chapter 14

338 18 1
                                    

najwa menyusun kesemua buku yang telah dipulangkan oleh pelajar sebentar tadi pada rak besi yang berada disebelah kaunter perpustakaan itu.

dia duduk bersandar pada kerusinya. suasana yang senyap didalam library itu amat menenangkan fikirannya. hanya kelihatan beberapa orang pelajar sahaja yang masuk dan mencari bahan bacaan mereka. selebihnya, anak anak buahnya yang menyusun buku, menyapu lantai dan ada juga yang meronda di luar kawasan library itu.

pintu perpustakaan dibuka. kelihatan aera dan nadia sedang berpegangan tangan masuk kedalam perpustakaan itu.

"eh, kau cakap nak makan, asal datang sini?", soal najwa.

"nadia cakap dia nak cari novel yang latest punya. sebab last week kita kan dah susun semua buku baru dekat rak novel sana", jelas aera. dia memerhati nadia dari kejauhan itu.

kelihatan dia sedang asyik membaca sinopsis beberapa buah buku yang menjadi pilihannya untuk meminjam.

"kau dah tanya pasal apa yang terjadi kat dia ke? kes tu?", soal najwa separa berbisik.

aera hanya mengangkat keningnya tanda setuju.

"so, betul ke apa yang orang cakapkan tu?", soal najwa lagi.

"amboi, ketua dengan penolong. bergosip pulak ye kamu berdua kat sini?", ujar miss sya sebaik sahaja masuk kedalam perpustakaan itu.

"eh tak tak, kitorang borak pasal nak cantikkan library ni", dalih najwa sambil tersengih.

aera hanya menganggukkan kepalanya tanda mengiyakan kata kata najwa itu.

"ni aera ni datang sorang sorang ke? mana girlfriend?", soal miss sya.

nadia yang mendengar perbualan mereka di kaunter itu segera memandang kearah aera yang berada di kaunter itu.

"tengah cari novel tu", balas aera sambil tersenyum kelat. dia tahu yang miss sya ni suka mengata orang depan depan.

"bertahan juga eh kamu dengan dia? taktau cerita ke?", soal miss sya.

aera segera memandang kearah najwa. dia tahu apa yang miss sya maksudkan itu.

"saya rasa lah kan miss, tak baik miss buka aib orang sana sini. better miss tutup mulut miss tu, pendam sorang sorang je. tak payah kecoh satu sekolah. i think thats better", ujar aera.

"tapi kalau dah viral macamtu, takkan kamu tak malu?", soal miss sya lagi. saja nak panaskan hati aera.

sejak aera dilantik menjadi ketua pengawas perpustakaan kerana mendapat undian yang paling banyak oleh ahli pengawas perpustakaan, miss sya tidak berpuas hati dengannya. hal ini kerana, dia tidak dapat melantik anak murid kesayangannya, iaitu luthfia untuk menjadi ketua.

"at least, saya ni tak membuka aib sesiapa, sebab saya faham perasaan orang yang dibukakan aib tu. tak macam miss sya, takde hati perut", perli aera. dia membalas balik. dia tahu yang miss sya tak puas hati dengannya sejak dari awal lagi.

"kamu jangan nak melawan cakap cikgu eh aera, saya ni ketua penyelaras untuk pss ni, bila bila je saya boleh lucutkan jawatan kamu", ugut miss sya.

"eh dahlah, tak payahlah sampai macamtu miss, aera", tegur najwa. sempat juga dia memandang kearah pelajar pelajar yang mulai berbisik bisik didalam library itu.

"warning eh untuk kamu, sekali lagi kamu buat, kamu dilucutkan okay?", ujar miss sya. dia segera beredar dari situ. pintu perpustakaan itu dihempas kuat sekali.

aera mengeluh perlahan. dia memandang kearah nadia yang berada disebalik rak buku itu. seketika nadia memandang kearah dirinya yang berada di kaunter itu. mungkin, dia dah dengar perbualannya dengan miss sya tu.

