chapter 4

439 26 3
                                    

najwa masuk kedalam library tersebut. dia menghidupkan suis lampu dan juga kipas disetiap ruangan library itu. tidak dilupakan juga aircond yang dipasang pada kawasan kawasan tertentu bagi menambahkan lagi keselesaan para pelajar serta guru guru.

dia segera mengambil buku record kehadiran pengawas perpustakaan dan menandatangani buku tersebut sebagai tanda dia hadir bertugas pada hari ini.

tiba tiba, pintu library itu dibuka. kelihatan fatin dan balqis masuk kedalam library tersebut.

"cari aera ke?", soal najwa sebaik saja mendetect muka anak anak ribena yang dijaga oleh aera itu.

fatin mengangguk perlahan.

"aera tak datang melawat harini. dia rehat dengan kawan dia", ujar najwa sambil membaca sticky notes yang tertampal diatas buku itu.

"ouh ingatkan dia datang memantau tadi, sebab selalunya dia akan datang jugak if tak bertugas", tutur fatin dengan perlahan. sedikit kecewa kerana tidak dapat berjumpa dengan aera.

"kenapa? ada apa apa urusan dengan dia? nanti saya sampaikan", jelas najwa. dia duduk dikaunter pertanyaan perpustakaan itu.

tiba tiba, pintu library itu dibuka lagi. kalini, aera pulak yang muncul. fatin berasa gembira apabila melihat kemunculan aera disitu.

"eh kau cakap dating", tegur najwa sambil membetulkan tulang buku.

"mhm haah, tapi miss sya suruh hantarkan buku ni dekat kaunter", ujar aera lalu meletakkan buku tersebut didalam bakul pemulangan.

"ada budak nak jumpa kau ni ha", ujar najwa lagi.

aera memandang kearah fatin yang tercegat disitu. dia mengangkat keningnya.

"ya? kenapa tuuu??", soal aera lalu mendekati fatin.

fatin memandang lama wajah aera. perlahan lahan dia mengambil gula gula didalam poket seluar jerseynya lalu diberikan kepada aera.

"nah, nak bagi ni je", ujar fatin lalu berlari dari situ.

aera terdiam dan membelek belek gula gula yang diberi oleh fatin itu.

"omg, ada peminatt~~~", sakat najwa.

aera membuat rolling eyesnya. malas nak melayan si najwa ni. dia segera keluar dari situ. dia memakai kasutnya dengan pantas dan berlari kearah nadia yang duduk dihujung koridor library itu. actually library sekolah ni ada tiga spot yang boleh dijadikan tempat untuk makan. first sekali dekat tengah tengah tu ada ruangan sedikit luas untuk pelajar dan pengawas pss makan, second and third dekat hujung tangga tu lah, kat mana lagi.

"sorryy lambatt", ujar aera lalu duduk bersila dihadapan nadia.

"sokayy", balas nadia sambil tersenyum. dia memandang kearah aera yang memegang gula gula itu.

"najwa bagi ke?", soalnya dengan curious.

"ouh takla, junior yang tadi tu bagi", balas aera lalu meletakkan gula gula itu diatas bekas makanannya.

"untunglaa ada peminat", ujar nadia lalu segera makan nasi gorengnya itu.

"alaa makan tak ajak punn", tutur aera lalu mencebikkan bibirnya.

nadia tersenyum lalu meletakkan bekas makanannya diatas lantai. dia segera membuka penutup bekas makanan aera dan memberikan bekas makanan tersebut kepadanya.

"nah, saya dah bukakkan untuk awak tuan puteri", ujar nadia sambil tertawa.

seketika aera blushing. dia tersenyum kecil. comel betullah nadia ni.

"thank youu buatkan makanan untuk saya, susah susah je", ujar aera lalu menjamu seleranya.

"tak susah pun lahh, lagipun saya selalu tengok awak tak makan", jelas nadia dengan selamba.

