chapter 22

298 17 4
                                    

"nape you nak jumpa dengan i? nak getback dengan i ke?", soal luthfia sambil berpeluk tubuh. dia tersenyum sinis memandang kearah nadia.

pipi luthfia ditampar olehnya. kolar baju luthfia ditarik kasar.

"kau plan semua ni kan?", soal nadia.

luthfia tertawa. wajah nadia yang polos itu ditatap.

"kalau ye pun, apa kau boleh buat?", soal luthfia sambil tersenyum.

"kau nak apa lagi luthfia? tak cukup ke semua yang kau buat kat aku?", bentak nadia. tubuh luthfia ditolak kasar sehingga dia bersandar pada dinding.

"kau tanya aku nak apa? aku nak kau lah nadia. aku masih sukakan kau, datang si aera tu semakkan peluang aku untuk mendapatkan hati kau lagi sekali", jelas luthfia. nadia hanya mendiamkan dirinya sahaja.

"kau lupa apa yang berlaku setahun lepas? kau ingat aku maafkan kau ke lepas apa yang jadi?", soal nadia. kolar baju luhtfia ditarik kasar.

"kau patut rasa bersyukur sebab miss sya backup kau", tambah nadia.

luthfia ketawa sinis. kini, giliran dia pula menarik kolar baju nadia.

"sebab tu aku cakap kau tak boleh nak buat apa dah, biarpun kau nak fight, takde sape nak backup kau pun. baik kau diam diam je nadia", ujarnya sambil tersenyum jahat.

"kau saja nak jatuhkan aera sebab kau nak jawatan tu kan? apa yang bagus sangat jawatan yang aera pegang tu? banyak lagi jawatan yang ada kat sekolah ni", marah nadia. sekali lagi pipi luthfia ditampar.

luthfia hanya bersabar dan tidak bertindak kerana miss sya sudah berpesan kepadanya supaya tidak melakukan apa apa kesalahan dalam masa yang terdekat.

"dengar sini nadia, besar ke tak besar tu aku tak kisah, aku cuma nak jatuhkan dia aje. aku sakit hati tengok segala usaha aku selama ni disia siakan macam tu je. nasib baik miss sya dah plan semuanya dan dia tolong aku untuk dapatkan semua yang aku impikan", balas luthfia. kolar baju nadia dilepaskan lalu dibetulkan semula.

"aku tak suka aera, macam mana miss sya tak suka dia, macam tu lah aku tak suka dia. faham?", soalnya lagi.

"kau ingat aku bodoh ke luthfia? kau ingat aku takkan ambik apa apa action atas apa yang terjadi?", soal nadia. matanya tajam menatap anak mata luthfia.

"memang kau tak bodoh, but you dont have any choice to act nadia", balas luthfia.

"i have, aku ada pilihan, aku ada bukti, dan aku boleh bertindak bila bila masa je luthfia. apa yang kau dengan miss sya rancang, dari A sampai Z, ada dekat aku", ujar nadia sambil menunjukkan pita rakaman yang masih merakam setiap apa percakapan mereka berdua disitu.

luthfia merengus geram.

"apa? nak pukul? ha pukul lah", cabar nadia. dia tahu yang luthfia takkan cetuskan apa apa kontroversi di sekolah untuk mengelakkan jawatan yang baru saja disandang olehnya itu dibuang serta merta.

luthfia segera beredar dari situ tanpa berkata apa apa. dia risau jika dia berkata kata lagi, semuanya akan terbongkar. nadia tersenyum kemenangan. pandai juga si luthfia tu takut.







nadia keluar dari kereta mecerdes benz milik farisya itu. dia menutup pintu kereta tersebut lalu melangkah ke pintu utama rumah puan ilya itu.

"eh nadia, masuklah", ujar puan ilya yang berada didapur itu.

nadia hanya tersenyum lalu menanggalkan kasutnya. kasut tersebut diletakkan dihadapan pintu rumah sebelum dia memasuki rumah itu. langkahnya diekori oleh farisya yang berada dibelakangnya.

dia memandang kearah aera yang terlena disofa ruang tamu itu.

