TRASHY VERMIN

626 21 0
                                    

Andrian's POV

Tangan kecil Seroja aku belek seketika.Cincin perkahwinan kami terletak megah di jari manisnya.Raut mukanya yang pucat membuatkan aku benar benar hiba.Selama ini Seroja menghadapi segalanya seorang diri.Padanlah Seroja begitu mengambil berat perihal Lola.Wanita itu terlalu banyak berjasa kepada isteri aku.

Mengikut rekod perubatan Seroja, punca kanser adalah tumor yang terbentuk dari cebisan karat yang tertinggal pada luka torehan di lehernya dahulu.Aku.Aku lah penyebab kanser pada Seroja.Aku yang mengelar lehernya dahulu.Tidak aku sangka pisau belati itu punya karat dan membawa kecelakaan pada Seroja.

Segalanya sempurna hingga Alex berumur 2 tahun.Seroja ditemui rebah tiba tiba.Lola membawa Seroja untuk mendapatkan rawatan dan akhirnya diketahui punca sakitnya.Seroja disahkan tahap 2 kanser laring.

Pertumbuhan kansernya agak lambat kerana Seroja sentiasa berfikiran positif.Dia kerap kali mengingatkan Lola dia tidak sakit.Dia sihat sihat sahaja.

Seroja mengikuti saranan doktor.Seroja tidak culas makan ubat dan menghadiri sesi rawatan.Dia cukup kuat.Fizikal dirinya tidak melambangkan kekuatan semangatnya.

Yang aku kesalkan mengapa Seroja merahsiakan semuanya dari aku?Kenapa dia tidak mencari aku?

"Baby...please..jangan tinggalkan bie sayang.I need you.Kuatkan semangat.Bie sentiasa ada untuk sayang."

Aku membelai rambut Seroja perlahan.Bibir diketap kuat melihat banyak rambut yang gugur tersangkut pada jemari aku.

Terasa mata berkaca.Aku mula menerima kenyataan yang isteri aku sakit.Rambutnya gugur akibat kemoterapi yang dijalani seminggu sebelum ke Madrid.Betapa kuatnya semangat seorang Seroja Dianne.Tidak ramai yang tahu tentang sakit Seroja kecuali pemilik Pusat Psikiatri McLean, The Smith.

Aku telah berbincang dengan pemilik hospital tersebut supaya melepaskan Seroja.Kebetulan pula Mrs Orked Safiya merupakan rakyat Malaysia juga dan berkahwin dengan rakyat Amerika.Sebaik sahaja aku memaklumkan perihal Seroja, wanita itu menzahirkan kerisauannya.Katanya dia kagum dengan semangat Seroja.
Bahkan wanita itu dan suaminya akan tiba di Bucharest petang ini.

Begitu ramai yang sayangkan Seroja.Aku cuma belum memaklumkan perkara ini kepada keluarga di Sabah.Aku bimbang jika aku memberi tahu nanti Seroja mengatakan aku memandai mandai.Segalanya perlukan masa.Seroja punya trauma pada keluarganya.Aku tidak akan memaksanya selagi dia tidak mengatakan yang dirinya sudah bersedia untuk bertentang mata dengan keluarganya.

"I...i...iannnnn.."

Tangan Seroja bergerak seperti menggapai sesuatu.Aku pantas mencapai tangan kecilnya.Matanya masih tertutup.

"Shhhh baby..open your eyes.Bie dekat sini"

Perlahan Seroja membuka kelopak matanya.Matanya dibulatkan apabila melihat aku dihadapannya.Seroja bingkas bangun dari pembaringan.

"Ian...Are you okay??Your hand!!Let me see your hand!!Are you wounded??"

Seroja meraba raba badan aku.Muka aku.Sedikit pun dia tidak memeriksa dirinya dahulu walhal dia yang cedera.

'My Seroja Dianne'

Entah kenapa aku merasa teramat sebak.Aku merangkul tubuh sang isteri sekuatnya.Seroja seperti terkaku.Tidak lama kemudian aku merasa Seroja membalas pelukan aku.Belakang badan aku diusap mesra.

"Why...??"

Sepatah perkataan keluar dari bibir aku.Nada suara yang  serak kerana aku cuba membendung rasa dihati.Aku mahukan jawapan dari Seroja.

"What?"

Pertanyaan berbalas pertanyaan.Hingga saat ini Seroja masih mahu berahsia.

"Tell me the truth baby.Why??Kenapa sayang tak bagi tahu sayang sakit?Kenapa sayang tak mahu cari bie? Sampai bila sayang nak berahsia?"

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now