Chapter 25 : Bye Malaysia??

71 4 1
                                    

"Kau betul ke ni?aku risau lah.."

"Tak payah risau lah!aku tahu lah apa aku buat..asal Damien percaya aku dah mati atas cerita rekaan kau yang macam karangan budak 5 tahun tu okay lah juga"

"Hei! excuse meh!aku ni graduate banyak high university tau!aku tahu lah macam mana nak buat cerita!"

Harley ketawa terkekek-kekek..aduh,penat lah Danny seorang ni..memang opposite betul dari abang tirinya.

"Jaga diri baik-baik,apa-apa jadi aku cari anak-anak buah aku dulu,baru kau..faham?"

Harley mengangguk,Amaya dan Darell lari memeluk Danny.

"Jom lah uncle,ikut kitorang"

"Betul tu,tak ada siapa nak ajak main wrestling lagi nanti"

"Nanti uncle ikut juga,tapi sekarang uncle ada kerja..jadinya.. princess dengan hero pergi dulu ya?uncle janji!uncle habiskan kerja cepat-cepat..lepastu uncle ikut princess dengan hero jalan-jalan dekat sana..okay?"

"Okay!" Jawab si kembar penuh riang.

Si kembar lari melambai lalu menuju ke gate B.Si sulung,Davies hanya diam membisu.

"Davies?"

"Hm?"

"Kenapa ni,okay tak?"

"Okay je..cuma..."

Danny angkat kening sebelah,apa pula yang tak kena ni..dah nak berlepas dah pun.

"Uncle pasti ke Daddy tak cari sampai oversea??"

"Uncle pasti..sebab Daddy bukan jenis yang otak luas nak terbang sana sini..dia fikir yang logik je..logik akal dia kata mustahil mommy,Davies dengan adik-adik nak terbang luar negara bawak diri tanpa dia"

Davies mengangguk faham.Dia pun tahu Damien seorang yang tak rajin berjalan,tak rajin menerokai dunia luas.Jadi dia pun tak hairan kalau Danny berkata sedemikian.
Harley melangkah pergi meninggalkan bumi Malaysia bersama tiga orang cahaya matanya,yang satu-satunya harta besar dia ada sekarang.Hilang mereka bertiga,Harley sudah tiada apa pun tersisa.Kapal Terbang yang dinaiki mereka berempat sudah berlepas ke awangan.Danny tersenyum kecil,lalu kembali lah dia dengan kerjanya.

Bam!!

Meja kayu jati itu dipukul kuat tapak tangan lebar milik Damien.Geram.Siapa lah berani-berani culik empat orang kesayangannya ni!

"Memang tak ada siapa perasan lokasi atau arah terakhir isteri aku?tak pun anak-anak aku?"

Semua menggeleng kepala.Aduh,susahlah macam ni.Tak ada bukti,tak ada petunjuk.
Hilang macam tu je.Rambut diramas kasar,serabut!Damien bernafas dengan berat,dia sememangnya marah,tetapi lebih kepada geram.Anak-anak buah yang mulai tunduk takut ditengking berdiam diri,dari awal sampailah akhir,tak ada yang bersuara.

Ketukan pintu dari luar membuatkan beberapa pasang mata terbutang pada pintu tersebut.Nick bangun dan membuka pintu.Damien terkejut, tetapi tidak menunjukkan reaksi yang setara dengan perasaannya.

"Danny?"

Nama itu muncul dari bibir Damien.Tepat sekali.Kelibat jejaka itu akhirnya muncul berdepan dengan Damien."Kau kenapa ni?apasal kau pakai semua hitam macam baru balik majlis pengebumian ni?"

"Memang pun,aku baru balik dari majlis pengebumian..dan aku datang sini..untuk beritahu pada kau..gagalnya kau harini Damien"

"Apa kau ni?datang tak bagi salam tak bagi apa, terus kau cakap macam nak sekolahkan aku"

Danny mengeluh,melangkah beberapa langkah lalu berhenti tepat berdepan dengan Damien.Tangannya sebelah naik ke bahu Damien dan memberikan muka berat hati.

"Semalam,wife kau kemalangan,aku bawa ke hospital,mereka sahkan dia mati"

Damien gelak."Aduh,lawak apa pula kau nak bagi kat aku ni Danny?kau ingat aku percaya?mustahil kau tahu isteri aku-"

"Harley tak suka orang menipu,Damien"

Damien diam.Harley.Nama itu muncul dari bibir adik tirinya.Kini dua pasang mata..Danny dan Damien merenung sesama sendiri.

