Prolog

595 41 25
                                    


Dahi Airin berkerut-kerut menahan sakit apabila punggungnya terhentak kuat di atas lantai. Mungkin kerana dia tersandung dan jatuh menyembah tanah setelah berlari keluar dari rumah. Kemudian, Airin buka mata secara perlahan. Lembing tajam di hala tepat ke arah Airin oleh sekumpulan lelaki berpakaian serba hitam yang mengelilingi gadis itu menjadi satu bulatan. Mata Airin terbuka luas. Hilang terus rasa mengantuk dan sakit hati terhadap perbuatan Ibu tiri serta kakak tirinya. Airin mengeluh kecil. Mimpi apa lagi yang cuba mempermainkan Airin?

Rasa tertanya adakah lembing itu benar-benar tajam ataupun tidak. Airin dengan sengaja menyentuh hujung lembing itu sehingga jari telunjuknya mula berdarah.

"Hei?!"

Bila Airin teliti. Enam orang lelaki yang mengelilingi Airin bersama lembing tidak mempunyai muka. Kosong! Tidak ada hidung, mata, mahupun mulut untuk berkata. Jadi di mana mereka akan bernafas? Melalui telinga? Sempat Airin berfikir.

Airin telan air liur. Tempat ini belum pernah dia lihat. Di tempat ini bukan tempat biasa yang menjadi mangsa jeritan pelepasan emosi dari Airin. Tidak.

Mata Airin melilau sekeliling. Betul-betul berbeza. Di mana kah dia berada sekarang? Rangka-rangka haiwan yang masih lengkap bentuknya hampir memenuhi separuh dari ruang tersebut. Di terangi dengan cahaya berwarna biru yang pasti bukan lilin ataupun lampu. Akar-akar pokok bersama beberapa helai dedaun kecil yang tumbuh di atasnya menjalar di bahagian dinding. Tidak jauh dari situ, pandangan Airin terhenti pada seorang lelaki yang sedang tidur di atas sebuah kerusi diperbuat dari batu-batu berwarna hijau gelap. Telinganya tajam, dan wajahnya bersih tanpa secalit senyuman. Yalah, siapa saja yang senyum ketika sedang tidur?

Perlahan, lelaki itu mengangkat kelopak mata. Mata yang berwarna merah umpama delima memandang penuh serius ke arah Airin.

"Human?"

Airin telan air liur buat kesekian kalinya. Dia... perlu larikan diri sekarang! Tetapi, bagaimana dia mahu melepaskan diri dari enam orang lelaki tanpa muka ini?

"Jangan apa-apakan aku!" jerit Airin.

Sepenuh tenaga, dia menolak tubuh berpakaian hitam di depannya itu dan mengorak langkah selaju Jerry dikejari Tom. Tetapi malangnya, tali merah bersinar-sinar melilit pinggang ramping Airin.

"Na... nande?"

Tubuh kecil Airin dihempas ke atas lantai. Sudahlah punggungnya itu sakit, bertambah sakit bila dibuat seperti itu.

"Apa kau nak buat dekat aku?" soal Airin dengan berani.

"Kill her,"

"Hei?!"


Edward Haschel. Putera ke 12 raja serigala. Dia dilahirkan dengan keadaan berbeza dan menyebabkan dirinya dikurung di sebuah istana yang dikuasai kuasa jahat. Terkadang... dia tertanya. Apa yang dia telah lakukan sehingga adik-beradiknya sendiri takut memandang Edward? Adakah ia di sebabkan telinga yang tajam bagaikan kaum bunian? Ataupun taring yang menyerupai pontianak musuh utama puak serigala?

Nozomi Airin. Gadis periang yang baru berusia 16 tahun. Kehidupan normal Airin berubah serta merta apabila ibunya terlibat dalam satu kemalangan. Dia kehilangan satu-satunya insan yang amat memahami Airin. Tiga bulan berlalu, Airin dikejutkan dengan berita ayahnya akan berkahwin dengan emak saudaranya sendiri. Mahu tidak mahu terpaksa lah Airin menerima insan yang cuma gilakan harta Encik Ryu. Dan... bermulalah kehidupan Airin yang diperlakukan seperti pembantu rumah ketika ayahnya tiada di rumah.






Note :

Tegur lah saya jika terdapat sebarang kesilapan sepanjang penulisan DL.

For the first time saya ambil dari cerita yang saya pernah tulis dekat buku pada tahun 2018. Tak pasti menjadi atau tidak, doakan saya tau!

*Kesemua watak dalam cerita ini hanya lah rekaan semata-mata. Tiada kaitan dengan hidup mahupun mati. *

SU | Demonic Loves Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang