Seroja's POV
Dari jauh aku melihat Lola menepis nepis tangan Andrew yang cuba menyentuhnya.Entah apa yang berlaku selama aku tidak sedarkan diri sebelum ini.
"Kenapa tu?"
Aku menoleh ke arah Andrian yang menolak kerusi roda.Kami baru sahaja habis sesi konsultasi bersama Doktor Akira.Segalanya nampak seperti yang diharapkan.Sel kanser tidak menampakkan apa apa reaksi negatif.
"Ermmm biasalah orang muda bercinta sayang.Ada pasang surutnya."
"Lola tu I percayalah muda lagi.Andrew tu dah tua.In fact he's older than me.Ada apa apa ke jadi?"
Asak aku lagi.Aku bukan apa.Lola tu mana pernahnya bercinta.Terkadang wanita itu lurus bendul.Aku bimbang traumanya yang semakin membaik akan kembali semula.
"Nothingla sayang.Eeeeee kepochi juga eyhh you ni?"
Sindiran Andrian membuatkan aku mengetap rahang kuat.Aku bukan mahu kepochi sangat.Cuma aku berhak risau.Apa yang terjadi kepada Lola semua atas tanggungjawab aku.
"Lola tu tanggungjawab aku Mr.Vasile.Apa apa yang berlaku aku wajib tahu.Semua akan mempengaruhi emosi dia.Kau nak ke emosi dia terganggu?"
Agak tinggi suara di pendengaran.Andrian seperti mengambil remeh perihal emosi pembantu aku.
"Hmmm dan kita tak boleh campur sangat urusan peribadi mereka sayang.Lola tu dah besar panjang.Dia terima Andrew maknanya Lola percaya pada Andrew.Ada salah faham sikit kot.Lupakan hal Lola.Hal kita ni.Baby dah langgar syarat nombor 4.Baby ber aku kau dengan bie.So..where is my kiss?"
Aku menjarakkan diri apabila Andrian mula menyuakan mukanya.Geram sungguh mengenangkan syarat syarat yang lelaki itu tetapkan sepanjang tempoh 6 bulan ini.
Aku tahu dia membuat syarat syarat perjanjian kami semata mata untuk mengeratkan hubungan rumahtangga dan berharap aku akan menggugurkan hasrat untuk berpisah.
'Keep dreaming Andrian'
"Eeeeee dia ni tau..kalau tangan ni tak berbalut lama kau mati kejung kena cekik dengan aku"
Aku memeluk tubuh.Menyandarkan diri pada penyandar kerusi roda.
"Hahhh..see ber aku kau lagi..Princess shower me with your warm and lovely kisses please"
Aku menggeleng kepala laju tanda tidak rela.Walaupun tangan sendiri menurunkan tandatangan tanda setuju semua syaratnya asalkan aku dilepaskan selepas 6 bulan.
"Tak mahu.Kau tu dari semalam tak mandi.Tak tukar baju.Tak gosok gigi.So no."
Bantah aku lagi.Alasan cukup ampuh menolak kemahuannya.Muka Andrian berubah kemerahan.Mungkin komen aku membuatkan dia malu.
"Baikkk..Bie balik mandi sekarang juga.Kalau sayang mungkir janji siaplah!"
Andrian berjalan laju ke pintu lift.Butang untuk turun kebawah ditekan.Andrian meloloskan diri segera ke dalam lift.Dia sempat melayangkan flying kiss ke arah aku sebelum pintu lift tertutup semula.
Mulut terlopong dengan tindakan suami tadi.Mata mengerling diri yang masih berada di atas kerusi roda.
"Arggghhhhh Andrian!!!!Dasar gelojoh!"
Siapa mahu menolak aku waktu ini?Susah punya suami gelojoh begini.Sudah tua anak berderet perangai masih sama.
Berani dia tinggalkan aku bersendirian lagi.Mujur bilik aku berada tidak jauh dari lift.'How dare him'
'You can walk Seroja.Bukan kaki kau yang patah pun'
'Curse him!!!'

YOU ARE READING
FORCED TO BE HIS (CURRENTLY UNDERGOING MAJOR EDITING )
RomanceMengisahkan tentang Seroja Dianne,seorang pakar psikiatri yang diculik secara tidak sengaja ketika dia berkunjung ke Romania seorang diri.Seroja kemudian dijual dipasaran 'darkweb'.Dia kemudian dilelong pada harga yang tinggi. Seroja dibida dan di...