"Kau jangan tipu aku"

"Aku tak tipu,kalau kau tak percaya,aku boleh bawa kau ke kubur dia"

"Bawa aku!aku tak percaya!"

Danny mengeluh, melangkah keluar dari bilik tersebut.Damien mengikutinya.Audi R8 putih bergerak laju di jalan raya.Kini tiba di tapak perkuburan islam.

Danny melangkah masuk memberi salam,lalu dengan hormatnya dia lalu dicelah kubur lain.
Mata Damien tak mampu mempercayai aa yang dilihat.Tanah kubur yang masih merah ditaburi bunga dan dicucukkan satu papan kayu bertuliskan 1627.

"Harley..ni..aku bawak suami kau"

Damien melutut ke tepi tanah kubur masih baru itu.Air matanya bergenang.Menitis ke tanah masih merah itu.Dia berjalan lalu berlutut.

"Macam mana..." Terhenti kata-kata Damien,umpama ada sesuatu yang menangkap nafasnya.Danny hanya diam,bukannya dia tak tahu semua ni..dia lah mastermind kedua.

Damien mengangkat pandangan ke Danny,ada firasat mengatakan bahwa adik tirinya yang seorang ini salah satu penyebab kematian isterinya.Tubuh jejaka itu lantas berdiri menghadap Danny.Tangkas tangan bersurat itu mencengkam kedua-dua belah bahu Danny.

"Apa..kau dah buat dengan isteri aku?" Mata Damien tajam melihat Danny,merah lagikan bergenang air mata."Aku tak buat apa-apa lah!"

"DAHTU!?macam mana kau tahu dia tu isteri aku??aku tak pernah bagitahu kau fasal dia!kau tak pernah kenal dia!jumpa dia!dan macam mana KAU yang berada dengan dia waktu dia mati?macam mana KAU yang jumpa dia?!"

Pelbagai soalan dilontarkan pada Danny,lelaki itu terdiam.Terlalu banyak untuk dijawab,anak-anak buah Damien hanya tunduk,dah tak boleh nak sabarkan orang ni.

"Sabar bos..ni kubur,tak elok naikkan suara" tegur Addam.

Damien mengeluh berat,betul juga kata Addam..adab di kubur harus dijaga,nanti apa pula kata orang,belajar tinggi,semuanya ada,tapi adab hilang.Kini pandangan itu dialihkan pada Danny semula."Aku nak kau bagitahu aku,macam mana boleh jadi macam ni.."

Danny menarik nafas dan hembus.

"Aku terserempak dengan dia dekat 7E..dengan anak-anak kau orang..aku tak cam dia..tapi aku tahu muka anak-anak kau..dan aku perhatikan diorang dari jauh,nak lintas jalan..ada sorang budak ni..main lari je..Harley perasan,dia selamatkan budak tu..tapi dia yang kena langgar..lori..anak-anak kau..aku tak cam kelibat diorang lepas lori tu pergi-"

"Maksud kau?kau kat seberang?bila lori tu dah langgar isteri aku kau dah tak nampak anak-anak aku? hilang macam tu?"

Danny mengangguk.

"Mustahil.Kau tipu aku kan?aku tak sebodoh itu untuk percaya.. rumah aku dipecah masuk kena serang,aku kenal kereta siapa..jangan cabar aku.."

"Aku tak tipu..lagi pun..aku dah lama bagi balik kereta tu pada pemilik dia..aku hanya sewa je kereta tu..dah 5 tahun dah..jadi aku memang tak ada kereta..dan kes pecah masuk rumah kau,aku memang tak tahu apa..dan..aku kenal isteri dan anak-anak kau dari mommy..dia pernah tunjuk gambar diorang" Danny tenang berbicara,seolah cerita rekaannya menjadi dan realiti.

Damien perlahan-lahan mempercayai Danny.Jalan cerita itu separuh meyakinkan dia untuk percaya akan Danny.Ada betul,tetapi tak boleh percaya terus.Bahu Danny dilepaskan.

"Maafkan aku,marah kau awal-awal"

Danny tersenyum."Tak apa..takziah..abang"

Damien mengangguk.Memang tak boleh buat apa,ini mengejut.Tetapi,banyak soalan memerangkap fikirannya,siapa mastermind pecah masuk rumahnya baru saja tadi? kemana pergi anak-anaknya?kenapa jadi begini?kenapa Danny terlihat berubah?atau itu sekadar lakonan?

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 30 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MY ILLEGAL BABYGIRL | SUWhere stories live. Discover now