˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚
TEH kosong panas terisi di cawan perlahan-lahan diletakkan di atas meja berhadapan dengan Bunga. Wajah Rayhan, abang Bunga dipandang bersama senyuman, menyapa.
Kerusi di sebelah Bunga ditarik untuk Rayhan duduk.
"Jauh termenung adik abang ni?" soal Rayhan sedikit kepalanya diturunkan untuk separas dengan wajah Bunga.
Bunga hanya menggeleng perlahan. Menafikan persoalan abangnya itu untuk tidak buatkan Rayhan risau akan dirinya. Lama-lama Rayhan pandang wajah adiknya itu.
Rayhan tahu. Pasti ada sesuatu yang bermain di fikiran Bunga Seroja.
Tangan Rayhan naik dan menunding pada bulan terang di atas langit sana.
"Kalau Bunga rasa hati tu berat sangat dan tak nak cerita dekat abang, bulan ada."
Bunga mendongak pada bulan. Ya, bulan malam itu terang dan jelas kelihatan.
"Kadang-kadang memang ibu tu nampak macam nak aturkan hidup anak-anak dia tapi itu sebab ibu risaukan kita."
"Abang dengan kak Bintang macam mana?"
Bintang, tunang Rayhan. Sama macam Bunga dengan Qawiy. Ibu yang kenalkan Bintang dengan Rayhan.
Ibu mereka agak... mengatur hidup mereka.
Tapi mereka berdua faham. Ibu mereka risau akan mereka.
"Macam tulah, kalau ada jodoh, adalah. Abang masuk dulu," minta Rayhan sebelum terus masuk ke dalam rumah.
Tinggal Bunga berseorangan di situ. Hanya bulan di atas langit yang setia bersamanya sekarang.
"Muhammad Qawiy tu baik. Hensem pun ya tapi nak banding dengan Bunga. Bunga tak nak dia rasa susah sebab Bunga."
Kata Bunga kepada bulan.
Dan bulan mendengar.
˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚
BEBERAPA kali Qawiy perhatikan skrin telefonnya yang gelap. Ada masa dia hidupkan telefon itu. Setelah itu matikan kembali. Selepas itu, dia ulang hal yang sama. Sesekali dia bangkit daripada katil dan sandarkan kembali tubuhnya.
Dengusan dilepaskan kasar. Dia sendiri tidak faham kenapa dengan dia sekarang ini.
Dia seperti menunggu mesej daripada seseorang.
Mungkin, Bunga Seroja?
"Aih, kenapa aku menunggu ni?" soalnya, pasrah dengan diri sendiri.
Dia sendiri tidak faham.
Mungkin sebab dia sudah soal untuk ajak Bunga kahwin dengan dia.
Atau sebab sudah dua kali dia tersasul dengan nama panggilan 'Bunga saya' itu.
"Tunggu siapa? Bunga?" Suara tua itu menegur buatkan Qawiy pantas bangkit untuk duduk.
Umi yang hampir genap 60 tahun itu hampiri anak bujangnya itu. Sebelah birai katil yang kosong diambil.
"Macam mana dengan Bunga?"
"Okay je umi."
"Lagi?"
"Ha, lagi?"
"Ya, lagi apa?"
"Oh, dia manis."
"Lagi?"
"Dia... baik."
Umi laju sahaja gelakkan jawapan yang sepatah-sepatah Qawiy itu. Memerah wajah Qawiy sedar yang umi sedang kenakan dia sekarang.
"Qawiy ajak dia kahwin."
"Gelojoh," ringkas umi beri respon.
Qawiy gelakkan dirinya sendiri. Teringat dan menyesal dengan apa dia kata pada Bunga kelmarin.
Pasti Bunga pun punya fikiran yang sama dengan uminya sekarang.
Sudah kata, Qawiy susah nak faham perempuan. Tidak hairan kenapa kekasihnya tinggalkan dia. Kerja pun satu hal. Qawiy tidak boleh nak bezakan hal sendiri dan hal kerja. Mungkin itulah antara puncanya.
"Umi harap kamu serius dengan Bunga tu. Umi tak nak kamu tanya dia macam tu sebab ada rasa kasihan je tau."
Qawiy terdiam sejenak.
Kasihan? Sebab kondisi dia?
Itukah sebab dia soal Bunga untuk berkahwin?
Tidak.
Bukan.
Cuma Qawiy mahu kenal. Bunga itu orangnya bagaimana. Gadis itu nampak menawan pada awalnya. Qawiy teringin mahu tahu senyum Bunga Seroja itu bagaimana. Bicara mesra Bunga Seroja bagaimana.
Qawiy mahu masuk ke dunia Bunga Seroja.
Tidak salah bukan?
"Tak, cuma Qawiy memang nak kenal dia dengan cara yang halal."
˚ ༘ tbc ⋆。˚
YOU ARE READING
Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©
Historia Corta━ completed ━ blind-date trope Bermula dengan blind-date daripada ibu mereka. Bunga Seroja, gadis yang selalu menyoal hal yang mustahil. Muhammad Qawiy pula akan menjawab setiap soalan tanpa jemu. ❝ Kenapa lautan berbicara? ❞ ❝ Sebab lautan tahu yan...