━ lautan 05

183 29 11
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

"QAWIY?"

"Bunga!" Teruja Qawiy apabila Bunga berada di hadapan matanya.

Satu senyuman manis Qawiy hadiahkan buat Bunga. Nampak yang wajah jejaka itu nampak gemuruh buatkan bunga sedikit geli hati. Belum nikah lagi baru sahaja merisik. Sudah begini gayanya.

Satu tawa kecil Bunga lepaskan apabila lihat Qawiy begitu.

Qawiy yang mendengar tawa perlahan Bunga itu terdiam seketika. Dia fokus pada wajah Bunga yang sedang tertawa kecil itu.

Pertama kali dia melihat Bunga tertawa. Kalau tidak, pasti mendung sahaja wajahnya.

"Awak gemuruh ke?"

"Mestilah, kalau ayah awak tak suka saya macam mana?"

"Awak lupa yang ibu dengan umi yang kenalkan kita," tambah Bunga cuba tenangkan diri Qawiy.

Qawiy yang sedikit tenang itu hanya mengangguk sahaja. Bunga yang terduduk di atas kerusi roda itu lama dipandang.

Tak sangka.

Bunga boleh terima Qawiy.

"Terima kasih, Bunga."

"Kenapa?"

"Sebab terima saya."

Bunga sedikit berkerut tapi lama-lama senyuman pula ganti di wajahnya. Qawiy terlalu baik.

Bukankah, bunga yang patut terima kasih sebab Qawiy yang terima dia?

Qawiy lain dengan lelaki yang dia kenal.

Qawiy lain dengan Eshal.

"Terima kasih juga."

"Kalau untuk Bunga saya, saya sanggup."

"Bunga," panggilan itu buatkan pandangan Bunga beralih pada dia.

Eshal.

Lelaki itu berdiri tepat di hadapan mereka berdua sekarang. Perlahan-lahan wajah Bunga berubah.

Riak wajah yang sama dengan wajah yang dia nampak lelaki yang mereka terserempak sebelum ini. Dan Qawiy tahu yang Bunga tidak selesa dengan kehadiran lelaki ini.

"Bunga, siapa lelaki ni?" soal Eshal mula menapak dekati mereka.

Bunga menggeleng.

"Kenapa awak datang sini?"

"Tak, Bunga. Jawab dulu! Siapa lelaki ni?" Meninggi suara Eshal menyoal pada Bunga.

Perlahan-lahan Qawiy bangkit dan berdiri di hadapan Bunga. Halang pandangan Bunga daripada Eshal.

"Kau tu siapa?"

"Tunang Bunga seroja," jawab Eshal tidak sedar diri.

Qawiy lepaskan tawa sinisnya. Jarinya menunding tepat ke Eshal di hadapan. Sesekali wajah Qawiy berubah tegang.

Entah siapa jantan ini mengaku tunang Bunga. Rasanya Qawiy dapat teka siapa lelaki ini.

Tunang yang tinggalkan Bunga.

Tunang konon. Hilang ingatan agaknya. Tidak sedar diri.

"Aku tunang Bunga Seroja, dengar balik ya. Tunang Bunga Seroja. Bakal suami Bunga Seroja. Bukan kau tau."

"Kau nak terima perempuan cacat ni?"

"Kau yang cacat sebab tinggalkan dia. Cacat hati," jawab Qawiy tersenyum senget, puas.

Hilang kata Eshal berdiri di situ. Perlahan-lahan Qawiy berpusing dekati Bunga di belakang.

Kerusi roda milik Bunga dipusingkan ke belakang untuk kembali masuk ke dalam rumah.

"Saya tunang awak sekarang, Bunga saya."

"Jangan tinggalkan saya macam dia buat."

"Saya janji."





˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

AGAKNYA Bunga sedang mimpi sekarang ini. Ataupun dia sedang berangan. Tangan Bunga Seroja setia berada di dalam dakapan telapak tangan Muhammad Qawiy. Tidak dilepaskan langsung sejak Qawiy mulakan memandu lagi.

Tidak sangka. Dalam masa yang singkat mereka berkenalan. Mereka terus berkahwin.

Macam mimpi!

"Bunga saya," panggil Qawiy.

Entah kenapa hati Bunga rasa berbunga-bunga sangat setelah mendengar panggilan itu. Walhal pertama kali dia dengar nama panggilan itu dia rasa janggal sebelum ini.

Bunga memandang wajah suami halalnya itu.

Tampan.

"Kita pergi satu tempat sebelum pergi rumah kita, ya?"

Bunga mengangguk.

Kereta Qawiy berhenti tepat di hadapan satu pantai. Tenang laut yang sedang bergelora itu.

Pintu sebelah bunga dibuka. Kerusi roda Bunga tidak dikeluarkan. Wajah Qawiy dipandang dengan mendongak.

"Kerusi roda saya?"

"Awak ada saya," kata Qawiy pantas tarik tubuh Bunga ke atas dakapannya.

Menjerit kecil Bunga dengan tindakan mendadak Qawiy. Pantas dipeluk tubuh suaminya supaya tidak terjatuh.

Bunga yang sedar hal itu perlahan-lahan lihat wajah suaminya.

Qawiy tersenyum suka dengan apa Bunga buat. Tubuh Bunga yang berada dalam dukungannya itu semakin dieratkan.

"Comel," puji Qawiy melihat wajah Bunga, manja.

Memerah wajah Bunga sehingga dia membenamkan wajah itu ke atas dada Qawiy. Saat itu dia boleh dengar betapa laju degupan jantung Qawiy. Dia yakin yang Qawiy sama gemuruh seperti dia.

Pertama kali dia dukung perempuan dan ini pertama kali Bunga didukung oleh lelaki bukan keluarganya.

Rasanya Qawiy yang comel.

"Tahu tak, saya suka dengar laut."

"Kenapa?"

"Sebab laut tenang macam saya dengar awak bercakap dengan saya."

Bunga lepaskan tawanya. Tidak hairan mengapa lelaki ini hanya suka akan hal-hal yang manis. Mulut Qawiy pun selalu manis. Dan Bunga suka dengar itu. Mungkin kesan suka makan makanan yang manis-manis.

Apabila mereka mula dekati lidah pantai. Sengaja Qawiy turunkan tubuh Bunga sedikit. Biarkan air laut mengena kedua kaki Bunga.

Bunga sedar apa yang Qawiy lakukan itu lama-lama tersenyum, manis.

"Qawiy, kaki saya tak rasa. Turunkan saya lagi," minta Bunga.

Perlahan Qawiy turun melutut ke bawah bersama Bunga masih di dukungan. Tangan Bunga telah mencapai dan mula rasa sejuknya air laut tika itu. Senyuman lebar terukir di wajah gadis itu.

Oh, Tuhan.

Kekalkan senyuman itu.

"Awak cantik."

"Ya?"

Qawiy mengangguk.

˚ ༘   tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now