chapter 8

362 23 2
                                    

aera berlari menuju ke bilik guru. dia segera melangkah menuju ke meja miss yasmeen. kelihatan miss yasmeen sedang menyimpan barangannya kedalam beg galas.

"miss", panggil aera dengan nafas yang tercungap cungap.

"yes aera?", jawab miss yasmeen.

"ada nampak nadia tak lepas kejadian tu? tadi tanya alya tapi alya cakap dia tak ikut pergi bilik rawatan sekali", jelas aera dengan risau. wajahnya kelihatan berbeza seperti selalu.

"saya pun taktahu, sebab tadi saya pergi dulu sebelum alya dengan nadia", jelas miss yasmeen.

"mhm, kalau macamtu, saya pergi cari nadia tau miss. sorry saya tak masuk class miss lepasni", ujar aera lalu menundukkan sedikit badannya. dia segera berlari keluar dari bilik guru tersebut.

miss yasmeen hanya melihat aera yang berlari dengan keadaan yang risau itu. dia mulai risau juga akan keadaan nadia.

aera berlari menuju ke block B dimana terletaknya kelas kelas form 5. kakinya pantas memanjat anak tangga dan terus menuju kekelas 5 sains 1. dia mencari kelibat nadia disitu namun hampa. dua kali dah pergi kelas nadia tapi nadia tetap takde.

dia menggaru kepalanya dengan perlahan. mana nadia ni? takkan balik pulak. kalau ye pun balik, mesti dia bawak beg galas dia sekali.

"aera!!", panggil satu suara dari belakangnya. aera segera menoleh kebelakang.

kelihatan leesha mendekatinya. nafasnya tercungap cungap akibat berlari dari tangga hujung sana sehinggalah ke sini.

"kenapa?", soal aera.

"ada budak jumpa nadia, dia pengsan kat tandas", jelas leesha.

"sekarang dia kat mana?", soal aera lagi.

"bilik rawatan, kau pergilah sekarang", ujar leesha sambil menepuk bahu aera.

"thank you do leesha", ucap aera lalu bergegas turun dari block tersebut.

dia segera berlari menuju ke bilik rawatan yang terletak dibawah block C itu. sesampainya dia disana, dia melangkah masuk kedalam bilik rawatan tersebut.

kelihatan doctor syatilla yang sedang menyuntik jarum pada tangannya. mungkin, dia nak tambah air dalam badan nadia la kot.

perlahan lahan aera melangkah kearah nadia.

"nadia okay ke doctor?", soalnya. tangan nadia dipegang erat. wajah nadia ditatap redup.

"nadia okay je, cuma dia perlukan rehat sedikit. dia pengsan mungkin sebab tak makan dan kemungkinan jugak disebabkan oleh kes pergaduhan tadi", jelas dr. syatilla.

aera mengangguk faham.

"mhm, doctor tak kisah kan aera tunggu nadia kat sini?", ucap aera lalu memandang kearah dr. syatilla.

"takpe aera, lagipun lepasni doctor nak ambik anak dekat sekolah, risau pulak takde yang jaga nadia kat sini", jelas dr. syatilla.

aera menganggukkan kepalanya tanda faham.

"ada apa apa yang doctor nak suruh saya buat sekiranya nadia tersedar nanti?", soal aera.

dr. syatilla berfikir sejenak.

"bagi dia makan, doctor ada sediakan makanan dan minuman untuk dia tadi. lepastu, kalau dia mengadu sakit kepala ke apa suruh dia makan panadol sebiji dan rest tu je", jelas dr. syatilla sambil mengambil beg tangannya yang terletak diatas kerusi plastik itu.

"okay doctor, thank you", ucap aera lalu tersenyum tawar.

"no problem la aera, jaga dia leklok tau", pesan dr. syatilla lalu keluar dari bilik tersebut.

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now