chapter 21

301 20 11
                                    

nadia memasuki bilik guru tersebut. dia hendak mengambil vestnya yang tertinggal di bilik persalinan tempoh hari. mujurlah miss yasmeen yang tolong simpankan. kalau tak, naya dia nak beli balik vest baru.

langkahnya terhenti apabila melihat luthfia yang berada dihadapannya itu. dia menatap tajam mata luthfia yang tersenyum kearahnya. luthfia segera mendekati tubuhnya lalu berbisik.

"sakit tak rasya buat?", soal luthfia sebelum beredar dari situ.

nadia terkaku disitu. seketika dia berfikir, adakah luthfia yang merancang perkara itu sebenarnya?

"nadia", panggil miss yasmeen disebalik mejanya itu.

nadia menoleh kebelakangnya lalu segera menuju ke meja miss yasmeen. miss yasmeen melihat sekitar kawasan bilik guru itu. dia memastikan tiada yang akan memasang telinga jikalau dia berborak dengan nadia.

"luthfia cakap apa je kat nad?", soalnya. dia mencapai vest berwarna baby blue milik nadia itu lalu diserahkan kepada nadia.

nadia menggelengkan kepalanya. dia merasakan perkara itu tidak mempunyai sebarang kaitan pun dekat miss yasmeen. walaupun miss yasmeen agak rapat dan mengambil berat tentangnya, rasanya dia tak perlu la kot tahu benda ni.

"are you sure? miss risau kalau luthfia plan nak buat apa apa kat nadia. lagipun aera digantung sebulan kan? ni lah masa dia nak tunjuk belang dia", jelas miss yasmeen. nadia hanya diam seribu bahasa.

ada betulnya juga kata kata miss yasmeen itu. dia taktau apa yang luthfia akan buat seterusnya.

miss yasmeen mengeluh. wajah nadia ditatap lama. lehernya yang bertampal dengan plaster itu diperhatikan.

"nadia, miss taknak nadia dibelenggu dengan masalah lagi. cukuplah nadia pernah terkena dengan luthfia dulu", jelas miss yasmeen lagi.

dia mencapai phonenya yang berada diatas meja itu. dia membuka aplikasi gallery dan mencari satu gambar yang pernah ditangkap olehnya tempoh hari.

"nadia free tak?", soal miss yasmeen.

nadia mengangkat keningnya. pelik, tiba tiba je miss yasmeen ni tanya free ke tak.

"free, kenapa miss?", soal nadia.

lama miss yasmeen merenung wajah nadia. dia sedang berfikir sesuatu untuk melepaskan nadia daripada semua ni. dia tak sanggup tengok nadia yang masih terkunci didalam genggaman luthfia.







alya duduk di mejanya. dia menghembus nafasnya dengan perlahan. dia memandang kearah tempat duduk nadia yang kosong itu.

"aik? dia ni belum habis bertugas ke?", soalnya sendirian. dia memanjangkan lehernya untuk memerhati disekeliling kelasnya.

nampaknya kelibat nadia takde. selalunya, nadia akan berada didalam kelas sebelum kelas bermula lagi. dia segera berpaling kebelakang.

"jiha, kau ada tengok nadia tak?", soal alya kepada pelajar yang duduk dibelakangnya itu.

"takde lah pulak, dari tadi tak masuk kelas. selalunya masani dia dah ada kat kelas", jelas najiha.

"haah, itulah", balas alya lalu berpaling kedepan semula. dia terkedu melihat nadia yang berada dihadapannya itu.

"weh bodoh, terkejut aku", marah alya sambil mengusap dadanya.

nadia membuat rolling eyesnya. dia segera duduk disebelah alya. mejanya yang dipenuhi dengan buku teks itu dikemas memandangkan selepas ni kelas addmath akan bermula.

"kau pantau pantau sekolah ke?", soal alya. dia menongkat dagu memandang kearah nadia.

nadia pula memandang kearahnya. keningnya terangkat menandakan dia mengiyakan pertanyaan alya itu.

"aku tak pernah tengok kau diam macamni, kau marah kat aku ke? aku ada buat salah ke?", soal alya lagi.