"farisya dengan nadia duduklah dulu, satgi mama datang kat sana eh", ujar puan ilya lagi. nampaknya dia sedang sibuk menyediakan juadah petang untuk nadia dan farisya.

"biar farisya tolong ma", balas farisya sambil menuju ke dapur. sebenarnya dia taknak mengganggu dan membuat nadia tak selesa apabila keberadaannya di ruang tamu itu.

"eh tak payah susah susah, nak siap dah pun", ujar puan ilya.

"tak susah pun, lagipun isya suka menolong", balas farisya sambil tersenyum.

si nadia pula duduk dilantai yang beralaskan karpet bulus itu. dia menatap wajah aera yang terlena itu. rambut aera yang terurai dihadapan itu diselitkan pada telinga.

comel juga eh dia kalau tertidur macamni. pipi aera dielus manja.

"mhm, jangan kacaulah ma", ujarnya perlahan. wajah nadia ditolak lembut.

"nak kacau juga", balas nadia sambil tertawa kecil. pipi aera dipicit picit.

aera segera merefleks setelah mendengar suara nadia. tubuhnya terduduk. matanya terbuntang besar apabila melihat nadia yang menatap wajahnya itu.

"kenapa macamtu? macam tengok hantu je", ujar nadia.

"sorry, ingatkan mama tadi", balas aera sambil meraup wajahnya.

nadia tertawa melihat gelagat gadis dihadapannya itu.

"saya tolak kuat ke tadi? sakit tak?", soal aera sambil membelek belek wajah nadia.

"takde kuat pun lah, saya okayy je", balas nadia sambil tersenyum.

tanpa mereka sedar, disebalik dinding yang memisahkan antara ruang tamu dan dapur itu, kelihatan puan ilya dan farisya sedang menyorok dan mendengar perbualan mereka berdua.

"dorang buat apa tu? mama tak nampaklah", ujar puan ilya. dia mencuba sedaya upaya untuk meninggikan tubuhnya supaya dapat melihat apa yang terjadi diruang tamu itu.

"dorang borak je mamaa", balas farisya.

"yeke? takde scene special ke?", soal puan ilya lagi.

"ish mama ni, tak baik tau skodeng dorang macamtu, itu satu kesalahan", tegur farisya lalu berpaling kebelakang. dia memandang tubuh puan ilya yang pendek dihadapannya itu.

"salah eh? hehehe", puan ilya tersengih sambil menggaru garu kepalanya yang tidak gatal itu.

"ha skodeng apa tu?", soal aera secara tiba tiba.

farisya dan puan ilya tersentak dengan kemunculannya disitu.

"takde pape, farisya ni ha skodeng kamu berdua kat situ", ujar puan ilya.

"amboi amboi, tak baik mengata orang", bantah farisya.

dia segera menjeling tajam kearah puan ilya. amboi minah ni, tak reti nak cover eh? dahla jual nama orang je memanjang.

keadaan disitu sepi seketika. masing masing awkward antara satu sama lain. tiba tiba farisya mempunyai idea yang bernas dikepalanya.

"eh haa, makanan dah siap ni. lepas makan, baru kita bincang pasal tu ea", ujar farisya yang cuba untuk mengalihkan topic.

"bagus gak tu, nadia pun lapar dah ni. kan sayang?", soal aera sambil memandang kearah nadia.

nadia tersengih lalu mengangguk perlahan.

"okay kalau camtu, korang duk duluu, biar isya yang serve makanan korang", jelas farisya lalu berlari anak kedapur.

akhirnya, dapat juga dia lari dari keawkwardan yang ada disitu. ish, puan ilya tu pun satu, suka nak menjual nama orang semata mata nak backup diri sendiri. tapi, dia tu lucu juga orangnya.

farisya hanya tersenyum apabila mengingat semula gelagat puan ilya yang seakan akan arwah ibunya itu.









bersambung...



Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now