pluviophile

41 6 4
                                    

buat kamu si pencinta hujan—

Hai kamu, pencinta hujan,
Bagaimana harimu?
Dengarkan aku ingin bercerita,
secinta apa aku sama hujan itu.

ڤلوۏيوفيلي
________

kertas itu tidak basah,
—bersama dengan kenangan,

hujan,
turunnya kamu,
tiada lagi kerisauan
yang perlu aku khuatirkan,

kerana,
kamu ialah lembayungsenja—,
yang memtertawakan seisi semesta/
awangan menghiasi jumantara,
; membuka keindahan yang tak terungkap,

pelangi, itu sahabatmu?
datangnya ia setelah kamu pergi.
terima kasih hujan
kerana kamu,
aku sekuat ini sekarang.

melembersikan jirisan dukam'
> pembolehubah boleh berubah–
< dan aku harap itu tidak akan terjadi.

jangan padamkan kenangan,
dimalarkan peratusan seisi gambita.

kini,
tiada lagi bunga yang kehausan,
tanah yang gersang,
dan manusia yang 'mendahagakan'
awananmu,
kerana kamu mencekam semesta,

hujan,
aku suka bau kamu,
sememangnya ada?

aku sendiri pun ragu akannya
tapi —ketenangan itu hadir di saat
ia jatuh di hadapanku,

hujan,
kamu milik langit,
harus aku kagumi perihal itu.

[ Buat kamu yang sedang membacanya ]
Sabtu, 14 Oktober 2023 ; 21:16pm

Diksi | HWhere stories live. Discover now