YOU BOTH ARE MY WALKING MIGRAINE

356 17 0
                                    

Seroja's POV

Lusa penerbangan aku ke Finland.Semenjak kami tiba ke Bucharest semula, aku lihat Andrian seperti tidak senang duduk.Sentiasa mahu bersama aku.Jika ke pejabat dia sentiasa meminta untuk aku menemaninya.

Hari ini aku masih menemaninya di pejabat.Aku merenung segenap ruang di pejabat.Renungan terakhir sebelum meninggalkan status sebagai Lady Vasile dan isteri kepada Andrian Vasile.

Esok kami akan berpisah secara rasmi dihadapan saksi, dan peguam.Tidak dapat dipastikan perasaan aku ketika ini.Kecewa?Marah?Sedih?Semuanya bersatu dalam hati

6 bulan ini aku lihat Andrian banyak berubah.Dia benar benar mengotakan janjinya.Cuma aku masih dibayangi masa silam.Masih berasa tidak yakin dengan suami sendiri.

Mungkin benar Andrian bukan jodoh aku.Dia cuma hadir sebagai ujian dalam kehidupan seharian.Terlalu banyak dugaan yang terpaksa aku tempuh untuk bersama suami.Dugaan yang hampir membuat diri hilang kawalan.Semuanya tinggal sebagai kenangan.

Jam pada pergelangan tangan aku kerling seletika.Sudah menghampiri pukul 12 tengah hari.Lelaki itu masih belum selesai mesyuaratnya bersama beberapa orang wakil dari negara negara jiran.Andrian dan kumpulannya membentang lukisan pelan dan model bangunan imigresen di sempadan Romania.

Kali ini Andrian sendiri yang menyelia pembentangan.Dia juga melakar bangunan di sempadan .Malah model bangunan berskala turut di bina sendiri oleh Andrian.Aku turut membantu agar kerja Andrian cepat selesai.Kadang kala hingga lewat malam.

Dup dap dup dap degupan jantung.Aku turut berdebar dengan pembentangan Andrian.Hati berdoa agar rekabentuk yang diusul diterima oleh wakil negara negara jiran.

10 minit berlalu.Tiada lagi lagi tanda kelibat Andrian akan muncul.Aku menupang kepala pada tempat letak tangan sofa kulit.Kepala terasa sedikit berat.

Tangan membelek telefon bimbit.Satu pesanan ringkas aku hantar sebagai tanda sokongan buat dirinya.Usai menghantar teks, aku meletakkan telefon di atas meja kopi.

Aku kekurangan rehat sejak kebelakangan ini.Sibuk menguruskan barang barang untuk ke Finland pada siang hari.Waktu malam pula aku membantu Andrian.

Mungkin perbincangan memakan masa kali ini.Yalah keputusan yang diambil perlu merangkumi pelbagai aspek.

Mata aku pejamkan perlahan.Mungkin dengan melelapkan mata beberapa minit mampu mendatangkan kembali kesegaran mata dan tubuh badan.

___________________________________________

Andrian's POV

"Congratulations Ian..you've made it!"

Aku mengukir senyum kecil.Bangga kerana sekali lagi dapat merebut tender bernilai jutaan euro dari kerajaan Romania.Bukan sesuatu yang mudah.Persaingan terlalu ramai.

"You dont look happy Ian.."

Teguran Dorin membuatkan pandangan jatuh ke riba.Ada lagi masalah besar yang menanti.Mata merenung ruang bilik mesyuarat yang mulai kosong.

"Macam mana Ian nak happy uncle? Seroja mahu tinggalkan Ian.My wife wants to leave me."

Keluh aku perlahan.Saat ini aku benar benar pasrah.6 bulan aku mencuba, tiada tanda Seroja menerima cinta aku kembali.Selama ini wanita itu cuma menunaikan tanggungjawabnya sebagai isteri seperti yang aku pinta di dalam perjanjian.Kurang dari 24 jam kami akan berpisah.Hati merasa sendat.

"Ian..uncle sayangkan kamu dan Seroja.Kebahagiaan kamu dan Seroja penting buat uncle.Cuba kamu bagi masa untuk Seroja.Mungkin nanti berjauhan akan kembalikan rasa cinta dàn rindu pada Ian?Kita tak tahu rencana Tuhan anakku"

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now