━ lautan 04

141 25 7
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.





˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

Ting!
Message from unknown number

NOTIFIKASI yang masuk itu hanya tidak diendahkan. Qawiy fokus pada komputer di hadapannya untuk selesai tugasnya. Walaupun di rumah dia tetap perlu selesaikan kerjanya.

Workaholic, itulah puncanya Qawiy ditinggalkan. Itu alasan kekasih sebelum ini.

Ting! Ting!

Mesej masuk lagi dan Qawiy yakin yang mesej masuk itu pasti dari nombor yang sama.

Ting!

Mata Qawiy curi pandang sekilas skrin telefon yang berada di sebelah komputer ribanya.

saya Bunga

Terus cermin mata yang dia pakai ditanggalkan lalu diletakkan di tepi. Telefon segera diambil.

Oh, Bunga.

Bunga mesej dia?

Bunga mesej dia!

Bunga Seroja!

Unknown number
Online

Assalamualaikum Qawiy
Sorry kacau
Saya dah minta nombor
awak dengan ibu
Saya Bunga

Waalaikumussalam
Mana ada kacau
Kenapa mesej saya?

Awak boleh jumpa ayah saya

Terdiam Qawiy baca mesej Bunga itu. Tolong kata yang dia tidak salah baca. Betulkan? Dia tak salah baca apa Bunga hantar.

Ini nombor Bunga, betul tak?

"Umi!"

















˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

"HARI tu Bunga jumpa Eshal," ujar Bunga pada Rayhan di sebelah.

Hampir tersedak air yang baru sahaja Rayhan hirup tadi. Lega sahaja tekaknya. Terus wajah adiknya dipandang tidak percaya.

Dengar nama Eshal terus menyirap darah Rayhan.

Lelaki yang tinggalkan Bunga lepas Bunga jadi lumpuh macam ni. Banyak kata kasar lelaki itu lepaskan pada Bunga yang Rayhan masih ingat lagi sampai Bunga serupa orang tiada harapan mahu hidup lagi.

"Tumbuk dia tak?"

"Masa tu Bunga dengan Qawiy."

"Ha, Qawiy tumbuk dia tak?"

"Qawiy tak tahu."

"Patut Qawiy tahu. Suruh je Qawiy tu tumbuk muka lelaki tak guna tu," sambung Rayhan lagi.

Bunga hanya menggeleng sahaja dengan reaksi abangnya itu. Sesekali dia lihat sahaja abangnya itu.

"Abang rasa Qawiy macam Eshal ke?"

Soalan Bunga terjeda seketika. Saat itu Rayhan hirup airnya sehingga habis dahulu sebelum dia beri jawapan untuk soalan Bunga itu.

Setelah tekaknya dibasahkan. Kerusi roda Bunga ditarik dekat dengan dirinya.

"Bunga rasa, Qawiy tu macam mana orangnya?"

"Dia baik."

Rayhan mengangguk dengan jawapan Bunga.

"Baik je alasan Bunga untuk terima dia ke?"

"Dia boleh terima Bunga sekarang. Dia belajar nak lipat kerusi roda ni. Tutur kata dia lembut."

Tangan Bunga dicapai Rayhan untuk berada dalam genggamannya. Lama-lama Bunga boleh rasa betapa hangatnya sentuhan Rayhan itu.

Sebelah tangan Rayhan pula naik membelai kepala Bunga lembut.

"Adik abang dah besar. Ya, abang boleh nampak Qawiy tu baik orangnya."

"Bunga suruh dia jumpa ayah."

"Baguslah tu."

˚ ༘   tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now