"mana awak tau saya tak makan?", soal aera sambil mengunyah nasi goreng itu. pipinya kelihatan sedikit chubby apabila mengunyah.

"kalau boleh tiap hari awak pergi library even tak bertugas pun, ada masa ke awak nak makan?", ujar nadia.

aera tersenyum seketika. nadia ni memang stalker ke ape siap tau kita ni tak makan? risau ye risau.

"ooo so selama ni awak perhatikan saya ehh??", usik aera.

"haah saya memang perhatikan awak sejak awak jadi ketua pss lagi", jelas nadia dengan jujur. dia menyuakan nasi goreng tersebut ke mulutnya.

"nape saya tak perasan pun eh?", ujar aera sambil berfikir dan mengingat semula setiap waktunya bertugas.

"awak busy sangat, mana nak tengok kewujudan saya kat situ", jelas nadia sambil menutup bekas makanannya.

"mhm, ye tak ye jugak tapi kan. awak ikut saya jugak ke masa gaduh minggu lepas?", soal aera dengan ingin tahu. sebab tiba tiba je si nadia ni ada masatu.

"takla, masatu saya ada perjumpaan untuk pertandingan robotics dekat makmal kimia. so cun cun masatu dengar kecoh kat sebelah tu yang saya jenguk", jelas nadia.

aera memgangguk perlahan kepalanya.

"nadiaa", panggil satu suara dari hujung sana.

nadia menoleh kearah dua orang junior yang sedang berlari anak kearahnya.

"puas cari nadia kat tempat biasa tadi", ujar junior itu. sempat dia usya usya aera yang berada dihadapan nadia itu.

aera hanya diam sambil mengemas bekas makanannya.

"luthfia cari nad dari tadi ke? kenapa?", soal nadia.

"haah , ingatkan nad rehat tempat sama dengan alya tadi", ujar luthfia lalu melabuhkan punggung disebelah nadia.

aera hanya mendiamkan dirinya saja. ada sikit rasa jealous dalam hatinya tapi nak buat cane dorang sekadar kawan je tak lebih un. menyibuk je duduk sebelah crush orang.

"kenapa tak makan je? nak habis rehat dah ni", soal nadia sambil memandang kearah luthfia.

"wey, luthfia, aku pergi koperasi dulu au", ujar batrisya yang merupakan rakan kepada luthfia itu.

"haah, leklokk", balas luthfia sambil mengunyah roti pizza itu.

"thank you tau bagi makanan tadi, saya hargai sangat sangat", ujar aera sambil tersenyum.

"not a problem lah, nanti saya bawakkan lagi untuk awak", ujar nadia. dia tersenyum comel.

"tanak balik kelas ke?", soal aera.

"boleh je, lagipun nak habis masa rehat", balas nadia sambil menyimpan bekas makanannya kedalam beg kecil itu.

tiba tiba, lengannya dipegang erat oleh luthfia. nadia segera memandang kearah luthfia yang memeluk lengannya itu. sempat dia berbisik sesuatu kepada nadia sebelum dia menarik tubuh nadia supaya duduk disebelahnya.

"temankanlah fia makan", ujar luthfia dengan nada yang manja. dia sengaja nak buat aera jealous.

nadia segera memandang kearah aera yang sudah berdiri itu.

"ouh sokay nad, kita balik kelas dulu tau. take your time and thank youuu", ujar aera sambil menunduk sedikit menandakan dia berterima kasih kepada nadia sebab sudi menemaninya sewaktu rehat.

dia segera beredar dari situ meninggalkan nadia bersama dengan luthfa. siot je si luthfia ni. tetiba muncul peluk peluk si nadia. aera berasa jealous namun dia hanya memendamkan saja perasaannya.

nadia mengeluh perlahan. kalaulah si luthfia ni tak mengugutnya, pasti dia dah tinggalkan luthfia disitu berseorangan. bijak betul perempuan gila ni.

dia hanya termenung dan menanti sehingga luthfia habiskan makanannya.






bersambung...

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now