I'M NOT A SILENT MOANER

461 19 0
                                    

Seroja's POV

Aku hanya mengekori langkah Andrian.Andrian langsung tidak melepaskan tangan aku sedari tadi walaupun langkah kami cuma dari pintu apartment hingga ke parkir kereta.

Semakin seram aku melihat sikap posesifnya.Tangannya sebelah lagi menarik bagasi bersaiz sederhana.Bagasi yang berisi persalinan kami untuk 3 hari.Kami akan menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki Doktor Akira yang akan berlangsung di pinggir Osaka.Dorin tidak berapa sihat ketika ini.Dia meminta aku dan Andrian menggantikan tempatnya.

Anak anak pula di dalam jagaan Andrew dan Lola buat sementara ini.Mujur ribut yang melanda pasangan tersebut mulai reda.Bibit bibit cinta semakin ketara dan Andrew telah berbincang dengan aku untuk mengahwini Lola dalam masa terdekat ini.Aku memberikan persetujuan.Lagipun lelaki itu benar benar ikhlas mahu menjaga Lola.

Tiba disisi kereta, Andrian membukakan pintu dan menolak perlahan tubuh aku untuk duduk.

"Ian..I can do it"

Tegur aku perlahan apabila lelaki itu mula menarik tali pinggang keledar untuk diri ini.

"Special treatment for my beautiful wife"

Kata kata yang membuatkan senyum kecil meniti dibibir.Aku memerhatikan gelagat Andrian lagi.Lelaki itu memasukkan bagasi ke dalam bonet kereta sebelum meloloskan diri ke tempat duduk pemandu.

Wajah lelaki itu cukup berseri seri.Aku tahu dia memang sentiasa menunggu untuk berdua duan begini.Mungkin Andrian telah berpakat dengan Dorin untuk membiarkan kami meluangkan masa bersama.

Kereta meluncur laju menuju ke pinggir Osaka.Aku memakukan pandangan ke arah luar tingkap.Melihat kemodenan negara matahari terbit dikiri dan kanan jalan.Jika aku mahu menetap di Jepun mungkin Osaka adalah pilihan.Selain dari kos sara hidupnya lebih rendah dari Tokyo, Osaka lebih santai.Bandar yang moden namun tidak sesibuk ibu negaranya, Tokyo.

Lamunan terganggu seketika apabila terasa tangan diramas perlahan.Aku memakukan pandangan pada Andrian.Lelaki itu tetap fokus memandu meskipun tangannya menggenggam kemas jemari aku.

"Ian..you're driving"

Tegur aku perlahan.Bimbang jika perlakuannya mengganggu fokus pemanduannya.

"Shhhh let me hold your hand baby.Nanti I mengantuk"

Permintaan Andrian mengundang jongketan pada bibir.Idea muncul dikepala.

"Kalau you mengantuk I drive.Lagipun dah lama I tak memandu.Pull over.Let me drive."

Aku mengerdipkan mata berkali berharap Andrian memakan kata kata aku.Hampa bila mana Andrian mengelengkan kepalanya berkali kali.

"No way"

"Alaaaa kenapa pula??"

Bentak aku tidak puas hati.Aku sudah sihat.Sembuh sepenuhnya.Balutan pada tangan pun sudah dibuka.

"I dont trust you baby"

Aku terlongo.Aku punya lesen memandu.Malah selama ini aku memandu di Massachusets bersendirian.Apa masalah Andrian sebenarnya.

"What do you mean by you dont trust me?Selama ni I memandu sendiri tau!"

Bentak aku tidak puas hati.Tangan aku tarik laju dari genggaman tangannya.Geram sungguh mendengar kata katanya.

"Sayang jangan ingat I tak tahu ya.You memandu macam mana.I have paid  all your summons before leaving USA.All your tickets were refering as speeding fine.I'm not gonna let you drive after this"

Terasa pijar muka.Aku segera membetulkan duduk.Mahu berdebat pun kena fikir 2 kali.

"Ermmm itu sebab I dah terlambat nak pergi office."

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now