ڤرجالنن
_____________Di setiap dugaan yang ku lalui,
Ada hikmah di sebaliknya,
Perjalanan yang masih jauh,
Yang perlu diredah,Perlu didaki,
Yang ku perlu ku tempuhi,
Liku-liku hidup yang penuh dengan pancaroba ini,Yang banyak mengajar erti buat diriku,
Untuk menjadi yang terbaik,
Dan berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya,Di setiap langkah yang ku jejaki,
Di setiap takdir yang sudah tertulis,
Pasti semuanya akan ada kebahagiaan,
AturanNya yang begitu indah,Terima kasih Ya Allah,
Kerana izinkan hambamu bernafas lagi,
Berbakti kepada kedua-dua orang tuaku,
Dalam mengejari dunia akhirat,Dunia yang penuh dengan pancaroba ini,
Akan ku tempuhi,
Dengan keazaman, ketakwaan dan keimanan yang ada dalam diri ini,
Semoga hamba sentiasa tabah & kuat,
Dalam menempuhi perjalanan yang engkau takdirkan ini.[ Buat kamu yang sedang membacanya ]
16 Ogos 2020.