hargai aku

267 28 8
                                    


هرڬاي اكو
____________

[ Kolaborasi bersama whonaf ]

Andai kau mengetahui hati ini terluka,
Mungkin kau tidak sanggup lakukan sebegini,
Di saat aku berikan kau cinta,
Ternyata hanya aku saja yang rasakan keindahannya,

Di saat aku berikan segalanya,
Ternyata aku saja yang rasakan keseronokannya,
Tidak adakah rasa cinta di dalam sekelumit hatimu,
Jika tiada tidak mengapa,
Aku tidak bersedih hati,
Hargai aku sebentar sahaja,

Mungkin ini saatnya aku harus sedar yang cinta ini berbelah bagi,
Cintaku bertepuk sebelah tangan,
Hanya satu pintaku hargai aku,
Hargai segala rasa yang aku dan kau pernah ciptakan,

Yang kita pernah bersama suatu ketika dulu,
Hargai aku jika hati kau sudah berpaling arah,
Tidak mengapa,
Aku sudah biasa sebegini,
Pintaku hargai diriku,
Sebelum segalanya hilang di sebalik bayangan,

Diri ini sedar siapalah aku yang sebenarnya,
Hanyalah debu yang bukannya kaca apatah lagi permata,
Tidak meninggalkan kebahagiaan mahupun kedukaan,
Namun sekadar kesan yang tinggal tidak berjejak,
Masih disedari tetapi langsung tidak diingati,

Menghargai, mungkin remeh bagi kau tetapi tidak bagi aku,
Bila sampai saatnya mata engkau dibuka,
Mungkin waktu itu barulah engkau tersedar hakikatnya,
Betapa kosongnya atmamu tanpa aku di sisi,
Tetapi tidak mengapalah jika ini yang kau pilih,

Pertemuan di antara kita yang tidaklah singkat,
Buatkan aku tahu yang mana haq yang mana batil,
Aku hargai setiap yang kau perlakukan pada aku,
Yang mengajar aku erti hargai nilai diri sebelum yang lain,
Untuk itu terima kasih aku ucapkan,
Tulus dari hati yang telah kau toreh dan sakitkan.

[ Buat kamu, yang sedang membacanya ]
29 Jun 2020.

Diksi | HWhere stories live. Discover now