prolog

1.3K 42 6
                                    

aku duduk di bilikku sendirian. dinding yang memisahkan antara ruangan tidur dengan ruangan santai itu ditatap lama.

jam yang melekat pada dinding itu kutatap sekilas. manakala phoneku yang terletak diatas meja kecil disamping katilku itu diambil.

nampaknya harini hari ahad, 3 march 2024. seketika aku terasa kosong, dan hatiku terasa berat. aku mengeluh perlahan.

kotak sederhana kecil yang ku ambil dari stor sebentar tadi belum ku usik. walhal aku tahu apa isi kotak itu, namun aku saja nak surprisekan diri nak melihat semula apa yang aku simpan dalam kotak lama tu. rasanya, agak lama dia tak menyentuh kotak itu.

cahaya senja yang mula masuk melalui tingkap bilikku yang terbuka luas itu telah membuatkan diriku tenang dan pada masa yang sama, aku terasa kosong. aku berdejavu seketika apabila melihat langit senja yang berwarna oren bercampur dengan pink sedikit.

isi fikiranku bermain main dari tadi. pintu bilikku dibuka perlahan. kelihatan najwa menjengukku dibilik.

"aik? diam je? kenapa?", soalnya.

aku tidak menjawab. sebaliknya, aku hanya mendiamkan diri dan membiarkan sahaja soalan daripada sahabatku yang merangkap housemate aku juga.

"aera, kau okay tak? selalunya kau tak macam ni ye. dari pagi tadi tak borak ngan aku dah kenapa?", soal najwa lagi. kalini, pintu bilikku dibuka luas dan dia pun melangkah masuk kedalam bilikku.

dia berdiri tegak dihadapanku lalu mendongakkan wajahku supaya memandang kearahnya.

"kau kenapa ha? nak kata angau macam bukan, kau sedih eh? sebab harini 3 march?", soal najwa lagi.

aku tersenyum seketika sambil menggeleng.

"aku tak sedih lah, manade sedih. aera tak pernah sedih macam ni ye", ujar ku. saja nak sedapkan hati sendiri. pujuk diri sendiri. padahal hati tengah berduka lara.

"mesti kau masuk stor lagi kan?", teka najwa. dia berandaian aku akan sedih setiap kali masuk stor.

"haah, aku jalan nak naik ke bilik, astu terdengar something jatuh dari dalam stor. ingatkan apa tadi, rupanya bubbu kacau barang dalam tu. dengan tak sengajanya aku tertengokla apa yang aku simpan dalam stor tu", jelasku.

najwa memandang kearah kotak yang berada di tepi dinding itu.

"kotak tu, kau tengok dah ke", soal najwa.

aku menggelengkan kepalaku.

"wae? nak tengok sama sama ke? aku boleh temankan kau", ujar najwa lagi.

aku memandang kearah najwa. boleh caye ke pompuan ni. kang aku meraung tak tentu pasal dia nak pujuk ke?

"kalau aku nangis, kau nak pujuk tak?", soalku.

"eh mesti lah", balas najwa dengan beria ia.

"so, amekla kotak tu", ujarku.

najwa pun mengambil kotak yang berada di tepi dinding itu. agak berhabuk kerana sudah lama disimpan dan tidak terusik sekalipun didalam stor rumahnya itu.

kotak tersebut diletakkan disampingku. dapatku lihat satu kertas putih yang sudah kotor dilekatkan diatas kotak itu.

"about us"

seketika aku tersenyum. mataku berair dan langsung ku usap usap. taknak la, belum start bukak kotak lagi dah menangis.

aku pun membuka kotak itu dan segala debu berterbangan disekitar bilikku. maklumlah, dah lama tak buka.

dan kini, pandanganku tertumpu kearah isi kotak tersebut. terdapat banyak benda yang aku simpan sejak 6 tahun lalu.

aku mengambil gambar gambar yang ada didalam kotak itu. satu persatu ku belek sambil tersengih sendiri.

"kadang aku tertanya, kenapa pengakhirannya macamni?", soalku sambil memerhati satu persatu gambar tersebut.

najwa hanya mendiamkan dirinya disampingku. dia taknak bersuara kerana takut menggoreskan perasaan rakannya itu.

aku mengambil lagi beberapa sampul surat yang terletak didalam kotak itu. semuanya sudah kekuningan dan kotor akibat dibiarkan lama.

sampul itu dibuka dan aku keluarkan isinya. aku tersenyum melihat tulisan yang sangat aku admire sejak dulu.

"ni bukan first surat kau dapat dari dia?", soal najwa sambil melihat isi surat itu.

aku tersengih lagi. comel surat ni, macam tuan dia juga.

"patutla kau tersengih sengih dapat surat dari dia. macam ni rupanya isi surat tu", ujar najwa. sempat dia mengusikku.

aku tertarik dengan sebaris ayat yang ditulis oleh penulis surat itu.

"im grateful to have you in my life, aera. i wont leave you and i love you today, tomorrow and forever sayang!!".

"oh, macamni ke aku rasa bahagia 6 tahun lalu?", ujarku perlahan sambil menyimpan semula surat itu kedalam tempat asalnya.

camera dslr yang aku simpan didalam kotak itu kuambil. aku cuba untuk menghidupkannya namun tidak berjaya. pasti ada sesuatu didalam camera ini.

"kau ada charger untuk camera tak? kalau ada boleh tolong chargekan untuk aku?", ujarku sambil memberikan camera tersebut kepada najwa.

"jap ye kita check", balas najwa sambil membawa keluar camera dslr itu dari bilikku.

setelah najwa hilang dari pandanganku, aku segera menggeledah kotak itu untuk mencari sesuatu. seketika kepalaku teringat akan satu benda yang aku pernah simpan sehari sebelum kami berpisah.

akhirnya, aku menjumpai gelang tangan yang dibuat oleh dirinya sendiri. aku tersenyum tawar.

"lama dah aku cari, rupanya dalam ni eh?", ujar ku sambil memakai gelang tangan tersebut.

seketika kemudian, aku memandang satu plastik lutsinar yang berada didalam kotak itu. plastik itu dicapai dan aku melihat gelang yang sama didalam plastik lutsinar itu lalu aku mengeluh.

"its been 6 years, you've disappear from my sight sayang", ujarku perlahan sambil mengusap perlahan plastik lutsinar itu.

air mataku yang mengalir deras itu segera jatuh pada seluarku. aku menangis teresak esak.

"kenapa eh jadi macamni? kenapa tinggalkan saya? saya yang kena tanggung semua sakit ni", ujarku. bahuku terhenjut henjut akibat menangis.

najwa yang hendak melangkah kedalam bilikku itu segera terhenti apabila melihat keadaan diriku. dia segera memesongkan langkahnya menuju ke dapur dan berhasrat untuk tidak mengangguku ketika ini.

segala memori yang pernah terjadi terlintas dalam fikiranku membuatkan tangisanku semakin menjadi jadi. jadi inilah rasanya putus cinta yang dimaksudkan oleh orang itu? jikalau dia tahu pengakhirannya begini, dia tidak akan memulakan langkahnya dalam dunia percintaan.

aku menyimpan segala galanya didalam kotak semula. air mataku kesat perlahan dengan bajuku. kotak itu kusap usap perlahan.

she's my first and last love...







bersambung...

Kita Akan Selesai [gxg]✅Where stories live. Discover now