chapter 19

294 19 4
                                    

aera duduk diruang tamu rumahnya itu. dia bersandar disofa panjang itu. pipinya yang lebam akibat pergaduhan besar semalam itu dituam dengan beg yang berisi ais.

puan ilya yang baru datang dari dapur itu segera duduk dihujung kakinya. dulang yang berisi air oren itu diletakkan diatas meja.

dia amat risau dengan anaknya itu. setelah apa yang terjadi semalam, dia amat terkejut dengan kelakuan anaknya yang agak diluar kawalan itu.

"jawatan yang kamu sandang tu diberi kepada orang lain?", soalnya secara tiba tiba. aera telah memberitahu perkara tersebut malam semalam selepas kejadian tersebut berlaku. dia hanya mahukan kepastian.

aera mengangguk perlahan. pipinya yang lebam itu dituamkan dengan ais.

"nak buat macam mana kan? lagipun aera nak pencen tak lama lagi", jelas aera.

puan ilya mengeluh. dia tak sampai hati nak marahkan anak dia. hal ini kerana bukan salah anaknya pun. dia cuba meletakkan dirinya disituasi anaknya sekarang dan dia dapat rasakan betapa sakitnya hati anaknya itu.

"tapi takkan la dorang taktau siapa yang mulakan dulu? pastu takkan la sebulan ni aera tak sekolah sebab digantung??", soal puan ilya. dia masih tidak berpuas hati dengan keputusan itu.

"ma, miss sya tu dah lama tak suka dekat aera tau. dia tunggu masa aera buat hal lagi, biar dia dapat buang aera dengan sebab. pastu suka la dia tak tengok muka aera selama sebulan kat sekolah", jelas aera.

"entah entah, miss sya tu yang rancang semua ni", ujar puan ilya. dia mulai membenci cikgu tersebut.

"tah, malas aera nak fikir. sekarang ni, aera nak tengok tengokkan nadia kat rumah. lagipun cuti kan, senang lah aera nak jenguk dia", jelas aera lalu berdiri. dia sebenarnya malas nak bagitau yang itu merupakan rancangan miss sya.

"dapat ke bawak moto tu? nak mama hantarkan?", pelawa puan ilya. dia risau dengan keadaan anaknya sekarang. dengan kaki yang terseliuh tu, mana dapat nak jalan dengan betul. bahkan, nak bawa moto sebesar dunia tu. tumbang tepi jalan sape je yang nak bantu?

aera memandang kearah kakinya yang berbalut itu. dia mengeluh. entahla, dalam banyak banyak tempat, kaki juga yang rasya hentam.

"mama hantarkan please", ujar aera dengan muka comelnya.

puan ilya tersenyum melihat gelagat anaknya itu. tak berubah seperti dulu.

"yelah, asalkan anak mama happy", ujarnya lalu berdiri. dia segera menuju ke meja kecil disudut pintu masuk itu lalu mencapai kunci keretanya.

aera pula segera mengambil tongkatnya lalu berjalan menuju ke pintu hadapan rumahnya itu.







rasya menumbuk kasar pipi aera. dia mencapai batu bata yang berada di tepi bilik persalinan itu lalu dibaling kearah kepala aera.

tubuh aera terbaring diatas lantai bilik persalinan itu. perit yang terasa di kepalanya membuatkan dia susah untuk bergerak.

rasya mengambil batu bata itu lagi lalu menghentak batu tersebut kearah kaki aera.

"agh!! sakit siall!!", bentak aera. dia mencuba sedaya upaya untuk melawan namun sakit dikepalanya membuatkan pergerakkannya terhad.

sekali lagi pipinya ditumbuk oleh rasya. rasya ketawa melihat kejatuhan aera.

"acah kuat pulak kau", ujarnya.

tanpa membuang masa, aera segera menggenggam erat rambut rasya lalu menghempas kepala rasya ke dinding berkali kali sebelum wajahnya ditumbuk kasar. aera cuba menyeimbangkan tubuhnya akibat kakinya yang terseliuh itu.

tubuh rasya ditolak supaya terbaring diatas lantai bilik persalinan itu. aera duduk ditepi rasya yang sudah taktau apa apa lagi itu. kepalanya berdarah, mukanya lebam sana sini.

