تڠيسن د دالم سڽومن
inspired by Adlina Marie, Haqiem Rusli at word ; Tangisan Di Dalam Senyuman.
____________[ Kolaborasi bersama whonaf ]
tatkala langit teresak-esak,
kau turut tertunduk sama,
mengenang pahit dan lara,
bukanlah mimpi hakikatnya realiti.menangislah semahumu,
jika deraian itu yang nanti,
bakal memekarkan bunga,
yang terus kian melayu.namun palingkanlah wajahmu,
saat mentari memulangkan seri,
melakar senyuman bahagia,
walaupun hati berparut luka.Terkenang raut wajah yang sering dimimpikan,
Dalam doa aku sebutkan namanya,
Dia adalah hero yang paling sempurna,
Untuk diriku dan ibu,Ayah,
Aku di sini,
Merindui kamu yang kini sudah berada di sana,
Lambaian dan doa dariku sentiasa mengiringimu,
Ya Allah, mohon jagakan ayah aku di sana,
Moga aku dapat bertemu kembali dengannya,
Di SyurgaMu yang indah,Ayah,
Belum sempat ku ingin merasai kasih sayangmu,
Aku tahu Allah memberikan sesuatu yang terbaik untuk aku dan ibu,
Aku mampu tersenyum,
Kerana Dialah sebaik-baik perancang.Ayah,
Bisikan rindu ini tidak pernah terhenti,
Namun ku tahu akan adanya pelangi,
Selepas datang hujan,
Aku tahu ini berat,
Tapi aku yakin dengan aturan yang telah diaturkan dalam hidupku.[ Buat kamu, yang sedang membaca ]
27 February 2021.