"taklah, kau takde buat salah pun kat aku", balas nadia sambil mengambil buku nota addmathsnya.

"pastu?? asal muka kau macamtu? macam marah dekat orang? sape buat kau marah ni? dengan button baju kau terbuka lagi tu? kau gaduh eh?", soal alya lagi.

nadia segera memusingkan kerusinya supaya menghadap alya. alya agak terkejut dengan kelakuan rakannya itu.

"kau tak rasa ke lately ni macam ada something?", soalnya. matanya mengecil memandang kearah alya.

"something? something apa? hantu? kak ponti?", soal alya dengan tidak serious.

nadia segera menepuk lengan alya.

"sakitlaa", ujarnya sambil mengusap lengannya itu.

"aku tanya bebetul lah ni alya izzati, apa kau rasa?", soal nadia lagi.

alya berfikir sejenak. seketika dia connect dengan apa yang berlaku dalam seminggu dua ini.

"ni pasal aera kena gantung kan??", teka alya.

nadia menoleh kiri dan kanannya. kelihatan classmatesnya sedang membuat hal masing masing. dia segera mengangguk dengan tekaan alya itu.

"kau tak rasa ke semua benda ni dirancang oleh luthfia?", soal nadia.

alya kelihatan berfikir lagi.

"dari segi logic lah kan, miss sya tak suka aera, masa hari kejadian dia ada dekat situ dan bawak aera ke bilik disiplin. luthfia also, kenapa dia tetiba datang bawa cikgu? macam tau tau je benda tu terjadi padahal dia takde dekat kawasan tu masatu. paling pelik, kenapa rasya digantung seminggu je sedangkan dia dah buat salah yang besar tau", jelas nadia.

alya terdiam mendengar hujahan daripada nadia sebentar tadi. ada connectionnya juga dengan kejadian tempoh hari. semuanya berlaku dengan sekelip mata dan secara tiba tiba. seolah olah sudah dirancang rapi.

"aku dengar luthfia jadi ketua pengawas perpustakaan baharu ganti si aera, kau tak rasa pelik ke kat situ?", soal nadia lagi.

sah! memang apa yang berlaku itu semuanya didalam rancangan luthfia.

"so kau marah sebab perkara ni la?", soal alya.

"aku jumpa luthfia tadi", ujar nadia.

alya membuntangkan matanya. rasanya dia tak salah dengar kan?

"jumpa luthfia? kenapa?", soal alya yang agak tertarik dengan kata kata nadia itu.

"nak tengok orang yang merancang plan tu, lagipun dia anggap aku tak boleh buat apa apa dah kalau aku tau pasal tu. sebab dia ada orang kuat dia tu, si miss sya", jelas nadia.

"and then? kau marahkan dia?", soal alya lagi.

"of course, sebab dia lah aera dimalukan, dipandang hina also kena pandang rendah. jawatan aera hilang serta merta and dia digantung. kesihatan fizikal dia pun terjejas. kalau aera boleh fight untuk aku, tak salah kan aku fight balik untuk dia? ", jelas nadia. dia membelek belek buku nota addmathsnya itu.

"siapa nak backup kau? kalau kita kita aje takkan cukup. miss sya boleh suap sape sape je dekat sini", ujar alya.

nadia tersenyum. dia memandang kearah alya.

"aku ada backup, aku ada bukti and aku ada plan. dia cari pasal dekat orang yang salah. silap silap haribulan, sekali dengan miss sya meringkuk dalam penjara sebab rasuah dan sebagainya", ujar nadia sambil tersenyum.

"pergh, apa plan kau?", soal alya yang ingin tahu.

nadia segera mendekatkan wajahnya kearah telinga alya. dia berbisik tentang ideanya itu.

"mantap idea kau do", puji alya lalu menepuk perlahan bahu nadia.

nadia hanya tersengih. dia tak sabar nak jatuhkan kedua orang yang dia benci itu. dia berharap, kali ini, apa yang dia plan semuanya akam berjalan dengan lancar sekali.






bersambung...

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now