chapter 12

325 22 2
                                    

kotak kertas A4 itu dibawa menuju ke bilik guru. perlahan lahan dia menapak ke bilik guru dek kerana kotak itu berat. sesampai sahaja dihadapan bilik guru, aera membuka pintu bilik guru itu dan mendengar perbualan cikgu cikgu didalam pejabat itu.

dia segera menapak masuk dan berjalan menuju ke meja miss yasmeen.

"ye, baru aku tau kisah dia macamtu. aku tak sangka si luthfia tu suka pukul pukul nadia macamtu".

"yelakan dulu sweet je tengok dorang bagaikan merpati dua sejoli, tau tau si luthfia tu buat masalah pulak".

langkah aera terhenti apabila mendengar perbualan daripada cikgu cikgunya itu.

"aku dengar, teruk juga nadia kena masatu. sampai dia trauma, si azfar ada record video haritu".

cikgu cikgu tersebut berkerumun disuatu tempat dan melihat video yang telah dirakam oleh cikgu azfar pada tahun lalu.

"agak agaknya, kenapa eh si yasmeen tu nak diam diamkan je perkara ni? tak ke kita patut tahu dan ambil tindakan juga?".

adakah dia harus percaya dengan apa yang dikatakan oleh cikgu cikgunya itu? aera segera meletakkan kotak tersebut diatas meja lalu beredar dari bilik guru itu. dia taknak mendengar apa lagi yang dikatakan oleh mereka.

baru sekarang dia faham apa yang alya hendak katakan pada haritu. tapi, apa yang cikgu cikgu bagitau tu betul ke tak? aera buntu.

bila difikirkan balik, dia seharusnya percayakan nadia dan mendengar penjelasan daripada nadia terlebih dahulu kerana nadia yang mengalaminya dan bukannya mereka yang bercerita itu.






setahun yang lalu...

"berapa kali dah i cakap, jangan handle kes berkaitan dengan geng geng i. kenapa you tak dengar arahan i? you saja nak tambahkan stress i kan? dahla i tak layak jadi ketua pss, and now you pulak yang buat masalah dekat i?!!", gertak luthfia sebaik saja masuk kedalam kelas nadia.

kesemua classmate nadia terkedu dengan apa yang berlaku. termasuk alya.

"eh apa kau ni?!", bentak alya. dia berdiri disamping nadia dan menghalang tubuh nadia. dia pasti, luthfia akan memukulnya sebentar lagi.

"alya, jangan masuk campur please, ni hal aku dengan dia, biar aku settle sendiri", larang nadia sambil memandang wajah alya.

nadia percaya rakannya itu mengambil berat tentang dirinya. dia taknak dirinya disakiti untuk kali kesejuta oleh perempuan yang sama.

"geng you yang bermasalah. so tak salah untuk i kenakan tindakan kepada dorang", balas nadia dengan tenang.

"let them be nadia, you as my girlfriend, you should backup i dengan geng geng i. apa functionnya you jadi girlfriend i kalau you taknak backup girlfriend sendiri??", soal luthfia.

"i bukan taknak backup korang but korang literally smoking inside the toilet!! tu melanggar peraturan sekolah, apa yang geng you buat tu salah luthfia, buka mata you please", ujar nadia.

luthfia menggenggam erat kolar baju nadia. matanya menatap tajam anak mata nadia.

"you cintakan i kan? you sayangkan i? you tak sanggup kehilangan i kan? then kenapa you tak backup i dengan geng geng i? you nak i tinggalkan you ke? you tak takut?", soalnya dengan tegas.

"luthfia, you know what? i dah tawar hati dekat you. aku tak pernah jumpa perempuan sial macam kau. pukul pukul aku, gunakan kuasa yang aku ada untuk backup kau. kau ingat kau gunakan aku macamni aku tak sedar? kau ingat aku susah nak moveon ke dari perangai kau yang acah manis tu?", soal nadia.

luthfia menampar kasar pipi nadia. kesemua mata mata yang melihat adegan itu terkejut.

"pukul lagi pukul!!", bentak nadia tanpa melawan.

luthfia mencapai pembaris kayu yang berada diatas meja guru itu lalu memukul kaki nadia. tubuh nadia segera melutut dihadapan luthfia.