"tak faham la aku, sejak aku jadi ketua, dia mesti tak puas hati dekat aku. kenapa ek??", soal aera dengan penuh tanda tanya.

"entahla, yang penting kau okay ak?", soal najwa. dia risau akan aera mengambil hati dengan kata kata miss sya sebentar tadi.

"aku okay je. jangan risau, lagipun kita pun nak pencen. spm pun tak lama lagi. biarlah dia nak kata apa pun", ujar aera dengan tenang.

matanya tidak beralih melihat susuk tubuh nadia yang berada disebalik rak itu. dia mulai khawatir nadia akan mengambil berat pasal kata kata yang keluar dari mulut miss sya sebentar tadi.





setahun yang lepas...

"keputusan undian adalah muktamad, dengan ini pihak pengurusan tertinggi perpustakaan bagi sesi 2023 memilih aera dania sebagai ketua pengawas perpustakaan dan najwa syafira sebagai penolong ketua pengawas perpustakaan. adalah diharapkan semua pihak bersetuju dan menerima dengan baik keputusan yang telah dibuat ini", ujar cikgu hafizah, yang merangkap ketua penyelaras perpustakaan bagi sesi 2023 itu.

kesemua yang berada di bilik mensyuarat itu bertepuk tangan dan berasa puas hati dengan keputusan tersebut. manakala miss sya menunjukkan perasaan yang sebaliknya.

"saya harap, cikgu cikgu yang lain boleh memberi info terbaharu kepada aera nanti ya? saya dengar dia mewakili sekolah untuk sukan di peringkat kebangsaan kan?", soal cikgu hafizah.

beberapa orang cikgu menganggukkan kepalanya tanda setuju.

miss sya masih tidak berpuas hati akan keputusan itu. sepatutnya luthfia boleh mendapat jawatan itu. dia pun segera keluar dari situ. kelakuannya yang tiba tiba itu memberikan tanda tanya kepada kesemua cikgu yang ada disitu.

dia melihat kelibat luthfia yang berada dihujung block itu. kelihatan luthfia sedang berlari kearahnya dengan senyuman yang lebar.

"macam mana miss?", soalnya sebaik sahaja berdiri tepat dihadapan miss sya.

"kamu tak dilantik lah luthfia", ujar miss sya dengan hampa. dia pun beredar dari situ meninggalkan luthfia berseorangan.

"tapi miss dah janji kan nak naikkan nama luthfia sebagai ketua? kenapa tak dapat?", soalnya.

langkah miss sya terhenti sebaik sahaja mendengar kata kata daripada luthfia itu.

"berapa kali dah miss bantah dan tukar mindset cikgu cikgu perpustakaan tu, still diorang nak pilih aera. miss tak boleh buat apa dah", jelas miss sya.

"luthfia sanggup tak buat masalah tau sebab perkara ni, and then now? luthfia tak dapat apa yang luthfia nak? macam mana ni miss?", soal luthfia dengan kecewa. dia berasa geram dengan keputusan yang dinyatakan oleh ketua penyelaras perpustakaan itu.

miss sya segera mendekati tubuh luthfia.

"listen, miss dah try hard untuk dapatkan tu untuk luthfia tau, but benda tu tak menyebelahi kita. maybe next time? maybe luthfia akan dapat benda yang lebih baik dari tu?", ujar miss sya.

"aku tak kesah lah pasal benda lain, aku nak jawatan tu je. yang tu je aku mampu dapatkan sekarang ni", bentak luthfia.

miss sya tersenyum.

"marah marah miss kenapa? luthfia kena ingat tau, apa apa masalah yang luthfia buat, miss yang backup tau. jangan lupa kenang budi miss, kalau tak, miss takkan backup lagi luthfia. biar je kena denda dan sebagainya", ugut miss sya lalu beredar disitu.

luthfia merengus geram.

"sial lah aera!!", bentaknya sendirian. dinding block A itu ditumbuk kasar.








bersambung...


Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now