chapter 28

303 17 3
                                    

"nadia!!", jerit aera dari kejauhan. dia berlari sepantas mungkin untuk mengejar susuk tubuh nadia itu. kelibat nadia yang memakai dress putih itu semakin menjauh.

semakin lama kelibat nadia semakin hilang didalam kesamaran malam itu. kawasan hutan tebal yang gelap itu membuatkan aera susah untuk melangkah. semak samun yang berada disekelilungnya mengehadkan pergerakkannya untuk mengejar nadia.

"nadia!! dont leave me like this", ujar aera lagi. dia memandang sekelilingnya. semuanya pokok dan daun daun.

matanya kurang nampak akibat cahaya yang terhad pada malam itu.

"nadia, sayangg", panggil aera lagi. air matanya mengalir. matanya melilau kearah sekelilingnya. dia melangkah kehadapan tanpa arah tuju dengan harapan dia bertemu semula dengan nadia.

tiba tiba, bayangan gadis berdress putih itu kelihatan di tepi sungai yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.

tanpa berbasa basi, dia berlari menuju ke sungai itu. perlahan lahan dia melangkah menuju kearah nadia yang sedang duduk mencangkung didepan sungai itu.

"sayang", panggilnya.

nadia tidak menoleh mahupun mendengar panggilannya.

"nadia, pandang saya nadia", ujar aera lagi.

sama seperti tadi, nadia tidak menoleh mahupun melihat wajahnya. aera mendekati tubuh nadia secara perlahan lahan.

bahunya dipegang lembut membuatkan tubuh nadia tersentak. dia menoleh kebelakang dan mendongak memandang kearah aera.

"sayang", ujar aera lagi. air matanya mengalir.

nadia hanya tersenyum melihatnya. dia hanya mendiamkan dirinya dan tidak menyahut panggilan daripada aera.

"sayang, kenapa diam ni? talk something please", ujar aera. dia duduk mencangkung juga dihadapan nadia.

nadia menggeleng. tubuh aera dipeluk erat. sangat erat. air mata nadia mengalir perlahan lahan.

"thank you sayang, im so sorry", bisiknya lalu meleraikan pelukannya.

aera terpinga pinga dengan kelakuan aneh yang dibuat oleh nadia itu.

"apa maksud nadia? why cakap thank you and sorry?", soal aera. pipi nadia dipegang lembut.

nadia hanya tersenyum. dia segera menolak kasar tubuh aera supaya menjauhi dirinya. perlahan lahan, tubuhnya terjatuh dari belakang dan masuk kedalam sungai itu.

"no no no no NOO!!! NADIAA!!!", jerit aera lalu terjun kedalam sungai tersebut.

dia mencari cari tubuh nadia yang sudah memasuk kedalam air sungai itu namun hampa. dia tidak menemui pun tubuh nadia.

"tolong!! ada orang jatuh!!", jerit aera. dia memandang sekelilingnya. tiba tiba kakinya ditarik masuk kedalam air sungai itu.

dia cuba untuk melawan namun gagal. dia berasa lemas. oxygennya sudah berkurangan. dia tidak dapat berenang ke permukaan semula dek kerana kakinya ditarik sesuatu yang ada didalam sungai itu.

aera membuka matanya. terbuntang matanya setelah mengalami mimpi tersebut. nafasnya tercungap cungap. dia menatap jam di dinding biliknya itu. pukul 7:45 pagi rupanya.

farisya yang membuka pintu bilik aera itu terkedu melihat keadaan aera yang serabai itu.

"are you okay?", soal farisya. dia memandang pelik kearah aera yang berpeluh itu.

aera sekadar mengangguk.

"nanti turun bawah makan tau, i prepare breakfast untuk you and mama. nanti mak nadia dengan zihan nak datang, i rasa better you siap siap untuk melayan diorang", ujar farisya lalu menutup pintu bilik aera.

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now