"eh kau jangan nak melampau lah sial", bentak alya. dia hendak mara kehadapan namun luthfia meletakkan cutter pada leher nadia.

"kau maju, nadia dalam bahaya", ugut luthfia sambil tersenyum. dia memandang kearah nadia yang menangis teresak esak itu. rambut nadia ditarik kasar dan dihempas berkali kali pada dinding kelas itu.

classmate nadia hanya terkaku dan terkedu melihat kejadian dihadapan mata mereka sendiri. mereka tidak mampu untuk membantu ataupun masuk campur hal peribadi mereka.

"you kalau tak melawan sehari tak boleh ke?", soal luthfia. tubuh nadia ditolak supaya berbaring diatas lantai kotor kelas itu.

miss yasmeen yang baru tiba di kelas itu terkedu melihat apa yang berlaku.

"luthfia!! stop it!!", bentak miss yasmeen.

"kau jangan bergerak, kalau tak aku bunuh nadia", ugut luthfia. dia memandang kearah miss yasmeen sambil meletakkan cutter pada leher nadia.

nadia yang sudah lemah itu tidak dapat berkata apa apa. kepalanya terasa begitu sakit akibat hentakan yang kuat dilakukan oleh luthfia sebentar tadi. air matanya mengalir perlahan.

"weh bodoh, kau kenapa ek?", bentak alya. dia cuba mendekati namun luthfia meletakkan cutter itu dengan lebih dekat pada leher nadia.

"a-alya, jangan melawan please. biar je", ujar nadia dengan perlahan. dia menggenggam erat tangan luthfia yang memegang cutter itu.

"kau jangan nak baik sangat dengan dia nadia, kalini je tegas please lah", tegas alya. dia mulai marah dengan nadia dek kerana terlalu memberi peluang kepada luthfia. sampai bila nak bagi peluang? sampai bila nak kena pijak?

miss yasmeen segera mendekati tubuh luthfia lalu menolak kasar tubuhnya sehingga terjatuh. cutter yang berada pada tangannya itu terjatuh lalu disepak jauh darinya.

"alya, tolong tengokkan nadia", arah miss yasmeen. kedua belah tangan luthfia diletakkan dibelakang. miss yasmeen segera mengikat kedua belah tangannya dengan tali langsir itu.

"sial lah!! jangan halang aku!!", bentak luthfia. dia mencuba sedaya upaya untuk meloloskan diri.

"kau belasah orang yang salah luthfia", ujar miss yasmeen sambil mengetatkan lagi ikatannya.

suasana yang haru biru disitu membuatkan keadaan semakin hangat. terdapat ramai pelajar sedang berbual bual akan kejadian itu. ada yang busy body nak tengok, ada yang sibuk kesana sini dan ada juga yang tidak mengambil tahu akan hal itu. tidak terkecuali, cikgu cikgu yang akan menjadikan perkara ini bahan gosip di bilik guru nanti.

ada juga guru yang mengambil video kejadian itu. nak diviralkan lah tu.

"nadia? kau larat tak ni?", soal alya.

dia mengeluarkan sapu tangan kecilnya yang berada pada vest pengawasnya itu. kepala nadia yang berdarah itu dilap dengan perlahan lahan.

"pening al", ujar nadia perlahan. dia menangis teresak esak.

"jap, aku tolong kau eh. slow slow", ujar alya. dia membantu tubuh nadia untuk duduk. perlahan lahan dia memegang lengan nadia yang biru biru itu.

belum lama selepas nadia duduk, tubuhnya segera lemah dan dia pun dalam keadaan separa sedar. kejadian itu membuatkan alya cemas seketika.

"miss, nadia macam tak okay ni", ujar alya dengan cemas. dia memeriksa nadi nadia dan mengeluh perlahan. nasib baik masih bernyawa. tubuh nadia digoncang perlahan supaya nadia kekal terjaga.

"nadia, bertahan sikit lagi tau", ujar alya sambil mengusap perlahan tangan nadia.

"call ambulans sekarang!!".

suara yang saling bersahutan itu sayup sayup kedengaran dan kemudian nadia tidak dapat mendengar apa apa lagi setelah itu. pandangannya gelap sekali. denyutan pada kepalanya tidak lagi terasa dan akhirnya nadia tidak menyedarkan dirinya.






bersambung...

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now