatakan yang sebenarnya, dia boleh tahu.

Hayyan menajamkan pandangannya, Aaron semakin terbawa dengan keadaan. Senyumannya itu semakin jelas terlihat.

"And that one is... Her right?"

Zack dan Mira jelas tidak faham dengan apa yang Hayyan tanyakan pada Aaron. Mereka berdua salaing berpandangan untuk bertanyakan apa yang sebenarnya terjadi. Tapi sayang mereka juga tidak tahu.

Kembali pada Aaron dan Hayyan, Aaron tidak menjawab pertanyaan Hayyan sebaliknya hanya diam memberi senyuman yang tidak jelas apa maksudnya.

"Ehh... Tuan dah gila ke nak ambil dia dari ayah dia?" jelas nada suara Hayyan kian berubah menjadi tidak sopan tapi tetap saja perkataan 'tuan' tidak pupus dari mulutnya, menandakan yang dia masih hormat pada Aaron.

Aaron yang merasa dirinya dibentak terus laju bangun dari duduknya. Zack, Mira yang melihat ini menelan air liur, merasa ada bahaya dari dua manusia itu mereka berdua sedkit berundur ke belakang. Bahaya!

"Aku gila kau kata? Ehh... Bagus apa aku ambil dia dari bapa dia yang tak guna tu!" nada suara Aaron juga sudah beruabah. Keadaan dalam bilik ini semakin mencengkam, Zack dan Mira hanya mampu diam melihat pergaduhan mulut antara Aaron dan juga Hayyan.

"Tapi tak dengan cara tu Aaron!" teriak Hayyan, seisi ruangan terus diam. Terkejut Mira melihat Hayyan berani naik suara pada Aaron.

Aaron yang sudah muak dengan Hayyan mengalihkan pandangannya pada Mira dan Zack. Khususnya pada Mira.

"Mira,"

"Tuan," sahut Mira, tapi jelas dalam hatinya sedikit takut.

"Kau dulu tinggal dekat tempat sama dengan Elya right?" soal Aaron. Dahi Mira berkerut, tidak faham kenapa soalan itu keluar daripada mulut boss nya itu.

Tapi dia tetap angguk, "Ya tuan,"

"Good," kata Aaron, riak wajahnya tadi yang marah sekarang berubah menjadi senyuman sinis kembali. Psycho mamat ni!

Hayyan yang mendengarkan Mira mengatakan hal yang sepatutnya dia sembunyikan marasa terganggu. Dia bukan apa marah pada Aaron tapi dia kasihan pada Elya yang cuma hidup dengan ayahnya tapi akan berpisah kerana ingin digantikan sebagai pelunas hutang. Sungguh itu tidak berperikemanusian.

𝐇𝐚𝐩𝐩𝐲 𝐄𝐧𝐝𝐢𝐧𝐠'𝐬 | 𝐎𝐆Where stories live. Discover now