QUESTION AND ANSWER

568 13 0
                                    

Hye hye lovelies.Scha nak tanya.Scha ada draf satu novel vampire tau.Ada tak yang berminat untuk baca.Dah draf tapi malu nak release.Eyhhh eyhh boleh macam tu eyh??Hahaha..

Eyhhh eyhh boleh macam tu eyh??Hahaha

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

S

inopsis dia begini:

Emmett Dmitri dibuang oleh bapanya King Vlad Dmitri kerana statusnya. Emmett didakwa bukan darah dagingnya.Emmett merupakan hasil curang Queen Celeste bersama Romanov iaitu panglima angkatan tentera kerajaan di bawah pemerintahan Dimitri ll.

Emmett dibuang di sebuah istana lama yang telah disumpah ketika dia masih kecil secara bersendirian.Istana terletak jauh di tengah hutan.Emmett hidup dengan menghisap darah binatang yang melewati kawasan istana.

Usianya menginjak dan Emmett mula bergaul dengan orang kampung.Setiap kali dia memburu, dagingnya akan diserahkan kepada penduduk kampung.Dia cuma menikmati darah haiwan buruannya.Pelik bagi orang kampung kerana daging pemberian Emmett tidak ada darah, walaupun daging masih kelihatan segar.Desas desus orang orang tua di kampung  mengatakan Emmett merupakan 'drakula si penghisap darah'.Berpuluh tahun berlalu dan desas desus tentang Emmett semakin dilupakan.Emmett juga tidak ada rasa untuk menikmati darah manusia.Dia sudah sebati dengan darah haiwan buruannya.

Satu hari Amber, seorang jurnalis membuat liputan tentang kehidupan masyarakat asli di pedalaman. Kehadiran Amber di kampung tersebut membuatkan nafsu Emmett mengganas.Dia mahu memiliki Amber.Dia mahu menikmati darah Amber.Realitinya jika dia menghisap darah Amber, wanita itu akan menjadi sebahagian dari dirinya.Tidak tergamak pula dia mengheret Amber ke dunia gelapnya.Wanita itu nampak gembira dengan hidupnya.Namun naluri hatinya berkata Amber itu adalah pasangannya.Amber ditakdirkan untuknya.

Emmett mula menjauhi Amber.Dia memburuk burukkan Amber pada orang kampung sehingga wanita itu dihalau keluar dari kampung.Emmett sengaja menyakiti wanita itu agar Amber pergi tinggalkan kampung tersebut.

Seorang Amber tidak mudah mengalah.Dia perlu bertahan di kampung itu sehingga tugasannya selesai.

Suatu hari Amber ditangkap oleh pembalak haram ketika merayau berseorangan di dalam hutan.Kehilangan Amber menjadi tanda tanya kerana barang barang peribadi wanita itu ditemui di dalam hutan.

Emmett menjejak Amber dan dia berjaya menemukan wanita itu dalam keadaan separuh sedar.Wanita itu ditemui dalam keadaan berlumuran darah.Sedaya upaya dia menahan nafsunya apabila melihat darah Amber.

Emmett membawa Amber ke istananya.Dia merawat Amber sehingga sembuh.

Melihat Emmett yang bersungguh sungguh merawat dirinya membuatkan Amber tertanya tanya.Bukankah lelaki itu membencinya?Mana pergi Emmett yang selalu perlekehkan dirinya?Emmett yang garang dengannya.

"Stop pretending like you care about me Emmett!"

"I really care about you Amber because you're my mate"

"No..you're playing trick with me!Please I want to go home Emmett.I'm promise I wont come near the villagers or you.Pleaseee!!!"

"Shhhhhhhh shhhh this is your home my gatino.Okay lets deco this castle so that it looks more homie to you heh??"

"There's no turning back Amber Loius.Once I taste you.You are forever mine"

"Take me Emmett Dmitri.I have been in love with no one and never shall, unless should be with you"

I need my readers opinion and comments!Thanks for your time!!

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now