"aku dah cakap kan? jangan cari pasal dengan aku", ujarnya.

rasya tersenyum.

"modal hentak kepala kat dinding memanglah menang", ujarnya.

aera segera mencengkam leher rasya dengan kuat sekali sehinggakan dia sukar untuk bernafas.

"kalau macamni, kau masih berlagak kuat tak?", soal aera sambil tersenyum sinis.

rasya memukul kasar tangan aera yang mencekik lehernya itu.

tiba tiba, pintu bilik persalinan itu dibuka.

"aera!! stop it!!", bentak cikgu azfar yang merangkap cikgu pjk itu.

tubuh aera ditolak kasar supaya menjauhi rasya. cikgu azfar segera memeriksa keadaan rasya yang terbatuk batuk akibat dicekik oleh aera.

luthfia yang melaporkan pergaduhan itu hanya tersenyum disebalik pintu bilik persalinan itu.

"aera, ikut saya ke bilik disiplin sekarang", ujar miss sya yang baru sahaja tiba disitu.

akhirnya rancangan yang dia reka bersama luthfia itu berjaya dan berjalan dengan lancar. kini masanya untuk melucutkan jawatan aera sahaja lagi.

aera cuba untuk berdiri namun gagal.

"tak payah nak acah acah sakit kaki, ikut saya sekarang!!", bentak miss sya. lengan aera dipaut kuat membuatkan tubuhnya terpaksa berdiri dan berjalan menuju ke bilik disiplin.

agak ramai pelajar yang berada di luar bilik persalinan itu. masing masing berbisik sesama sendiri. ada yang mengekori mereka sebab nak tahu kisah sebenar.

"tak lama lagi kamu dilucutkan jawatan, terima la padahnya. sape suruh lawan cakap saya tempoh hari", ujar miss sya. dia tersenyum sinis.

"miss saja nak jatuhkan saya kan? biar miss tak dapat tengok muka saya lagi kat library, kan?", teka aera.

"haah, aku tak suka dekat kau", balas miss sya. tangan aera ditarik kasar membuatkan pergerakkan aera semakin cepat.

kakinya begitu sakit namun dipaksakan sahaja kerana miss sya telah mengheretnya menuju ke bilik disiplin.

sampai sahaja di bilik disiplin, miss sya segera menolak tubuh aera dihadapan puan jasmine yang merupakan guru disiplin itu.

"ni ke yang bergaduh tadi?", soal puan jasmine.

"haah dialah yang mulakan tu", jelas miss sya.

"kalau takde pape, cikgu pergi dulu", ujar puan jasmine.

miss sya mengangguk lalu berpaling kebelakang. sempat dia tersenyum sinis memandang kearah aera. kini hatinya puas kerana berjaya menjatuhkan maruah aera.

aera merengus geram. dia hanya dapat menahan perasaan benci dan marahnya terhadap miss sya. jikalau dia melawan, dia pasti akan kena lebih teruk lagi.

puan jasmine berdiri lalu mencapai rotannya yang berada di tepi mejanya itu. aera yang sememangnya dah tahu apa yang akan berlaku itu hanya menyerah sahaja.

"bagitau apa yang berlaku dan apa tindakan yang kamu buat terhadap budak tu", ujar puan jasmine lalu duduk semula dihadapannya.

aera menundukkan kepalanya. dia menghela nafas panjang sebelum memandang semula kearah puan jasmine.

kaki aera dirotan membuatkan dia melutut dihadapan puan jasmine.

"cakap, kenapa diam? bisu?", soalnya.

aera mengeluh perlahan. mesti dah termakan suapan miss sya. nak cerita pun dah takde guna. better aera pendamkan saja apa yang berlaku itu, sebab dia tahu yang miss sya akan twist lagi cerita yang berlaku. sekarang ni, takde siapa yang akan mempercayainya lagi.

kesalahannya hampir membunuh seorang pelajar. pasti pelajar pelajar tidak mahu mendengar apa apa penjelasan daripadanya lagi.








bersambung...

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now