━ bulan 10

161 25 9
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

MAJLIS keluarga Qawiy buatkan Bunga sendirian di dapur. Qawiy sedang sibuk melayan tetamu di luar. Umi pun sama dengan Qawiy. Bunga tidak biasa dengan majlis begini. Memang majlis kecil tapi ramai tetamunya.

Setiap mereka nampak Bunga pasti ada banyak riak wajah yang tertayang untuk Bunga. Dan Bunga dapat tangkap.

Riak simpati pada Bunga.

Ada juga yang sedang bagai berikan riak menilai kerana Qawiy punya isteri lumpuh.

Walhal jejaka itu berkerjaya. Boleh punya isteri yang lebih baik.

Ada yang tanya hal anak.

Bunga geleng kepala hilangkan segala fikiran negatif tadi. Harapkan tidak memberi kesan kepadanya.

"Bunga saya," panggil Qawiy di belakang.

Bunga tidak berpusing tapi teruskan dengan wajahnya menunduk ke bawah. Qawiy yang sedar akan hal itu mula mendekati.

Sengaja dia dekatkan mulutnya ke telinga Bunga, "Bunga saya, kenapa?"

Bunga menggeleng tapi dengan kepala menunduk.

Oh, Tuhan.

Qawiy tidak boleh. Dia tidak mahu lihat Bunga Seroja layu begini.

"Awak ada terasa hati, ya?"

Saat itu Qawiy nampak air mata Bunga mula jatuh ke bawah. Bunga menangis. Bahunya terhenjut-henjut menahan supaya suara tangisannya tidak kedengaran Qawiy.

Qawiy pusingkan kerusi roda Bunga supaya berpusing ke arahnya. Berlutut Qawiy untuk separas dengan sepasang mata indah itu.

Dibentengi dengan air mata sahaja.

Sensitif betul isteri Qawiy.

Qawiy faham.

"Apa kata, kita lupakan apa yang orang-orang tu kata dekat awak?"

Bunga masih menunduk dan diam. Tapi telinganya masih mendengar kata Qawiy.

"Apa-apa yang orang kata bukan apa yang saya akan katakan dekat awak, sayang."

Dagu Bunga ditolak supaya wajahnya terangkat memandang wajah Qawiy itu.
Air mata Bunga dikesat dengan ibu jari Qawiy.

"Bunga Seroja, saya sayang awak walau macam mana pun awak."

Satu kucupan mendarat di dahi Bunga.

"Bunga Seroja, Muhammad Qawiy depan awak ni nak jaga awak dunia dan akhirat."

Satu kucupan mendarat pada kedua kelopak mata Bunga.

"Bunga Seroja, isteri Muhammad Qawiy. Awak sempurna dekat mata saya."

Lama-lama kucupan hangat itu menyentuh bibir lembut Bunga, sekilas.

"Bunga Seroja, segalanya."

Dan yang terakhir. Pelukan erat Qawiy hadiahkan buat Bunga Seroja.

Pelukan itu dibalas.

"Terima kasih, Qawiy."

"Tak apa, untuk Bunga saya juga."







˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

KERETA Qawiy berhenti di hadapan pantai yang pernah mereka datang selepas nikah dulu. Masih sama pantai dan laut di sini. Masih indah di mata Bunga dan Qawiy. Bunga dapat agak yang Qawiy suka laut.
Sama dengan tingkah sebelum ini, Qawiy bawa Bunga ke dalam dukungan. Kemudian, diletakkan di atas pasir berhadapan dengan laut.

Tangan Bunga mengelus lembut pasir di pantai. Dia rindu mahu rasa bagaimana kaki pijak pasir. Lumpuh buatkan kakinya tidak dapat rasakan pasir yang kasar, rumput yang lembut dan air laut yang menyinggah.

Bunga tidak boleh mengungkit. Sekarang dia hanya boleh bersyukur dengan apa dia ada.

"Bunga saya tahu tak yang saya suka dengar lautan berbicara."

Bunga pandang dahulu sisi Qawiy yang fokus pada lautan. Selepas itu, Bunga pula perhatikan betapa indahnya lautan yang sentiasa menjadi igauan Qawiy.

"Kenapa lautan berbicara?"

"Sebab lautan tahu yang bulan akan sentiasa mendengar."

Bunga sedar yang saat itu di langit yang punya bulan ada temani lautan. Macam Qawiy kata, lautan berbicara dan bulan mendengar.

Dan lautan dengan bulan saling lengkapi.

"Macam kita," ucap Qawiy.

Perlahan-lahan Bunga daratkan tubuhnya pada bahu Qawiy.

Bunga suka akan hal ini. Selalu di sisi Qawiy. Itu Bunga mahu.
Benar-benar Bunga Seroja jatuh cinta dengan Muhammad Qawiy.

"Macam kita," ikut Bunga setelah itu.

˚ ༘   end ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now