lama dah tak tulis puisi, aku kekurangan idea ,)
masih ada yang setia membacanya?selamat hari jadi kepada yang lahir pada bulan ini, semoga kamu sentiasa dipermudahkan segala urusan, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik dan diperpanjangkan umur selalu.
سلامت هاري لاهير؟
_____________Aku sedang hirup secangkir kopi lara,
Kamu mahu?Lekas, duduk sini.
Dengarkan aku ingin cerita lalu ingin bertanyakan sesuatu,Kamu suka sambut, "Hari lahir?"
Tentu sahaja aku suka,
Sememangnya kenapa?Tiritisan itu semakin menambah,
Satu persatu aku sudah rasakan,
Dekelewati usia ampunkan diri–,—Matang?
Rasanya sudah.
Dikala manusia lain sedang berseronok,Aku terbatu memikirkan hari lahirku yang biasa-biasa sahaja,
Bukan tidak suka tapi cukuplah,
—Hanya diri sahaja yang tahu apa yang aku sudah hadapi,Di tahun baru itu,
–Sama persis seperti dulu,
Senyumanku yang masih 'berkelana',Dibawa bayu zirikisan atma,
Dikambuh suasana daman dakna,Lilin dan kek?
Aku tidak suka akan perkara itu,Wish?
–Doa sahaja yang cukup itu sahaja yang ku pinta,
Kerana lain manusia, lain pemikirannya,
Ada patah dan ada juga tumbuhnya.[ Buat kamu yang sedang membacanya ]
Sabtu, 20 Januari 2024— jam 18:32.