chapter 9

356 24 3
                                    

miss yasmeen duduk dimejanya. dia mengemaskan buku bukunya yang berselerak diatas meja. sempat juga dia memasang telinga mendengar perbualan yang hangat didalam bilik guru itu.

"iyee, si luthfia tu memang problematic juga. dia suka belasah budak yang innocent, tak sangka benda tu jadi kat budak budak kau pulak", ujar cikgu lelaki itu.

"luthfia tu kalau tak dikacau, rasanya takkan jadi macam tu pun. mesti ada budak budak aku kacau dia la tu", bela miss sya yang merupakan guru pengawas perpustakaan itu.

"takkan kau lupa kes setahun lepas? dia tu bercinta sesama jenis, lepastu dia abuse girlfriend dia. sampai mak bapak datang sekolah tau? sebab dia pukul perempuan tu", balas seorang lagi cikgu yang berada dihadapan miss sya itu.

miss yasmeen menggeleng sendirian. dia pun tahu pasal kejadian itu. dan masatu, dia baru sahaja berpindah disitu.

"tapi aku tak berani nak kata apa lah, sebab yang terlibat tu si yasmeen tu", sampuk miss sya lagi sambil memandang kearah miss yasmeen.

terkedu miss yasmeen mendengar namanya dipetik. dia mengangkat kepalanya dan menoleh kearah miss sya dan seorang lagi cikgu yang menjadi teman miss sya berborak.

"apa jadi sebenarnya masatu?", soal cikgu tersebut.

miss yasmeen mendiamkan dirinya. walaupun dia merupakan bekas guru kelas gadis tersebut, dia tidak mahu membuka aib sesiapa pun tentang kejadian itu.

"itu kes dah lama lah, tak baik ungkit ungkit, aib", ujar miss yasmeen sambil duduk dikerusinya. dia sengaja menyibukkan dirinya supaya mereka bertiga tidak lagi bertanyakan soalan kepadanya.

tiba tiba pintu bilik guru terbuka dan kelihatan aera memasuki bilik guru itu. dia berlari menuju ke meja cikgu bahasa melayunya itu.

"aera", panggil miss yasmeen.

"aa, kejap eh miss, saya nak cari marker jap", ujar aera sambil membuka laci meja cikgu bahasa melayunya itu. selepas menemui apa yang dicari olehnya, dia segera berjalan menuju ke meja miss yasmeen.

"ya miss? ada apa?", soal aera. rambutnya dibetulkan.

"pasal nadia semalam, dia okay?", soal miss yasmeen tanpa berbasa basi.

"dia okay, semalam saya hantarkan dia balik, belikan dia ubat and makanan sekali untuk dia", jelas aera sambil tersenyum.

miss yasmeen menghembus nafas lega. dia berasa lega apabila mengetahui nadia tidak mengalami apa apa trauma setelah apa yang luthfia lakukan kepadanya semalam.

"kenapa miss tanya?", soal aera pula.

miss yasmeen segera mendiamkan diri. dia tidak tahu hendak berterus terang kepada aera ataupun tidak tentang perkara itu. kerana dia tahu, aera dan nadia rapat sekarang.

"takde pape, cuma curious dengan keadaan dia", ujar miss yasmeen berdalih.

aera menganggukkan kepalanya.

'kalau takde pape lagi, aera pergi kelas duluu", ujar aera lalu keluar dari bilik guru itu.

miss yasmeen mengeluh perlahan. andailah aera tahu perkara sebenar, pasti dia sakit hati. dia pun segera mengeluarkan laptop pada beg galasnya dan meletakkannya diatas meja.

kerja yang tertangguh malam tadi terus disambungnya pada hari ini. dia malas hendak menangguh nangguhkan kerjanya lagi. tak lama lagi cuti, dia nak cuti dengan relaks.






alya duduk disebelah nadia yang sedang termenung itu.

"kau okay tak?", soalnya sambil mengeluarkan buku teks biologynya.

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now