COLD HARD TRUTH

874 30 1
                                    

6 TAHUN KEMUDIAN

Andrian's POV

Suasana pusat membeli belah agak riuh.Ramai orang membawa keluarga untuk berlibur pada hujung minggu ini.Aku seperti biasa membawa Avelyn keluar seperti keluarga yang lain.Kami menonton wayang, bermain bowling, dan sebagainya.Rutin tetap semenjak menjadi bapa.Hanya kami berdua.Ya.Hanya kami berdua.

Aku dan Avelyn sedang menikmati aiskrim sebelum pulang semula ke istana.Bunyi tawa dari satu keluarga yang berada dimeja tidak jauh dari kedudukan kami menangkap perhatian aku.Lama aku merenung keluarga tersebut. Keluarga itu tampak bahagia.Mengapa aku tidak boleh punya keluarga gembira seperti itu?

"Daddy..why mommy hates me so much?"

Aku terkedu.Tumpuan beralih pada anak kecil disebelah aku.Aku menggaru kepala seketika.Aku perlu memberikan jawapan yang tidak menyinggung hati kanak kanaknya.

"Mommy dont hates you Avelyn.Cuma mommy tired."

Mungkin itu jawapan terbaik buat Avelyn.Federa kerap pulang lewat.Bangun hampir petang kemudian keluar lagi.Aku tidak pula menghalang.Asalkan wanita itu tidak mengganggu Avelyn.Sikapnya terhadap Avelyn boleh memberi amarah yang teramat.Aku sendiri tidak mengerti mengapa Federa menyisihkan anak kami.

" Kenapa mommy tak macam mommy orang lain?Look at that family daddy."

Keluh Avelyn sambil memandang meja dihadapannya.Sebak pula dihati mengenangkan pertanyaan anak perempuan aku tadi.

"Nanti daddy cakap dengan mommy ya.We go for holiday.Chill baby daddy.Malam ni your birthday party.Avelyn tak boleh sedih sedih.Kasihan Tok Daddy dah hias rumah cantik cantik.Tok mummy masak sedap sedap tapi Avelyn tak happy."

Pujuk aku dengan suara sedih.Berharap tumpuan Avelyn terganggu dari terus bertanyakan perihal Federa.

Aku perlu berbincang dengan Federa tentang isu Avelyn.Avelyn semakin membesar.Dia faham dan mula mengerti tentang apa yang berlaku disekelilingnya.

Aku menarik nafas lega apabila Avelyn menyambung suapan aiskrimnya.Namun begitu matanya sesekali tetap melirik ke arah keluarga tersebut.Kasihan Avelyn yang tidak pernah merasa kasih sayang seorang ibu sedari dia lahir lagi.

"Daddy..can I have a baby brother as my birthday present"

"Uhukkkk uhukkkkk"

Pertanyaan Avelyn membuatkan aku tersedak kuat.Tangan mencapai tisu di atas meja segera.Terasa perit kerongkong walaupun yang aku telan cumalah aiskrim vanilla.

"Come on daddy..I just asked about baby brother.Not your baby Lamborgh"

Avelyn mencebik.Anak kecil itu sudah pandai bermain kata sarkastik dengan aku sekarang.Terasa berhadapan dengan Seroja pula.

'Seroja'

Nama yang terpahat di hati sejak sekian lama.Kerana ikatan perkahwinan ini aku bertahan dari mencari dirinya.Seroja mengajar aku erti setia.Dia telah lama meninggalkan Romania.Mungkin dia telah bahagia bersama keluarganya.

Aku...aku akan bertahan di dalam perkahwinan tanpa cinta ini demi Avelyn.Entah sampai bila, aku sendiri tiada jawapannya.

Permintaan Avelyn tadi benar benar jauh dari jangkaan aku.Mahu minta adik lelaki.Kalau boleh beli di pusat beli belah ini, sudah lama aku lakukan.Mungkin difikirannya untuk mendapatkan 'adik lelaki' itu semudah ABC.

"Why not Avelyn ask your mommy?"

Pertanyaan selamat untuk aku kerana yakin Avelyn tidak berani bertanya perihal tersebut kepada Federa.Aku lihat Avelyn mencebik bibirnya.Pastinya tidak berpuas hati dengan usulan aku tadi.

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now