SHINOBI

674 23 0
                                    

Andrian's POV

Pintu bilik aku tolak berhati hati.Suasana bilik hotel kelihatan suram.Pasti Seroja masih lagi merehatkan dirinya.

Aku menutup semula pintu bilik perlahan.Diri menapak ke arah katil besar ditengah bilik.Kelihatan Seroja sedang tidur lena diatas katil tersebut.

Aku meletakkan beg kertas di atas meja pada sisi katil.Perlahan aku menempatkan diri di sisinya.

Muka bersihnya aku tatap lama.Rindu walaupun sehari tidak berjumpa.
Terasa seperti di awal perkahwinan yang dahulu.

"Sayang..I miss you so much.Stop running.I need you baby."

Bisik aku.Rambutnya aku belai perlahan.Tidak mahu lenanya diganggu.Tenang hati ini apabila sang isteri selamat disini.

Dari wajah kini mata beralih pada lehernya.Ada tampalan plaster di daerah lehernya.Ada apa dengan plaster tersebut?

Aku cuba menarik plaster berubat di leher Seroja.Tindakan aku membuatkan Seroja bergerak sedikit.

"Ian...janganlah..Im sleepy."

Aku memberhentikan gerakan tangan.Seroja menyebut nama aku tadi.Mengenangkan wanita itu gemar bercakap ketika tidur aku berusaha menahan ketawa.Habit sang isteri yang aku ketahui semenjak awal perkahwinan kami dahulu.

Mujur dia menyebut nama aku.Boleh mencanak naik bacaan darah jika Seroja menyebut nama lelaki lain tadi.

Plaster aku tarik sikit demi sedikit hingga menampakkan satu garisan luka lebih kurang 2 cm.Luka kelihatan seperti ditoreh.Semasa meninggalkan istana Seroja tidak punya kecederaan ini.Entah apa yang berlaku tanpa pengetahuan aku semalam.

Aku menutup semula plaster berubat tersebut.Kebetulan aku agak mengantuk.Awal pagi tadi aku sudah memandu ke Constanta.Aku turut merebahkan kepala.Bantal Seroja aku gantikan dengan lengan.

Hanya ketika ini aku dapat bermanja dengan sang isteri.Jika dia sedar nanti mungkin perang dunia akan berlangsung lagi.

Pinggangnya aku rangkul kemas.Ciuman kasih sayang aku layangkan pada ubun ubun kepalanya.Jam di tangan aku kerling.Masih awal lagi.Aku memejamkan mata seketika.Hati berdoa agar Seroja punya lembut hati dan dapat menerima aku kembali.

_________________________________________

Gerakan disebelah membuatkan aku terjaga.Aku membuka sedikit mata.Badan aku keraskan apabila melihat Seroja berusaha melepaskan dirinya.

"Hishhh kenapalah kau ni besar sangat? Kau makan besike sampai berat sangat tangan ni.?"

Sehabis baik aku cuba menahan diri dari ketawa.Dia benar benar berusaha merungkai pelukan aku.Aku hanya membatukan diri.Mahu lagi aku melihat gelagatnya.

"Get off me!!!Eeeeee.....baik kau tak nak bangun.Sekejap."

Terbuntang mata apabila merasa jemari halus Seroja mencucuk sisi pinggang aku.

"Baby..ddont..it ticklish!!"

Aku menepis nepis tangannya yang masih sibuk menggaru sisi pinggang.

"Get off me!! Macam mana kau masuk haaa!! Pervert!!"

Aku melepaskan pautan pinggang Seroja segera.Nampaknya wanita itu tidak lupa kelemahan aku yang satu itu.

"Baby..I suami you..pastilah I tahu you kemana.Buat apa.Semua I tahu tau!"

Aku senyum sinis melihat Seroja mengikat kimononya segera.Seroja kemudian duduk bertentangan dengan aku.

"Dont try sugar coating on me Andrian.Kau intip aku kan??"

FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )Where stories live. Discover now