2 Bulan selepas kejadian pemberontakan pinggiran,
Akademi MATA,Seperti hari kebiasaan,Ali akan terus ke akademi untuk berlatih memandangkan hanya selepas waktu persekolahan sahaja kebanyakan ejen muda sudah pulang. Dia tidak mahu berjumpa dengan ejen muda lain kerana Ali sering dibuli atas pengkhianatannya terhadap MATA dalam kejadian 2 bulan lepas.
Setibanya di akademi,dia terkejut melihat Rudy dan Mika sedang duduk di ruang legar akademi,seolah-olah memunggu kehadiran Ali.
Ali: Apa korang berdua buat kat sini?
Rudy: Kitorang nak buat apa? Nak buat ni!
Rudy terus mengunci pergerakan Ali dengan garinya. Tindakan Rudy diikuti dengan tumbukan bertubi-tubi daripada Mika. Ketika itu juga,ejen muda lain kecuali Alicia,Iman,Moon,Zass dan Khai keluar daripada persembunyian. Mereka hanya gelak ketawa melihat Ali dibelasah sedemikian rupa. Serangan kombo itu diakhiri dengan satu tumbukan padu pada perut Ali. Ali dengan serta-merta memuntahkan darah lalu jatuh tersembam di atas lantai.
Ali: ke....na...pa?
Rudy: *menghampiri Ali dan menarik rambutnya* Kenapa kau tanya?! Sebabnya pengkhianat macam kau ni memang dah mati! Aku peliklah pesal ketua teras tak bunuh kau lagi. Ceh modal anak super ejen. Mak super ejen,anak? Pengkhianat!
Ali: Kau tunggu Rudy...... Hari ni memang aku kat bawah......
Rudy: dan selamanya kat bawah! *Tendang muka Ali* Dah ciao jom
Semua ejen muda meninggalkan Ali yang cedera parah. Ali perlahan-lahan mengheret dirinya ke dinding berdekatan lalu duduk bersandar pada dinding. Ketika itu,Iman,Moon,Alicia dan Khai baru sahaja pulang daripada misi mereka terkejut melihat keadaan Ali sedemikian rupa. Mereka terus bergegas membawa Ali ke MATA medical room.
MATA medical room,
Khai merawat kecederaan Ali manakala Alicia,Iman dan Moon hanya duduk dan membantu Khai sehabis baik. Ali pula berdiam sahaja dan dia hanya menundukkan pandangan.
Khai: Ni mesti angkara diorang kan?
Ali: *angguk*
Alicia: Kau kena lawan Ali. Sampai bila kau nak terus dibelasah,disisih dan dimaki macam ni?
Ali: Apa je aku mampu buat?
Iman: Awak kenalah lawan mereka. Maksud saya,bukannya cari gaduh ke apa tapi awak kena pertahankan diri awak!
Ali: Haih...... Korang rasa....... Aku ni masih layak ke jadi ejen?
Moon: Kau ni janganlah sedih macam ni! Mestilah kau layak!
Ali: Hmmm
Khai: Ok siap! Berdasarkan kecederaan kau ni..... Mungkin seminggu untuk sembuh.
Alicia: Aku akan laporkan kat General Jadi kau boleh cuti sementara tu
Ali: Tak payah lapor kat General. Lagipun aku jarang dapat misi memandangkan...... Korang fahamlah kan. Jadi tak perlu lapor kat General.
Alicia: Hmmm baiklah. Tapi jaga diri kau. Kalau diorang cuba apa-apakan kau lagi. Beritahu je aku.
Ali: Baik. Siapa nak minum kat ZusCoffee?
Moon: Nak nak!
Iman: Moon!
Ali: Jom,aku belanja
Mereka berlima pun pulang daripada akademi dan lepak di ZusCoffee
YOU ARE READING
Ejen Ali alternate timeline: Revenge of the Ghost
FanficSelepas kejadian pemberontakan Niki dan penduduk pinggiran,Ali terus disisih Oleh rakan-rakannya kecuali Alicia,Iman,Khai dan Moon. Kebanyakan ejen senior juga kurang mempercayai Ali dan memandang rendah terhadap Ali. Satu kejadian mengubah segalan...