chapter 20

298 18 3
                                    

kereta bmw i5 itu berhenti di perkarangan rumah usang yang terletak dihujung kampung itu. suasana rumah usang yang masih berpenghuni itu kelihatan meriah apabila malam menjelma.

aera segera keluar dari keretanya lalu mencapai tongkat yang berada di seat belakang kereta tersebut.

"aera dapat naik tangga tak?", soal puan ilya sambil membantu aera untuk berdiri.

"dapat ma, aera kan strong", ujar aera sambil tersenyum.

"kak nad!! kak aera datangg", jerit zihan disebalik pintu utama rumah itu.

kedengaran derapan tapak kaki berlari pantas menuju kearah pintu usang rumahnya itu. aera segera menoleh kesana. kelihatan nadia yang memakai baju jersey dan short pants berdiri dimuka pintu rumahnya itu.

dia terpaku seketika melihat keadaan aera yang bertongkat itu. seteruk itukah yang berlaku semalam?

"hi nadia, mak mana?", soal puan ilya sambil menbantu aera untuk berjalan.

"mak pergi beli barang dapur kejap, beras dah habis", ujar nadia sambil menuruni anak tangga rumahnya. dia segera mencapai tangan aera dan membantu aera untuk menaiki anak tangga tersebut.

"lah, tak cakap pun barang dapur habis, kebetulan mama datang sini sebab nak bawa mak kamu pergi ke pasar", jelas puan ilya. dia berasa sedikit hampa.

"takpe, kejap lagi mak balik, mama bagitau la kat dia tau", ujar nadia sambil tersenyum manis.

"eh, puan ilya, baru datang ke?", soal puan hamimah dari kejauhan.

"haah, hantarkan si aera ni ha. nak sangat jumpa nadia tu", balas puan ilya sambil tertawa.

"nak duduk kat ruang tamu atau bilik?", soal nadia.

"bilik nak?", balas aera sambil tersenyum.

nadia memberi jelingan maut kearah aera.

"tak payah nak nakal nakal eh", ujarnya.

"eee manade la", balas aera. dia mencuba sedaya upaya untuk berjalan.

"eh nadia, mak dengan puan ilya nak pergi pasar kejap. kamu berdua tu kunci pintu tau. dah nak maghrib juga ni", pesan puan hamimah. dia menjenguk anaknya dari pintu utama rumahnya itu.

"zihan ikut juga ke mak?", soal nadia disebalik pintu biliknya.

"haah, jangan lupa kunci pintu", pesan puan hamimah lagi.

"jap eh", ujar nadia.

dia segera berlari menuju ke pintu utama rumahnya itu. kedua belah pintu ditutup rapat lalu dikunci dari dalam manakala jendela yang terbuka itu turut ditutup.

suis lampu diruang tamu itu dihidupkan. setelah memastikan rumah dalam keadaan yang selamat, nadia segera masuk semula kedalam biliknya dan mengunci pintunya dari dalam.

nadia memandang kearah aera yang duduk dihujung katilnya itu. adakah aera sedang hampa dengan dirinya atas apa yang berlaku semalam? semalaman dia tidak tidur setelah kejadian itu dek kerana dia bingung akan perasaan aera terhadapnya.

"kenapa tercegat kat situ sayang? meh sini duduk", ujar aera sambil menepuk ruangan disebelahnya itu.

nadia segera melabuhkan punggungnya disebelah aera. tubuh aera dipeluk erat.

"im so sorry ", ujarnya perlahan. air matanya mengalir membasahi pipinya.

"shh sayang, no need to say sorry. its not your fault okay cutiepie?", pujuk aera. kepala nadia diusap usap. dahinya dikucup perlahan. dia mencuba untuk menenangkan gadis yang berada didalam dakapannya itu.

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now