━ bulan 06

136 24 13
                                    

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.







˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

"SAYANG, bangunlah sayang," lembut suara itu menyinggah di telinga Bunga. Perlahan sepasang mata cantik itu dibuka.

Kelihatan satu wajah yang sudah buatkan Bunga tersenyum manis pagi itu.

Satu pelukan Bunga beri buat Qawiy. Perlahan-lahan tubuh Bunga diangkat diletakkan di atas kerusi roda. Ditolaknya kerusi roda itu menuju ke bilik air. Dua hari mereka sebagai suami isteri. Dua hari itu jugalah Qawiy selalu ajak Bunga solat subuh berjemaah.

Memang tidak salah pilihan ibu untuk Bunga. Muhammad Qawiy memang suami yang baik.

Keluar sahaja Bunga dari bilik air. Kelihatan yang terbentang dua helai sejadah yang menghadap kiblat.

Seusai solat subuh, Qawiy pantas bersiap untuk ke tempat kerja. Memang tidak tipu kalau Bunga rasa sunyi selepas berkahwin. Berpindah sahaja Bunga duduk serumah dengan Qawiy. Hanya waktu subuh dan isyak sahaja waktu Bunga bersua dengan Qawiy.

Qawiy orangnya kuat bekerja. Tapi sebelum dia keluar bekerja. Semua keperluan Bunga disediakan terlebih dahulu.

Jadi Bunga tak rasa terasing. Walaupun sebenarnya dia agak rasa sepi.
Kalau tidak pasti ada ibu dan abangnya di rumah.

"Qawiy," panggil Bunga buatkan langkah Qawiy berhenti di hadapan pintu.

"Ya, dinda?"

Bunga lepaskan tawa lembutnya. Pasti ada sahaja nama panggilan baharu yang Qawiy beri untuknya. Sebentar 'sayang', ada masa 'dinda' dan adakala 'Bunga saya'.

Panggilan 'Bunga saya' selalu menjadi kegemaran Bunga.

"Kalau penat, rehat. Jangan paksa diri kerja kuat sangat," pesan Bunga sambil mendekati Qawiy. "Balik rumah awal, kita makan sama-sama?"

Qawiy mengangguk perlahan.

Tangan Qawiy mendarat lembut di pipi Bunga. Dibelai penuh cinta. Ditarik wajah itu sehingga bibirnya mengucup hangat dahi Bunga.

"Baik, tapi saya tak janji balik awal," jawab Qawiy hanya dibalas dengan anggukan.

Tangan Bunga dihulur untuk salam tangan Qawiy. Apabila huluran itu dicapai. Kucupan mendarat di atas tangan Qawiy.

"Jaga diri, Qawiy."

"Bunga saya juga."

Lambaian Bunga beri apabila bayangan kereta Qawiy mula menjauh.

Memang layanan Muhammad Qawiy tidak pernah kurang untuk Bunga Seroja tapi waktu mereka bersama sukar untuk dicuri. Agaknya memang ini kehidupan Muhammad Qawiy sebelum mereka berkahwin lagi.

Berpusing Bunga dengan kerusi rodanya. Dia mahu kemas rumah tapi tiada apa perlu dibersihkan lagi. Semuanya sudah bersih.

Mungkin, Bunga boleh masak untuk makan tengah hari.

Sunyi.









˚ ༘   Lautan dan Bulan ⋆。˚

PERLAHAN pintu rumahnya dibuka tidak mahu ganggu penghuni rumah. Qawiy tahu yang Bunga sudah tidur waktu sekarang. Jam pun sudah hampir 12 tengah malam. Jadinya, Qawiy terlepas makan malam dengan Bunga seperti permintaan isterinya tadi.

Harapnya Bunga tidak menunggu dia untuk makan bersama. Ya, Bunga ada minta untuk balik awal untuk makan malam bersama-sama.

Bila ingatkan hal itu. Kali pertama dan terakhir mereka makan malam bersama apabila di rumah umi. Malam pertama mereka sebagai suami isteri. Setelah itu Qawiy sentiasa melekat di tempat kerjanya.

Tipu kalau Qawiy tiada rasa bersalah terhadap Bunga.

Keluhan perlahan Qawiy lepaskan tidak mahu sedarkan Bunga yang sudah lentokkan kepala di atas meja makan. Terhidang banyak makanan yang bertutup dengan penutup bekas makanan.

"Maaf, Bunga." Perlahan Qawiy berbisik.

Tidak mahu Bunga terbangun dari lena.

Perlahan tubuh Bunga didukung. Membawa tubuh kecil isterinya menuju ke kamar.

Sesekali Bunga merengek kerana terasa diganggu.

Gemas.

Seakan bayi kecil.

"Saya mungkin bukan yang terbaik tapi saya cuba jadi terbaik," ucap Qawiy, lembut dan lebih perlahan kali ini.

Dihenyak lembut tubuh Bunga di atas katil. Selimut ditarik menyelimuti tubuh Bunga. Belaian lembut menyinggah di ubun-ubun kepala Bunga. Diusap setiap helai rambut Bunga.

Indah sungguh.

"Maaf lagi, sayang," ujar Qawiy lagi untuk Bunga yang sedang lena.

Wajah Qawiy dekati Bunga. Mendarat bibir itu mengucup lembut dahi Bunga. Mendarat pula pada sepasang kelopak mata. Mata Qawiy berhenti pada bibir yang seakan indahnya warna kelopak bunga mawar merah jambu.

Perlahan dua pasang bibir itu menyentuh. Hangat mula menyelebungi kucupan mereka.

Lama.

Seusai kucupan itu selesai. Segera Qawiy bangkit untuk bersihkan diri.

Perlahan-lahan mata Bunga dibuka. Sedar daripada lena. Seluruh wajahnya berubah merah. Ditutup mukanya yang memerah itu dengan kedua telapak tangannya.

Qawiy nakal!

Main tipu sebab buat waktu Bunga tengah tidur!

Tak aci.

˚ ༘   tbc ⋆。˚

Lautan Berbicara Bulan Mendengar ©Where stories live. Discover now