COMING HOME

397 16 0
                                    

Sorry for late update guys.Scha fokus dekat L.U.C.I.F.E.R.Cerita tu thriller /gore  sikit.Sampai Scha kena minta tolong kawan Scha yang under psikiatri treatment tu baca draft dulu.hokhok.Personaliti dan pengalaman dia banyak bagi inspirasi pada Scha untuk menulis FTBH dan L.U.C.I.F.E.R.

Enjoy FTBH ni tau.Scha cuba double update hari ini.Ada beberapa bab saja lagi.Jangan lupa vote eyh.Ramai readers tapi vote tak ramai pun.Thank you for consistant voters!!Yang belum follow Scha tu meh follow seketul kentang ni

Andrian's POV

"We miss you mumny"

Alex dan Avelyn memeluk erat sang isteri.Nampak hubungan akrab sebagai ibu dan anak dikalangan mereka bertiga.Kesal diri ini kerana pernah melukakan isteri dengan mengatakan Avelyn bukan anak Seroja dan wanita itu tiada hak ke atas kanak kanak perempuan itu.

Semuanya kerana sikap ego aku.Aku tahu kata kata pada malam itu, berbekas pada hatinya.Namun Seroja memilih untuk menepis perasaan gundah itu.Aku dapat lihat kasih sayangnya sebagai ibu dengan ikhlas.

"I miss both of you too.See...I'm back!!"

Teriak Seroja kuat.Kedua dua pipi kanak kanak itu menjadi mangsa ciuman bibir munggilnya.Alex dan Avelyn ketawa galak.Mungkin kegelian dengan ciuman bertubi tubi dari Seroja.

Senyum melebar melihat hubungan mesra ibu dan anak anak.Seroja punya pakej lengkap untuk jadi suri hati aku.Dahulu aku impikan Federa begini.Cinta pertama yang kini menjadi racun kepada rumahtangga aku.Cinta pertama kononnya bersumpah setia hingga menutup mata.Baru sedikit badai melanda aku ditinggalkan terkapai kapai.Bukan mudah untuk aku bangkit ditambah dengan kekurangan diri ketika itu.

Kehadiran Seroja merubah segalanya.Bukan sekali dua rumahtangga kami berantakan namun wanita itu tetap bertahan dan bertahan hingga saat ini.

Terasa sayu mengenangkan masa yang tinggal untuk kami bersama sebagai suami isteri hanya tinggal 5 bulan.Masa untuk aku kembalikan kepercayaannya semakin suntuk.

Setakat ini Seroja masih bertegas dengan keputusannya.Dia tetap mahu kami berpisah.Bagaimana untuk aku hidup tanpa dia disisi nanti.Mampukah aku menjalani hidup tanpa segala nasihat dan kata kata dorongannya?

'Oh Tuhan..lembutkanlah hati Seroja untuk bersama aku selamanya'

"Ibu dan bapak rindukan adik juga"

Aku menoleh kearah suara yang menyapa.Kelihatan ibu dan bapa mertua muncul dari pintu balkoni.Senyum aku lempa4kan pada pasangan berusia itu.Hati ada sedikit kebimbangan tentang penerimaan Seroja.

Aku lihat Seroja seperti terpaku.Pandangannya terarah lama ke arah 2 tubuh yang tercegat di pintu balkoni.

Seroja bangun perlahan lahan.Pelukan pada anak anak kami dilepaskan segera.Seroja seperti cemas melihat kemunculan ibu dan bapanya.Dia mengundur kearah aku laju.Aku sempat memaut pinggangnya.

"Easy baby"

"Iiann...Iiannn..they're gonna kill me"

Aku mengerutkan dahi.Pandangan aku, Tuan Simon dan Puan Dahlea bersatu.
Mata kemudian kembali terarah pada isteri.

Tangannya menggenggam kuat jemari aku.Dapat aku rasakan tapak tangannya berpeluh.Indikasi dirinya berada dalam keadaan cemas dan ketakutan.

"No baby.Ibu dan bapak rindukan you sayang."

Pujuk aku perlahan.Seroja menoleh ke arah aku.Matanya terbuka luas.Anak matanya kelihatan seperti ketakutan.

"Ian..mereka pukul I, Ian. I swear..I tak bersalah.Jangan tinggalkan I Ian.."

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now