━ bulan 07

155 25 6
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.









˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚

BANGKIT Bunga daripada lenanya. Pagi ini dia sedar sahaja Qawiy sudah tiada di sebelah tempat tidurnya. Sesekali dia lihat sekitar bilik. Bilik air juga kosong tiada bunyi mahupun lampu menyala. Apabila Bunga tilik jam di dinding. Tepat jam 7 pagi.

Hari ini dia bangun dan Qawiy tiada lagi di sebelah. Hampir seminggu begini. Walaupun hari minggu.

Kata suaminya itu dia sedang ada kerja penting. Qawiy sendiri janji yang lepas kerja penting ini selesai dia akan cuba balik awal.

Keluhan panjang Bunga lepaskan. Lagi dan lagi rasa sunyi itu sudah sebati dalam dirinya. Agaknya dia tidak kahwin pun lagi bagus. Duduk di rumah dengan ibu dan abang.

"Tak baik Bunga ungkit macam tu," ucap Bunga sendirian apabila muncul fikiran begitu.

"Sekurang-kurangnya, Qawiy terima siapa Bunga Seroja."

Ayat itu hanya sekadar sedapkan dirinya. Benar atau tidak dia perlu telan hakikatnya.

Ting!

Satu notifikasi masuk. Dibawa tubuhnya menyeret ke tepi birai katil untuk capai telefon di atas meja lampu.

Muhammad Qawiy
Online

Hari ni saya balik awal

Ya?
Bila?

Pukul 6 macam tu

Nak makan apa?
Saya boleh masak untuk awak

━ Anything, Bunga saya

Baik
Qawiy

Ya, Bunga saya
Kenapa?

Janji?

Ya, saya janji

Saya tunggu

Bunga matikan telefonnya. Mungkin kerja penting Qawiy sudah selesai. Masanya untuk dia luangkan masa dengan isterinya pula.

Muncul satu idea di benak fikiran Bunga. Pantas telefonnya ditekan untuk buat panggilan kepada seseorang.

"Abang!"









˚ ༘ Lautan dan Bulan ⋆。˚

"BUNGA betul nak suruh abang tinggalkan Bunga dekat sini?"

Bunga yang duduk di kerusi roda yang ditolak Rayhan hanya mengangguk. Barangan dapur masih setia di dalam dakapannya.

Bangunan gah besar di hadapannya itu dipandang sahaja.

Tempat kerja Qawiy.

Lagi 20 minit Qawiy akan pulang. Mungkin dia boleh pulang dengan Qawiy nanti. Bunga rancang mahu jemput Qawiy pulang bersama.

Rayhan pula masih tayangkan wajah risaunya apabila Bunga suruh tinggalkan dia di situ sendirian. Apabila ditilik langit di atas. Sudah gelap seakan mahu hujan. Bunga masih di luar bangunan gah itu. Apabila Rayhan beri idea untuk ditolak sehingga ke dalam bangunan itu, laju-laju Bunga menolak.

Tidak tahu mengapa Bunga berdegil mahu ditinggalkan di hadapan bangunan itu juga.

"Biar abang bawa barang dapur tu balik?"

Bunga menggeleng.

"Tak apa, sekali jalan je dengan Bunga nanti. Abang baliklah dulu."

Walaupun Bunga menolak, laju Rayhan raih barangan dapur yang berada di riba Bunga. Bertukar pula dengan sekaki payung lipat diletakkan di atas riba Bunga.

Satu senyuman Rayhan beri walaupun kelihatan seakan risau.

"Jangan degil, nanti tak bebankan Bunga sangat. Kalau hujan guna payung tu," pesan Rayhan pantas menapak pergi ke keretanya.

Bunga melihat sosok abangnya yang semakin menjauh.

"Terima kasih, abang," ucap Bunga perlahan dari situ.

Qawiy!

Entah kenapa Bunga rasa teruja sangat apabila tahu Qawiy akan pulang awal hari ini. Mungkin sebab dia dan Qawiy sudah lama tidak bersua.

Mahunya tidak. Setiap pagi sesudah celik mata sahaja bayang suaminya langsung hilang.

Tidak sempat langsung berjumpa.

Tepat jam 6.30 petang. Masih Bunga setia menunggu di luar. Sudah banyak mata melihatnya yang menunggu di hadapan pintu bangunan itu. Rasa tidak senang mula membelenggu dirinya.

Janjikan 6 petang tapi masih tiada wajah Qawiy di situ.

Mana Qawiy?

Kata sudah janji.

˚ ༘   tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now