Author's POV
Mrs Vasile are you alright?"
Philips, paderi besar di Bucharest bertanya ramah.Dia menerima kejutan dari keluarga tenama itu tadi.Tidak pernah dibuat orang, bernikah pukul 10 malam.Gila agaknya.Dek kerana sogokan sejumlah wang yang agak besar Philips menggagahkan juga tubuh tuanya memandu ke istana gah tersebut.
"I...I...am okay Father.It just...just..wed...ding jitters"
Jawab Seroja dengan keadaan terhuyung hayang.Dia dipapah oleh Dorin.Seroja menurunkan tandatangannya di atas beberapa kertas.Terketar ketar tangannya.Mujur Dorin berada disebelah memberikan sokongan.
Andrian turut menandatangani beberapa dokumen.Dia mengerling sekilas ke arah Seroja.Dia perlu ketepikan rasa belas terhadap wanita itu untuk sedikit masa lagi.Kejam?Sememangnya itu dirinya dari dahulu.Jika kejam itu dapat meletakkan Seroja didalam genggamannya maka biarlah dia berlaku kejam ketika ini.
"You..you are not forced into this marriage right?"
Pertanyaan Phillips mengundang jelingan maut Dorin.Philips menundukkan pandangannya.Sedar dirinya terlepas kata.
"For..ced?I lo...ve him so mmm..God I wanna puke!!"
Seroja menutup mulutnya segera.
"Ellie!!"
Pembantu istana bernama Ellie menghampiri Seroja bersama baldi.Tanpa berlengah Seroja memuntahkan isi perutnya.Seluruh ruang tamu berbau masam.
Tidak betah melihat keadaan Seroja,Andrian mendekati.Belakang badan wanita itu diusap penuh kasih.Terbayang diingatannya beberapa tahun yang lepas.Seroja muntah muntah kerana mengandung anak pertama mereka.Mirip begini.Cumanya kali ini Seroja keracunan alkohol.Kandungan alkohol yang tinggi menyebabkan perutnya memuntahkan segala isinya.
"Phillips.We need to do this fast.She's not feeling well "
Phillips menganggukkan kepalanya.Beberapa potong ayat dari kitab suci dibaca sebelum lafaz sumpah setia di ucapkan oleh kedua dua mempelai.Riuh seketika ruang tamu besar istana apabila pasangan saling menyarung cincin dan berkucupan.
Dorin hanya diam sedari tadi.Dia punya rasa berbelah bahagi.Dorin bimbang Andrian tidak mengotakan janjinya kali ini.Apabila melihat kesungguhan Andrian dia tidak sampai hati pula menghalang niat anak buahnya yang satu itu.Masih kuat perasaan cinta lelaki itu buat Seroja.Mungkin apa yang berlaku menjadi pengajaran buat Andrian.
Dorin melihat sekelilingnya.Istana besar itu kembali meriah dengan kehadiran Seroja semula.Jika sebelum ini Andrian lebih suka menghabiskan masa di bilik kerja atau bilik Avelyn.Maria dan Boris pula lebih suka memerapkan diri di ruang bawah istana dengan keluarga kecil mereka.Razea seperti biasa leka dengan tanggungjawabnya sebagai pengurus di istana ini.Andrew pula seperti pelesit perangainya.Setiap malam keluar.Hampir pagi baru dia pulang.Hari ini keluarganya berkumpul seperti dahulu.
Andrian membawa Seroja duduk di kerusi.Belas hatinya melihat isterinya itu masih terhuyung hayang.Seroja perlukan rehat.
"Ian..I'm headache"
Seroja memicit dahinya.Sememangnya dia merasakan dunianya seperti tunggang terbalik.Andrian tanpa berlengah mencempung Seroja.
"Excuse us.My wife need rest"
Andrian berkata agak kuat.Seisi ruang tamu yang tadi agak kecoh sunyi tiba tiba.Hanya derap langkah Andrian yang kedengaran.
"Hye dah tak sabar sabar ke tu?"
Usik Lola.Dia tersengih sengih sambil menikmati pasta.Derap langkah Andrian terhenti.Kini semua mata menghala ke arah Lola.
Merasakan dirinya diperhatikan Lola mengangkat kepalanya.Menyedari dia terlepas kata Lola menutup mulutnya yang penuh.Lola bingkas bangun.Dia tertunduk tunduk memohon maaf.

YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...