˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚
"BUNGA?" tegur Qawiy setelah kelihatan Bunga berada di dalam bangunan.
Apabila dilihat cuaca di luar. Sebentar tadi baru sahaja hujan dengan lebat. Sekarang hujannya mulai reda tapi masih renyai-renyai. Jam pula Qawiy tilik. Tepat jarum jam menunding ke nombor tujuh.
Satu keluhan berat Qawiy lepaskan. Pasti dia lupa yang dia janji dengan Bunga mahu pulang jam 6 petang. Tapi tidak akanlah yang Bunga datang ke mari semata-mata untuk jemputnya sahaja.
Wajah yang tadi mendung ukirkan sedikit senyuman apabila Qawiy sudah berada di hadapan matanya.
"Banyak kerja, Qawiy?"
"Awak datang sini kenapa?" Sedikit tegas tapi lembut nada suara Qawiy menyoal.
"Saya nak jemput awak balik," jawab Bunga sedikit teruja suaranya.
"Tapi... hujan dekat luar."
Bunga menggeleng laju apabila Qawiy melihat cuaca di luar.
"Tadi hujan, saya bawa payung."
Oh Tuhan, pasti bunga menunggunya lama di sini. Satu rasa bersalah mula timbul di dalam diri Qawiy.
Tangan Qawiy naik mengusap lembut wajah Bunga. Bunga Seroja terlalu baik.
"Maaf buat awak tunggu, bunga saya."
"Tak apa, lagi pun salah saya juga sebab tak bagitahu saya datang nak balik dengan awak."
"Jom, sayang," pelawa Qawiy sudah menolak kerusi roda Bunga ke pintu keluar bangunan itu.
Lama-lama Qawiy bersama Bunga, gadis itu mula rasa diperhatikan dengan orang-orang sekitarnya. Pasti mereka pelik kenapa isteri Muhammad Qawiy duduk atas kerusi roda. Atau mungkin orang lain sedang berkata yang Bunga sedang susahkan Qawiy.
Menunduk Bunga apabila fikiran itu bermain bagai layaran filem.
Tapi setelah itu dia angkat kepala memandang wajah Qawiy. Suaminya masih setia dengan wajah tenang dan tersenyum apabila menolak Bunga bersama.
"Dinda, payung?" Minta Qawiy setelah mereka sampai di hadapan pintu keluar bangunan.
Bunga pun berikan pada Qawiy.
Ditolak kerusi roda Bunga setelah payung ditangan sudah halang diri dia dan Bunga daripada mengena air hujan. Tapi Qawiy lebihkan bahagian payung untuk Bunga.
Takut Bunga kesayangannya kena hujan. Mungkin boleh terkena demam.
"Qawiy," seru Bunga sedikit menurun nadanya.
"Ya, Bunga saya?"
"Awak tak marah saya datang sini?"
Qawiy menggeleng.
"Kenapa nak marah?"
"Sebab buat malu awak saja."
"Apa yang malu?"
"Malu sebab ada isteri lumpuh," bicara Bunga buatkan kaki Qawiy yang menapak itu terhenti bersama tolakan kerusi rodanya.
Hujan sudah berhenti itu buatkan Qawiy turunkan payung mereka. Berjalan Qawiy sehingga dia berada di hadapan Bunga. Melutut jejaka itu untuk matanya separas dengan mata Bunga. Biarkan seluarnya basah kerana tanah yang basah.
Tangan Bunga diraih dan dikucup hangat. Terasa sejuk tangan Bunga mungkin kerana sejuk hujan.
"Bunga saya, sayang, dinda, saya tak pernah malu dengan Bunga Seroja. Dan saya bangga sangat saya suami Bunga Seroja. Nak saya bagitahu orang tak?" Soal Qawiy buatkan Bunga berkerut.
Apa maksud Qawiy nak bagitahu orang?
Berdehem Qawiy betulkan suaranya. Bangkit dia daripada berlutut.
"Bunga Seroja yang ini, isteri Muhammad Qawiy, sayalah!" Jerit Qawiy di tengah orang ramai yang sesak itu.
Banyak mata memandang. Ada yang tertawa dan tersenyum mendengar itu.
Mereka fikir itu hal yang lucu dan gemas.
"Qawiy!" Lengan Qawiy pantas Bunga tarik untuk hentikan hal gila itu.
"Kenapa? Saya nak bagitahu orang yang awak isteri saya ni."
"Qawiy..."
Lama-lama Bunga lepaskan ketawanya. Semakin dipandang buatkan Qawiy hanyut dalam senyuman dan ketawa itu.
Oh Tuhan, kekalkan hal itu dalam diri Bunga Seroja.
Semoga semua hal yang buatkan Bunga Seroja gembira dan tertawa hanya kerana Muhammad Qawiy.
"Cantik," puji Qawiy andai saja Bunga mendengar.
˚ ༘ tbc ⋆。˚
YOU ARE READING
Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©
Short Story━ completed ━ blind-date trope Bermula dengan blind-date daripada ibu mereka. Bunga Seroja, gadis yang selalu menyoal hal yang mustahil. Muhammad Qawiy pula akan menjawab setiap soalan tanpa jemu. ❝ Kenapa lautan berbicara? ❞ ❝ Sebab lautan tahu yan...